Assalamualaikum.
Dah lama rasanya tak tulis apa-apa di blog ni semenjak tahun lepas. Saya pun tak ingat bila last time saya tulis dekat blog ni. Rasanya ini lah masa sesuai untuk kembali menulis setelah berehat panjang lagipun tak ada banyak sangat cerita nak dikongsikan waktu tu. Sekarang, ada banyak juga update yang nak dikongsi dengan semua.
1. Bagi yang nak tahu keputusan PT3 saya, sebenarnya tak adalah bagus sangat cuma 8A je dari 11 subjek. Saya pun masih stay lagi dekat sekolah lama ni maklumlah tak ada rezeki nak ke asrama penuh. In Sha Allah, kalau ada rezeki nanti barulah dapat duduk di asrama universiti atau kolej cuma saya memang dah rancang nak sambung belajar di tingkatan 6 selepas habis SPM nanti tak macam kawan-kawan lain yang nak ke Matrik ataupun saya akan mohon mana-mana kolej atau universiti. Tengoklah macam mana. Lagi satu, saja nak bagi tau, saya sekarang ni belajar di aliran Sains Agama dan mengambil 11 subjek antaranya Fizik, Kimia, Bio, Bahasa Arab, Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan Al-Quran dan Sunnah.
2. Pada yang dah baca tajuk di atas tu, ya saya dalam debate team. Memang inilah yang saya nak semenjak tingkatan 3 lagi lepas gagal audition tahun lepas. Alhamdulillah, sekarang ni saya dah dilantik sebagai Prime Minister ataupun first speaker untuk team saya. Walaupun agak susah untuk menghafal skrip, definisi dan sebagainya ditambah pula dalam Bahasa Inggeris, saya akan cuba juga. Untuk makluman pertandingan ni akan diadakan pada Ahad minggu depan mengikut tarikh entry ni ditulis. So, doakanlah yang terbaik buat saya dan kawan-kawan.
3. Tahun ni juga merupakan tahun yang agak manis buat saya sebab buat pertama kalinya team Aspec (aspek pertolongan cemas) kadet bomba sekolah saya menang pertandingan di peringkat daerah setelah hampir 3 tahun tak menang untuk kategori ni. Walaupun hanya dapat nombor 3, tapi itu pun dah cukup bermakna ditambah pula saya yang jadi ketua setelah gagal jadi ketua tahun lepas. Team kadet bomba sekolah saya pun menang tempat ketiga keseleruhan. Subhanallah.
Jadi itulah update yang nak dikongsi In Sha Allah lepas ni kalau saya tak sibuk sangat ataupun tak malas nak tulis, saya akan beri lebih banyak update itupun kalau ada. Saya pun tak boleh nak beritahu berapa kerap saya akan post entry. Kalau ada idea, tulis itulah prinsip saya.
Illaliqaq.