Selasa, 25 November 2014

Ini Kehidupan Remajaku...

Assalamualaikum.



YOUNG AND DUMB. Sesuai sangat frasa ni untuk remaja dan orang2 yang muda. Tak berfikir panjang, perasan dah matang atau dewasa, selalu ingat ibu bapa kongkong kehidupan kita, mudah terpengaruh, selalu ingat kita je yang betul dan macam2 lagi.

Tapi, itu semua lumrah kehidupan. Maklumlah, orang kata itu 'darah muda' (erm..saya tak pasti samada darah muda atau darah manis. tak pe lah). Inilah dia remaja. Waktu remaja ni lah kita nak cari identiti kita yang sebenar. Sebenarnya, itulah perkara yang paling susah sekali nak cari.

Kadang2, ada yang sampai tersalah arah sebab tersalah pilih identiti dan kawan. Sebenarnya, golongan remaja dan anak mudalah yang paling mudah dipengaruhi.

Waktu jadi remaja ni, kita akan selalu buat benda2 yang bodoh. Bila kita dah besar sikit dan difikirkan balik mesti akan malu sendiri. Memang betul apa yang cikgu saya cakap, bila kita buat sesuatu yang bodoh atau tak sepatutnya pada waktu remaja ni mesti kita akan malu sendiri.

Kadang2, bila saya teringat benda yang berlaku pada tahun lepas atau dua tahun lepas pun saya akan malu sendiri dan terfikir, 'kenapalah aku buat macam tu..'. Walaupun hanya perkara kecil macam 'tercakap kuat sikit' atau 'terover sikit' mesti akan meniggalkan kesan dan memori yang amat mendalam.

Remaja juga tak terlepas dengan 'cinta'. Sejujurnya, inilah satu-satunya benda yang paling saya cuba nak elak dan tak nak cakap samada dalam blog ataupun bila cakap dengan kawan2. Saya dah mindset dalam minda saya yang saya masih tak cukup umur untuk benda2 tu semua.

Lagipun, banyak lagi benda yang saya nak buat dan nak uruskan. Saya seronok jadi single. Saya tak faham kenapa ramai yang pilih 'couple'? Ya, itu semua lumrah manusia tapi kenapa sekarang? Kenapa tak jadi kawan sahaja dulu? Kenapa nak beritahu orang ramai?

Tapi, saya faham semua orang nak disukai dan menyukai (wek, macam nak muntah bila cakap pasal cinta remaja ni. SORRY).

Walau apapun, kita kena ingat tanggungjawab kita sebagai anak dan pelajar. Memang betul, kehidupan sebagai remaja hanya sekali dalam seumur hidup dan inilah masa untuk enjoy tapi berpada-padalah. Jangan melebih-lebih.

Saya juga kadang2 ada rasa nak enjoy semua tu sebab saya pun REMAJA juga! Tetapi, saya ada satu prinsip yang saya pegang sampai sekarang iaitu...

SELAGI AKU TAK DAPAT MASUK UNIVERSITI/HARVARD/OXFORD/BELAJAR KAT LUAR NEGARA, SELAGI TU TAK AKAN ADA 'COUPLE', LEPAK (UNTUK BENDA2 TAK BERFAEDAH) ATAU BERPUTUS ASA.

Tapi, ini tak bermaksud saya akan jadi 'nakal' pulak bila masuk universiti nanti ya..

Illaliqaq.   

P/S: THANK YOU GOOGLE IMAGES!

Khamis, 20 November 2014

Tradisi Keluarga @ Family Tradition

Assalamualaikum.

 


Semua tahu tak pasal Tradisi Keluarga ataupun Family Tradition? Untuk yang kurang jelas tu, tradisi keluarga tu bermaksud sikap, idea, atau aktiviti yang diwarisi sejak turun-temurun daripada ibu bapa atau datuk dan nenek. (berdasarkan wikipedia)

Tradisi keluarga ni banyak diamalkan secara dalam keadaan sedar mahupun tak sedar. Contohnya, menyambut sesuatu perayaan atau sesuatu aktiviti seperti Hari Keluarga. Kalau yang itu dalam keadaan sedar.

Kalau dalam keadaan tak sedar contohnya macam makan roti canai atau bersarapan pagi beramai-ramai di kedai mamak pada hari tertentu. Itu pun boleh jadi jugak. Sebab tanpa kita sedari aktiviti yang kita biasa lakukan tu dah menjadi kebiasaan dan diwarisi dari orang tua kita yang juga diwarisi dari kedua orang tua mereka. Kalau tak buat tak sahlah kiranya.

Ada juga tradisi yang berkaitan aktiviti keagamaan dan spiritual.Tak kiralah apa pun jenis tradisinya yang penting hubungan kekeluargaan dapat dieratkan lagi. Kalau di luar negara, tradisi keluarga ni selalunya seperti makan beramai-ramai pada hari kesyukuran atau thanksgiving, menyambut harijadi, masuk askar atau military untuk anak lelaki macam keluarga diraja Britain dan macam-macam lagi.

So, tunggu apa lagi. Mulakanlah sesuatu tradisi buat kelurga anda untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Tak payah besar-besaran pun tak apa simple pun jadilah. Sebab yang penting adalah kenangan dan hubungan kekeluargaan. Tradisi keluarga juga boleh membuatkan ahli keluarga tidak melupakan keluarga dan asal-usul mereka.

Kalau saya, tradisi keluarga yang kami pegang sampai hari ni adalah 'makan nasi lemak pada setiap pagi Sabtu'. Tengok, benda yang simple pun jadilah. Tak payah membazir duit. Anda boleh buat makan ramai-ramai pada hari tertentu atau membuat aktiviti tertentu pada hari-hari tertentu.

Untuk idea tradisi keluarga klik sini

Illaliqaq.


Ahad, 16 November 2014

Benda Yang Ibu Mahu Anak Perempuan Mereka Tahu...

Assalamualaikum.


Inilah dia serba sedikit perkara yang ibu mahu anak perempuan mereka tahu.

Kalau dalam Islam, mak mungkin nak kita tahu tentang menutup aurat, adab-adab antara lelaki dan perempuan dan macam-macam lagi.

Illaliqaq.

Khamis, 13 November 2014

IT'S TIME FOR COLLAGEN!

Assalamualaikum.

Ada siapa-siapa yang berminat nak beli kolagen tak? Kat sini saya sediakan 2 buah produk kolagen yang hangat sekarang. Kalau nak tempah boleh SMS saya (Sabrina- 012-7576085)

1. AURAWHITE BUBBLY




INILAH PRODUK YANG SAYA TENGAH GUNA SEKARANG. SESUAI UNTUK REMAJA DARI 12 HINGGA 25 TAHUN. BAGUS UNTUK KUKU,RAMBUT, TULANG DAN KULIT. MASALAH KULIT BERMINYAK SAYA PUN DAH SEMAKIN PULIH. CUMA, PASTIKAN MINUM AIR YANG BANYAK DALAM 3 LITER SEHARI UNTUK HASIL YANG LEBIH BAIK.

HARGA: RM84 + KOS POSTAGE: RM6 (SEMENANJUNG) DAN RM10 (SABAH DAN SARAWAK)


 2. KCOLLY


KOLAGEN YANG INI HAMPIR SAMA DENGAN KOLAGEN YANG TADI. CUMA, SIAPA-SIAPA YANG NAK KULIT PUTIH KEMERAHAN  MACAM ORANG KOREA BOLEH CUBA KOLAGEN NI. SESUAI UNTUK SEMUA PERINGKAT UMUR.

HARGA: RM110 + KOS POSTAGE: RM6 (SEMENANJUNG) RM10 (SABAH DAN SARAWAK)

Illaliqaq.


To All Women And Girls: THIS IS THE REALITY (CHILD MARRIAGE)

Assalamualaikum.



Mengejutkan. Itu je lah benda yang pertama sekali terlintas di fikiran saya. Child Marriage. Mungkin kita tak pernah atau jarang dengar. 

Tapi, itulah yang berlaku di negara Asia Barat, Asia Selatan dan Afrika. Bayangkanlah. Kanak-kanak perempuan seawal 10 hingga 16 tahun dikahwinkan dengan lelaki yang kebiasaannya lebih tua daripada mereka. 

Disebabkan kemiskinan mereka dikahwinkan dengan alasan untuk meringankan beban keluarga yang tak perlu menanggung mereka lagi.

Apabila pihak lelaki memberi 'dowry' atau mas kahwin kepada keluarga, maka akan terjadilah sebuah perkahwinan. Dowry itu pula dalam bentuk duit, haiwan ternakan dan macam-macam lagi.

Kanak-kanak perempuan ini tidak akan mendapat sebarang pendidikan kerana keluarga berfikir bahawa pendidikan hanya satu perkara yang tidak mengutungkan atau mereka tidak mampu untuk mengeluarkan perbelanjaan persekolahan. 

Bermulalah kehidupan mereka ini sebagai seorang suri rumah. Kenapa wanita dan kanak-kanak terutamanya perempuan diperlakukan sebegitu rupa? Adakah mereka tidak tahu yang mereka tidak lagi bersedia?

Adakah mereka sedar keburukan yang bakal menimpa anak-anak mereka? Adakah mereka tahu apa itu 'fistula' (sejenis penyakit yang kebiasaannya menimpa gadis-gadis muda yang melahirkan anak dalam keadaan tubuh mereka tidak bersedia)?

Mana pergi hak wanita dan kanak-kanak?

Tapi, inilah dia kenyataannya. Alhamdulillah, kes sebegini tidak berlaku di Malaysia. Mujur, WHO dan pelbagai lagi badan-badan hak asasi manusia sedia membantu. Apa kita boleh buat?

Apa yang mampu adalah sebarkan mesej tentang hak 'kita'. 

Illaliqaq.



Isnin, 10 November 2014

Kalau Negara Kita Bebas Macam Amerika...

Assalamualaikum.

Semua pernah dengar kan kata-kata ni : This is a free country!

Ha, itulah kata-kata yang digunakan di Amerika yang menggambarkan betapa bebasnya mereka di sana. Boleh buat apa saja sesuka hati. Tapi, tak semua bendalah yang boleh dibuat sesuka hati tu.

Bayangkanlah kalau Malaysia ni 'bebas' macam Amerika. Contohnya macam boleh hina pemimpin atau mengkritik pemimpin di laman sosial sesuka hati. Tak pun boleh membangkitkan isu perkauman @ racist sesuka hati dan banyak lagi lah 'sesuka hati' tu.

Saya rasa kalau Malaysia jadi macam tu alamatnya runtuhlah negara kita ni. Kalau kat sana mungkin mereka tak berapa kisah sebab dah biasa. Saya sendiri rasa bersyukur sangat kita ni tak terlalu 'bebas' macam kat sana.

So, janganlah merungut undang-undang ketat sangat ke atau rasa tak bebas sebab kebebasan yang diberi ni pun dah lebih dari cukup dah ni.

Sekurang-kurangnya suara kita masih boleh didengar walaupun ada had dan batas-batasnya. Bersyukurlah kita tak jadi macam negara yang tengah berperang sekarang. Kalau bersuara je kena bunuh, kena tembak. Nak keluar pun takut dan rasa tak selamat walaupun dekat negara sendiri.

Ucapkanlah Alhamdulillah dan syukur kepada Tuhan kerana negara kita aman dan tak terlalu 'bebas' yang keterlaluan sangat yang boleh membawa kepada perpecahan sesebuah negara.

Illaliqaq.

Ahad, 9 November 2014

(Photoshopping Women Into Cover Models)

Assalamualaikum.

Lihat apa pandangan wanita-wanita ini apabila di'photoshopped' ataupun diubah wajah mereka supaya kelihatan seperti model.


Khamis, 6 November 2014

I WAS BORN THIS WAY!

Assalamualaikum.

BORN THIS WAY (LADY GAGA)


Sometimes, people always judge me based on my appearance. From my acne to my 'quite fat body'. There are even some people that underestimated me just from the way I look. I wonder why people must be cruel and still has that misconception about beauty.

There're also some people who judge me from the way I walk, talk and more! Do that counts too? It's not wrong to has that 'first impression thought'. But, please don't ever try to change it. Maybe that person just comfortable with his/her own way.

You don't have to be the 'unpaid critics' that always want to criticize others. Come on! You're not perfect too. You may said that it doesn't wrong to just correct it. But don't be too over. Don't ever force them to change. Yes, maybe there're some circumstances that need to be change but what if it's just natural or it just a small matter?

You must realize that they are born that way! Besides, God makes no mistakes on creating them! God really knows what is the best for them. You must remember that you're not him/her, you're not his/her parents that knows his/her for a long time and YOU'RE NOT HIS/HER CREATOR!

Imagine, if a person try to change you for who you are and overly criticize you just because your walk is a little bit different from others. What's your feeling? You must be upset right? The same thing goes to the person that you've tried to change too!

So, don't pretend that you're the one who perfect and makes no mistakes. You are human too. We all make mistakes. We all not perfect. Just HIM the one who's perfect.

Illaliqaq.







Sabtu, 1 November 2014

Sabrina's Choices: TOP 5 MOVIES THAT'LL MAKE YOUR HEART BEAT FAST

Assalamualaikum.

Your heart will beat fast as you watch these movies

1. JURASSIC PARK

JURASSIC PARK 1 
 
JURASSIC PARK 2
JURASSIC PARK 3

2. ANACONDA

ANACONDAS  1

ANACONDAS 2 (THE HUNT FOR THE BLOOD ORCHID)

ANACONDAS 3 (OFFSPRING)

3. I AM A LEGEND



4. GRAVITY



5. SHUTTER ISLAND



Illaliqaq.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...