Memaparkan catatan dengan label Luahan Hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Luahan Hati. Papar semua catatan

Ahad, 18 Oktober 2015

The Price of Shame

Assalamualaikum.

Semua orang pernah dimalukan tak kisahlah samada dimalukan orang lain atau dimalukan oleh perbuatan sendiri. Tapi, kenapa perlu takut dimalukan? Selalunya kita takut dimalukan kerana takut dilihat tidak sempurna di mata orang lain. Pernah tak kita terfikir bahawa tak mengapa dimalukan samada dari perbuatan sendiri ataupun orang lain kerana ia umpama suatu pengajaran buat diri kita juga agar lebih berhati-hati di masa hadapan serta untuk menjadikan diri kita ini lebih kuat. 

Semakin banyak dimalukan, semakin kebal kita terhadap cacian, hinaan dan kata-kata mahupun perbuatan yang menyakitkan. Tetapi, apabila dimalukan orang lain pun ada hadnya. Kalau sudah melampau ambillah tindakan. Pada saya, perasaan takut untuk dimalukan sama seperti takut untuk membuat kesalahan terutama kalau seperti yang saya cakap tadi dimalukan oleh perbuatan sendiri.

Tetapi, INGAT walaupun tak apa untuk dimalukan, tak semestinya kita kena buat perkara yang memalukan sehingga tergadai maruah.

Illaliqaq.

My Inspiration for This Post


Monica Lewinski : The Price of Shame (TED Talks)



Isnin, 4 Mei 2015

My Acne Story

Assalamualaikum.

Dah lama rasanya tak update blog ni. Maklumlah sibuk dengan urusan seharian. Ok hari ni saya nak kongsikan perjalanan saya sepanjang menghidap acne ni. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa nak kongsikan pasal kehidupan saya dengan acne saya ni. Sebenarnya saya ada tengok banyak video dekat YouTube yang cakap pasal perjalanan diorang sepanjang menghidap acne daripada awal sampailah muka diorang bersih.

Tujuan saya kongsikan kisah saya ni adalah sebagai satu perkongsian yang diharap dapat meredakan rasa 'rendah diri' orang2 kat luar sana yang ada masalah acne dan sebenarnya anda semua tak keseorangan. Tapi, sekarang ni muka saya tak adalah bersih sangat cuma hasilnya bolehlah dikatakan membanggakan. : )




Antara video yang terdapat di YouTube

So, balik kepada matlamat yang asal. Kepada yang tak tahu acne tu apa, acne sebenarnya satu keadaan di mana kulit kita ditumbuhi jerawat yang banyak sehingga menyebabkan kulit  menjadi bengkak dan meninggalkan banyak parut. Dan kalau anda ada satu atau dua je jerawat kat muka itu tak termasuk acne. Sebab itu acne dan pimple adalah 2 benda yang berbeza. 

Saya mula2 dapat jerawat @ pimple sewaktu saya darjah 5 iaitu 11 tahun. Waktu tu saya tak berapa pentingkan penjagaan kulit. Maklumlah, waktu tu tak kena lagi mestilah buat tak tahu je. Walaupun mak saya belikan pencuci muka tapi saya macam tak berminat nak pakai. Kalau pakai pun on dan off je. Ini merupakan salah satu sebab kenapa saya dapat masalah acne ni. 

Mula2 jerawatnya kecil dan tak banyak. Lepas beberapa bulan, jerawat makin banyak cuma tak berapa ketara sangat. Sampailah satu hari, saya tengok muka saya dekat cermin penuh dengan jerawat kecil. Dan keadaannya faham2 lah sendiri. Bila jerawat dan besar sikit mulalah saya panik. 

Waktu sekolah rendah sampai darjah 6, banyak produk saya guna tapi tak ada satu pun yang berjaya. Jerawat pulak makin banyak dan kalau hilang pun hilang sikit je dan akan datang balik. Keadaan ni berterusan sampai form 1. 

Waktu form 1, keadaan saya makin teruk dan waktu tu saya tak berapa pasti sangat apa punca yang menyebabkan jerawat saya makin teruk. Sampailah satu ketika saya mula sedar apa punca acne ni. Saya mula menyesal sebab tak amalkan cuci muka waktu dulu dan tak minum banyak air dan amalkan pemakanan yang seimbang.

Saya mula betulkan tabiat saya tetapi masalah tetap tak kurang. Sampailah saya form 2, acne makin teruk sangat. Muka saya merah sebab bengkak. Waktu hari pertama persekolahan saya rasa malu sangat2. Ada satu hari, kawan saya tegur pasal acne saya ni. Dan ada satu kejadian di mana waktu tu saya terpilih untuk jadi AJK kelab dan waktu cikgu suruh pergi depan untuk murid2 lain tengok barisan AJK, saya tunduk je dan tak nak angkat muka. Kalau angkat pun sekejap je. 

Sampailah satu hari tu, kawan saya recommend kan satu produk yng dinamakan Topicil. Dia kata, kakak dorm dia dah pernah guna sebelum ni dan kulit dia jadi sangat bersih. Saya try beli harganya RM20 sebotol. Saya belik dekat farmasi. 


Lepas dua bulan guna, nampak hasilnya. Muka saya kurang ditumbuhi jerawat dan makin bersih. Sampai ada orang ingat saya makan pil untuk jerawat. Saya memang gembira sangat. Tapi, kegembiraan tu tak lama.

Lepas muka dah bersih, saya try guna satu pencuci muka ni sebab saja nak ubah selera (sebelum tu guna OXY). Pencuci muka berbentuk sabun dan apa yang saya tak tahu, pencuci muka dalam bentuk sabun tak baik untuk muka kerana kandungan alkohol yang tinggi. Muka saya mengelupas dan jerawat datang balik. Lepas saya dapat tahu dari internet trus saya buang sabun tu.

Saya pun terkial-kial cari tips untuk hilangkan jerawat secara natural. Contohnya sapu bawang putih, letak serbuk kayu manis dll. Tapi tak berkesan. Saya beli balik topicil tapi tak selalu guna. Sekarang, muka saya dah ok sikit tapi banyak lagi parut. Saya juga ada amalkan DIY untuk acne ni. Nanti saya akan kongsikan.

Acne ni memang dah banyak ubah hidup saya. Sekarang ni, saya lebih berhati-hati dalam pemilihan produk. Dan sekarang, saya hanya guna OXY sebab itu yang sesuai untuk saya. Sebabkan acne saya jadi murung. Sebab saya ingat saya keseorangan tapi ada yang senasib dan lagi teruk dari saya (macam dalam video di atas). Acne juga ajar saya untuk menyayangi diri saya seadanya (love me for me) kerana kalau kita tengok diri kita hodoh orang akan pandang kita hodoh. Saya juga dah banyak timba ilmu tentang acne ni.

In Sha Allah, saya akan kongsi lebih banyak tentang acne dari segi pencegahan, pemakanan dan macam2 lagi tapi mungkin dalam Bahasa Inggeris sebab saya nak kongsi dengan satu dunia. Dan saya nak ingatkan saya bukan pakar kulit@ dermatologist tapi saya orang pernah ada acne.

Illaliqaq.  


Khamis, 22 Januari 2015

Personal Throwback 2014: LOVE YOU GUYS!!!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dapat jugak masa untuk saya menulis di blog kesayangan ni. Bila dah sekolah ni macam2 perkara nak buat dengan homeworknya, dan macam2 lagilah. Maklumlah, PT3 tahun ni.

So, let us get things personally. Tahun ni, dah masuk setahun saya berblogging. Dah macam2 entry saya tulis pada 2014. Saya sebenarnya tak menyangka akan berblogging semula lepas 2 tahun tinggalkan dunia blog ni disebabkan masalah cepat putus asa.

Pada mulanya, saya buat blog ni sebab saya nak beritahu update saya yang terkini pada kawan2 memandangkan saya dah delete akaun Facebook saya. Asalnya, sorang kawan baik ni yang tanya pada saya macam mana nak tahu update terkini saya kalau dah tak ada Facebook so, tiba2 saya terfikir untuk buat blog.

Mula2, saja suka2. Sebelum ni saya ada blog lain tapi tak berjaya. Hari demi hari, saya terfikir apa kata saya teruskan berblogging dan serius dalam dunia blog ni. Tapi, saya terfikir jugak, macam mana kalau tulisan saya ni macam kebudak-budakkan? Sebab gaya tulisan saya ni memang macam ni. Saya tak pernah pulak fikir tulisan saya ala2 kebudak-budakkan.

Jadi, saya berpegang kepada prinsip jadi diri sendiri.Saya dah bertekad, kalau orang tak suka biarkan je. Kita tak boleh utamakan kepuasan orang lain dulu berbanding diri sendiri. Lagipun, I am proud of who I am.

Saya pun ada terfikir pasal entry2 yang saya tulis. Bersesuaian ke dengan diri saya? Tapi, saya tolak ketepi sebab saya nak buat benda yang saya suka. Saya tak akan biarkan orang lain halang minat saya. Terpulang pada seseorang tu nak suka ataupun tak.

Lagi satu, bila berblogging ni rasa macam tenang sangat lagi2 bila dapat luahkan perasaan dan berkongsi cerita ataupun idea dengan orang lain.

Kalau perasan, entry saya lebih kepada ala2 remaja dan kadang2 umum sedikit sesuai untuk semua peringkat umur. Maklumlah, saya ambil kira juga umur pembaca dan followers. Tapi, perlu diingatkan bahawa semua entry tu datang dari hati. Saya tak akan kongsikan benda yang saya rasa tak patut dan tak ada kena mengena dengan kehidupan seharian.

Anyway, terima kasih untuk setahun yang bermakna itu. Terima kasih juga kepada yang sudi membaca dan yang menegur. Terima kasih jugak untuk makcik saya, Ujie Othman sebab banyak tolong saya untuk blog ni. Beliau pun ada blog jugak dan saya banyak follow followers dia di blog.

THANK YOU FOR THIS VERY SWEET ONE YEAR!
XOXO SABRINA

Illaliqaq.

Jumaat, 19 Disember 2014

Will They Accept You For Who You Are?

Assalamualaikum.


Ya, aku bersaiz L dan aku bangga dengannya
Kenapa aku mesti malu dengan diri aku sendiri?
Wajahku mungkin tak secantik dan sebersih orang lain
Jerawat sana sini...

Bukan aku mintak jadi begini..
Tapi, aku percaya yang apa yang Allah bagi ni adalah yang terbaik buat aku sendiri
Tuhan tak pernah buat sebarang kesilapan sewaktu menciptakan diri kita
Dia mencipta kita secantik-cantiknya

Mungkin kita tak kisah rupa kita begini
Tapi, yang buat kita kisah adalah orang lain yang suka mengkritik
BADAN BESAR
Gelaran tu memang saudara-mara aku suka gunakan
Mungkin aku diam dan tak kisah
Tapi kat dalam Allah yang tahu

Banyak remaja yang amik nyawa dia sendiri disebabkan orang2 yang macam ni
HODOH, GEMUK, LIDI...
DAN MACAM2 LAGI

Secara tak langsung kita yang kononnya bergurau je ni 
MUNGKIN DAH JADI PEMBUNUH...

Untuk kawan2 yang rasa 'insecure' dengan diri sendiri
Percayalah, Tuhan tak lihat rupa kita tapi dia lihat HATI DAN KEIMANAN kita

Untuk mulut2 busuk yang suka mengata dan mengejek
Maaflah kalau tersinggung
Tapi ingatlah berapa banyak hati yang telah kau singgung
Mungkin kau kata kau hanya bergurau
Dan mungkin kau kata kami sensitif sangat
Tapi itulah hakikatnya

Ingat jugak DOSA yang kau tanggung sebab mengejek
Mungkin jugak PENYESALAN yang kau akan tanggung bila dapat tahu..
ORANG YANG KAU EJEK TU AMIK NYAWA DIA SENDIRI SEBAB KAU

REMEMBER: PERFECTION IS A DISEASE OF A NATION

Illaliqaq.

P/S: Peringatan kita bersama termasuk saya juga...

Selasa, 25 November 2014

Ini Kehidupan Remajaku...

Assalamualaikum.



YOUNG AND DUMB. Sesuai sangat frasa ni untuk remaja dan orang2 yang muda. Tak berfikir panjang, perasan dah matang atau dewasa, selalu ingat ibu bapa kongkong kehidupan kita, mudah terpengaruh, selalu ingat kita je yang betul dan macam2 lagi.

Tapi, itu semua lumrah kehidupan. Maklumlah, orang kata itu 'darah muda' (erm..saya tak pasti samada darah muda atau darah manis. tak pe lah). Inilah dia remaja. Waktu remaja ni lah kita nak cari identiti kita yang sebenar. Sebenarnya, itulah perkara yang paling susah sekali nak cari.

Kadang2, ada yang sampai tersalah arah sebab tersalah pilih identiti dan kawan. Sebenarnya, golongan remaja dan anak mudalah yang paling mudah dipengaruhi.

Waktu jadi remaja ni, kita akan selalu buat benda2 yang bodoh. Bila kita dah besar sikit dan difikirkan balik mesti akan malu sendiri. Memang betul apa yang cikgu saya cakap, bila kita buat sesuatu yang bodoh atau tak sepatutnya pada waktu remaja ni mesti kita akan malu sendiri.

Kadang2, bila saya teringat benda yang berlaku pada tahun lepas atau dua tahun lepas pun saya akan malu sendiri dan terfikir, 'kenapalah aku buat macam tu..'. Walaupun hanya perkara kecil macam 'tercakap kuat sikit' atau 'terover sikit' mesti akan meniggalkan kesan dan memori yang amat mendalam.

Remaja juga tak terlepas dengan 'cinta'. Sejujurnya, inilah satu-satunya benda yang paling saya cuba nak elak dan tak nak cakap samada dalam blog ataupun bila cakap dengan kawan2. Saya dah mindset dalam minda saya yang saya masih tak cukup umur untuk benda2 tu semua.

Lagipun, banyak lagi benda yang saya nak buat dan nak uruskan. Saya seronok jadi single. Saya tak faham kenapa ramai yang pilih 'couple'? Ya, itu semua lumrah manusia tapi kenapa sekarang? Kenapa tak jadi kawan sahaja dulu? Kenapa nak beritahu orang ramai?

Tapi, saya faham semua orang nak disukai dan menyukai (wek, macam nak muntah bila cakap pasal cinta remaja ni. SORRY).

Walau apapun, kita kena ingat tanggungjawab kita sebagai anak dan pelajar. Memang betul, kehidupan sebagai remaja hanya sekali dalam seumur hidup dan inilah masa untuk enjoy tapi berpada-padalah. Jangan melebih-lebih.

Saya juga kadang2 ada rasa nak enjoy semua tu sebab saya pun REMAJA juga! Tetapi, saya ada satu prinsip yang saya pegang sampai sekarang iaitu...

SELAGI AKU TAK DAPAT MASUK UNIVERSITI/HARVARD/OXFORD/BELAJAR KAT LUAR NEGARA, SELAGI TU TAK AKAN ADA 'COUPLE', LEPAK (UNTUK BENDA2 TAK BERFAEDAH) ATAU BERPUTUS ASA.

Tapi, ini tak bermaksud saya akan jadi 'nakal' pulak bila masuk universiti nanti ya..

Illaliqaq.   

P/S: THANK YOU GOOGLE IMAGES!

Khamis, 13 November 2014

To All Women And Girls: THIS IS THE REALITY (CHILD MARRIAGE)

Assalamualaikum.



Mengejutkan. Itu je lah benda yang pertama sekali terlintas di fikiran saya. Child Marriage. Mungkin kita tak pernah atau jarang dengar. 

Tapi, itulah yang berlaku di negara Asia Barat, Asia Selatan dan Afrika. Bayangkanlah. Kanak-kanak perempuan seawal 10 hingga 16 tahun dikahwinkan dengan lelaki yang kebiasaannya lebih tua daripada mereka. 

Disebabkan kemiskinan mereka dikahwinkan dengan alasan untuk meringankan beban keluarga yang tak perlu menanggung mereka lagi.

Apabila pihak lelaki memberi 'dowry' atau mas kahwin kepada keluarga, maka akan terjadilah sebuah perkahwinan. Dowry itu pula dalam bentuk duit, haiwan ternakan dan macam-macam lagi.

Kanak-kanak perempuan ini tidak akan mendapat sebarang pendidikan kerana keluarga berfikir bahawa pendidikan hanya satu perkara yang tidak mengutungkan atau mereka tidak mampu untuk mengeluarkan perbelanjaan persekolahan. 

Bermulalah kehidupan mereka ini sebagai seorang suri rumah. Kenapa wanita dan kanak-kanak terutamanya perempuan diperlakukan sebegitu rupa? Adakah mereka tidak tahu yang mereka tidak lagi bersedia?

Adakah mereka sedar keburukan yang bakal menimpa anak-anak mereka? Adakah mereka tahu apa itu 'fistula' (sejenis penyakit yang kebiasaannya menimpa gadis-gadis muda yang melahirkan anak dalam keadaan tubuh mereka tidak bersedia)?

Mana pergi hak wanita dan kanak-kanak?

Tapi, inilah dia kenyataannya. Alhamdulillah, kes sebegini tidak berlaku di Malaysia. Mujur, WHO dan pelbagai lagi badan-badan hak asasi manusia sedia membantu. Apa kita boleh buat?

Apa yang mampu adalah sebarkan mesej tentang hak 'kita'. 

Illaliqaq.



Khamis, 6 November 2014

I WAS BORN THIS WAY!

Assalamualaikum.

BORN THIS WAY (LADY GAGA)


Sometimes, people always judge me based on my appearance. From my acne to my 'quite fat body'. There are even some people that underestimated me just from the way I look. I wonder why people must be cruel and still has that misconception about beauty.

There're also some people who judge me from the way I walk, talk and more! Do that counts too? It's not wrong to has that 'first impression thought'. But, please don't ever try to change it. Maybe that person just comfortable with his/her own way.

You don't have to be the 'unpaid critics' that always want to criticize others. Come on! You're not perfect too. You may said that it doesn't wrong to just correct it. But don't be too over. Don't ever force them to change. Yes, maybe there're some circumstances that need to be change but what if it's just natural or it just a small matter?

You must realize that they are born that way! Besides, God makes no mistakes on creating them! God really knows what is the best for them. You must remember that you're not him/her, you're not his/her parents that knows his/her for a long time and YOU'RE NOT HIS/HER CREATOR!

Imagine, if a person try to change you for who you are and overly criticize you just because your walk is a little bit different from others. What's your feeling? You must be upset right? The same thing goes to the person that you've tried to change too!

So, don't pretend that you're the one who perfect and makes no mistakes. You are human too. We all make mistakes. We all not perfect. Just HIM the one who's perfect.

Illaliqaq.







Rabu, 29 Oktober 2014

BODY IMAGE + MY CONFESSION

Assalamualaikum.

Akhirnya, saya dah tamatkan perjuangan untuk tahun ni! Oops, perjuangan apa ya? Hah, perjuangan peperiksaan. Tapi, saya tahu perjuangan ni belum selesai. Tahun depan, lagi besar datang. Ok, balik kepada tajuk...

Berapa ramai antara kita yang kadang2 merungut bila lihat tubuh kita di hadapan cermin? Ok, biar saya kira... 1,2,3,4.. Nampaknya ramai jugak yang sama seperti saya.

Kejap2, merungut itu tak kena ini tak kena. Yang besar nak jadi kecik, yang kecik nak jadi besar dan macam2 lagi. Mungkin ada yang memang rupanya begitu sejak dari kecil. Dari XXL nak ke S. Dari S nak ke L. Macam2 dunia sekarang ni.

Kadang2 kita tengok orang lain lebih kurus atau gemuk daripada kita lalu kita mula melihat diri sendiri macam yang saya cakap tadi, yang besar nak ke kecik dan yang kecik nak ke besar. Paling tidak pun ada yang 'bercakap' atau 'mengejek' mulalah kita berazam nak buat tu, nak buat ni.

Memang bagus azam tu, sekurang-kurangnya kita berikhtiar dan mencuba. Tapi, ada yang cuba dengan keterlaluan sampai jatuh sakit. Ada yang tak makan, ada yang muntahkan balik makanan dan ada juga yang makan banyak2 sampai tak larat nak jalan.

Janganlah sampai begitu... Ingat ya, jangan ingat orang yang terlebih berat badan tu tak buat apa2 dengan dirinya. Mungkin dia dah berusaha bersungguh-sungguh tapi mungkin tubuh badannya tak boleh terima perubahan yang berlaku. Macam tu jugak dengan orang yang terlalu kurus jangan ingat dia tak buat apa2. Mungkin dia dah cuba tapi tak berhasil mungkin sbb tubuhnya tak boleh terima perubahan.

JANJI KITA SIHAT DAN BAHAGIA TANPA SEBARANG PENYAKIT ITU SUDAH CUKUP...

MY CONFESSION:

Sebelum ni, memang saya teringin sangat nak turunkan berat badan berlebihan dan dapatkan body yang slim. Macam2 cara cuba tapi tak berhasil. Kadang2, saya terfikir lebh baik saya jadi anoreksia. Kurus kering tinggal tulang. Tapi, saya cepat tersedar. Saya masih muda. Saya ada kesihatan yang perlu dijaga. Walaupun saya tak dapat berat yang diingini, janji berat saya ideal. Syukur, saya dikurniakan tubuh badan yang agak tinggi, iaitu 160 cm dan berat yang boleh dikira ok, iaitu 67 kg. Walaupun nampak besar sikit tapi janji saya bebas penyakit. Lagipun memang saya dilahirkan dengan tulang yang besar.

KEPADA YANG DILUAR SANA JANGANLAH MENGADILI ATAU MELIHAT SESEORANG DARI LUAR SAHAJA, LIHATLAH DALAMNYA JUGA. TIADA APA DOSANYA MENJADI ORANG BERBADAN BESAR ATAU KURUS. 

Illaliqaq.

Isnin, 20 Oktober 2014

Bila Menjaga 41 orang Murid dalam Kelas...

Assalamualaikum.

Tiba-tiba ingatan ni teringat waktu sekolah rendah dulu. Waktu darjah 6 dulu ada seorang cikgu, namanya Cikgu Zaleha. Cikgu Zaleha ni merupakan guru kelas saya masa darjah 6. Dulu, saya sekolah di Sekolah Kebangsaan Bandar Pontian.

Sekolah ni luas,besar dan banyak kelas. Satu darjah tu ada 5 buah kelas. Saya nasib baik sebab dari darjah satu sampai darjah 6 duduk di kelas nombor 1 iaitu kelas Elit.

Waktu saya duduk di kelas 6 Elit, budak-budaknya keseluruhan campur saya ada 41 orang. Bayangkanlah, sampai 41 orang. Waktu tu memang huru-hara dan bising. Selalunya paling ramai dalam satu kelas tu antara 30-35 orang je. Ini sampai 41 orang.

Apa yang bestnya kelas ni, inilah satu-satunya kelas yang ada aircon. Sebab dulu makmal komputer. Kalau dah ada aircon, mestilah bertutup tak ada tingkap langsung ada pintu je. Kalau dah bertutup, nak  berparti pun boleh.

Tapi, saya tabik dengan Cikgu Zaleha ni. Walaupun sukar menjaga kami semua ni yang macam2 kerenah dan perangai tapi beliau tetap bersabar dan 'cool' je. Kalau cikgu lain jadi guru kelas kami, mahu naik gilanya menguruskan kami semua ni.

Disebabkan Cikgu Zaleha, kelas kami antara kelas yang paling cantik dan unik sekali kat sekolah. Mana tak nya, kerusi dan meja berbalut siap ada 'skirt' macam orang kenduri kahwin. Lantai pulak bertikar getah sebab tak pakai kasut. Siap pasang wallpaper lagi you..

Sampai macam tu sekali cikgu sayang pada kami semua. Teringat jugak waktu cikgu bertungkus-lumus sediakan latihan Bahasa Melayu untuk kami semua sbb nak UPSR. Setiap seorang dapat satu modul dan contoh karangan.

Belum masuk bab kelakuan dan perangai. Walaupun majoriti berkelakuan baik, tapi ada jugak yang nakal. Kalau ada perjumpaan ibu bapa dan guru, kelas kami antara yang paling lama kalau ibu bapa datang lambat.

Kalau nak diceritakan lagi, sampai esok tak habis. Kiranya perngorbanan cikgu ni banyak sangat kpd kami. Sampaikan waktu UPSR, saya tulis karangan pasal Cikgu Zaleha. Apapun, terima kasih cikgu kerana berkorban segala-galanya untuk kami walaupun adakalanya kami melukakan hati cikgu dan membuatkan cikgu menitiskan air mata.

KAMI SAYANG CIKGU!

Illaliqaq.

Khamis, 18 September 2014

Fikir Sebelum Tulis dan Cakap!

Assalamualaikum.

Rasanya dah lama saya tak tulis tentang 'penyakit' masyarakat kita dan dunia. Maklumlah, kekangan masa menyebabkan saya tak dapat nak tulis panjang2. Jadi, cara paling mudah adalah ambil video dari YouTube dan letak sahaja di entry untuk 'Beginners Makeup Classes' saya.

Baru2 ni, sewaktu tengah melayan YouTube, saya ada ternampak sebuah video yang bercakap tentang selebriti2 antarabangsa yang kena 'sindir' dengan selebriti lain. Contohnya macam '11 Celebrities Who've Dissed Taylor Swift'. Bila saya tengok video2 tu, saya terfikir, mereka ni tak fikir ke waktu nak menulis atau bercakap?

Memandangkan mereka ni 'public figure' jadi mereka kenalah fikir dulu ataupun mereka ni sebenarnya hanya nak mencipta kontroversi atau mencari glamor? Tapi, ada juga yang memang jujur atau 'open' bila bercakap dan hanya ingin meluahkan ketidakpuasan dalam hati tapi dngn cara yang salah. 

Masalah ni bukan setakat berlaku di luar negara, tapi dalam negara kita sendiri dah ada orang2 macam ni. Kalau setakat sekali je tak apalah tapi kalau dah beratus kali, dan kerjanya asyik minta maaf dan buat lagi itu dah salah.

Tapi, saya kagum dengan seorang penyanyi dari New Zealand yang popular dengan lagu hits nya iaitu 'Royals', Lorde. Lorde berfikir sebelum bercakap dan hampir kesemua sindiran yang dilemparkan kepada artis2 lain amat masuk akal dan ada 'point' nya disitu. Mungkin dia hanya ingin menegur artis2 itu dan tak ada niat nak bermusuh.

Walaupun tegurannya amat keras sedikit, mungkin itu cara yang betul hendak 'menyekolahkan' mereka kerana mungkin ada orang yang amik tak endah bila ditegur dengan cara yang lembut. Bila dia menulis ketidakpuasan hatinya di laman sosial, dia mungkin akan berfikir dahulu kerana semuanya masuk akal.

Jadi, kepada yng suka 'cakap lepas' dan tak suka berfikir tu ubahlah sikap anda kerana ianya hanya akan membazir masa dan air liur anda sahaja. Bukannya anda akan dapat apa2 pun. Silap2 haribulan, tulisan atau kata2 anda tu yang akan memakan diri sendiri.

Illaliqaq.

Khamis, 21 Ogos 2014

Tudung Labuh, Tak Semestinya KAA je..

Assalamualaikum.

Tak tahulah dari mana dapat ilham nak menulis entry ni. Mungkin bila saya teringat pengalaman saya sendiri selama 2 tahun jadi KAA ni.

Kadang2, saya tertanya-tanya kenapa di sekolah, kawan2 selalu mengatakan budak tudung labuh macam saya dan kawan2 umpama 'memakai telekung' ataupun kadang2 bergurau sambil berkata 'berapa meterlah tudung dia ni'. 

Saya akui yang saya dan kawan2 tak berapa selesa bila orang panggil kami macam tu. Siapa yang tak sakit hati? Tapi, rasa tu dipendam saja. Kalau ditunjukkan pun tak ada guna.

Lagi satu, kadang2 diorang suka menyalah anggap bahawa semua yang bertudung labuh itu KAA @ Kelas Aliran Agama (Arab) oleh rakan2 di aliran biasa (KRK & KK). Mungkin mereka sudah biasa dengan stigma bahawa yang pakai tudung labuh itu KAA memandangkan yang pakai macam ni selalunya KAA je.

Sebenarnya, saya dulu tak memakai tudung labuh sewaktu mula di KAA waktu form 1. Tapi,lepas tengok seorang kawan saya ni dan makcik2 yang lain memakai tudung labuh, saya tergerak hati nak pakai. Mula2, memang rasa tak selesa. Rasa macam nak pendekkan sikit je tudung tu. Tapi, pada 2014, saya mula rasa selesa. Amik masa jugak nak menyesuaikan diri dengan imej ni.

Saya juga dah tak marah kalau orang mengatakan saya umpama 'memakai telekung'. Kadang2, saya siap cakap depan kawan2 yang saya 'memakai telekung mini'. Saya bangga dengan imej ni. Lagipun, kenapa kita malu kalau kita buat benda yang betul. Mula2, pakai tudung labuh, lepastu pakai stoking dan sarung tangan. Alhamdulillah.

Tapi, saya nak betulkan satu benda je iaitu pemikiran orang2 yang berkata bahawa tudung labuh adalah KAA. Itu adalah salah. Tudung labuh bukan KAA. Malahan ada juga kawan saya yang bukan KAA pakai tudung labuh. Jadi, betulkanlah pemikiran tu kalau ada pada diri anda.

Illaliqaq.

P/S: Kadang2 ada juga yang tanya tak panas ke pakai macam ni. Tapi, kalau bab macam ni adakalanya panas adakalanya tak rasa apa2 pun.

Jumaat, 15 Ogos 2014

Bila Sifat Malu Sudah Hilang...

Assalamualaikum.

Malu? Sekarang ada lagikah sifat malu dalam diri seseorang tu?
Mungkin sifat malu itu sudah hilang..
Tak tahulah dicampak mana sifat malu tu.
Tapi yang pasti masih ada lagi yang ada sifat malu tu.

Ooops! Ini bukan malu yang tak bertempat ya..
Ini malu yang ada tempatnya
Tapi, orang sekarang ni semua benda hendak dikongsikan
Kalau yang dikongsikan tu berfaedah ataupun sekadar perkongsian ringan tidak mengapa

Kenapa saya cakap macam tu?
Tengok je lah sekarang ni tak kiralah di laman sosial atau di dunia realiti..
Semua benda mesti dikongsi seperti benda2 yang tak sepatutnya dilihat

Tapi, itu tak bermakna kita tak boleh kongsikan apa yang terjadi
Dalam hidup kita kpd orang lain
Janji apa yang kita kongsikan itu bertempat
Dan tak mengaibkan diri sendiri mahupun orang lain...

Illaliqaq.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...