Memaparkan catatan dengan label SMK Dato Penggawa Barat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SMK Dato Penggawa Barat. Papar semua catatan

Khamis, 26 Jun 2014

Kejohanan Sukan Sekolah Kali Ke-50 @ Jubli Emas

Assalamualaikum. Rasanya macam dah lama tak berblogging. Maklumlah penat dengan latihan perbarisan baru2 ni. Alhamdulillah semuanya dah berjalan dengan lancar. Kejohanan sukan pun dah habis semalam (25 Jun 2014). Saya nak kongsikanlah sedikit tentang kejohanan sukan sekolah saya yang dah masuk kali ke-50 ni. Dah Jubli Emas lah katakan.


Khemah rumah sukan Temenggung, Panglima, Laksamana dan Bendahara


Duduk2 di astaka sambil tengok acara larian 100 meter, 200 meter dan 200 meter x 4

Acara tarik tali. Rumah Merah (Panglima)


Acara tarik tali. Rumah Hijau (Laksamana)


Acara tarik tali. Rumah Biru (Temenggung @ Rumah sukan saya). Sorrylah gambar Rumah Kuning @ Bendahara tak ada pulak.

Alhamdulillah. Saya dan rakan2 yang mewakili rumah sukan kami iatu Temenggung telah berjaya menjuarai acara perbarisan selama 3 tahun berturut-turut dengan temanya Captain America dan hiasan rumah sukan selama 2 tahun berturut-turut (kalau tak silap). Cuma, johan keseluruhan belum diumumkan lagi dan In Sha Allah diumumkan pada hari Isnin. 

Apa pun saya harap rumah Temenggung dapat jadi juara lepas jadi naib juara je tahun lepas. Sebelum saya terlupa, Pra Kejohanan pulak telah diadakan beberapa hari sebelumnya yang tarikhnya saya kurang pasti. 

Tapi, saya bersyukur sangat sebab dapat sumbang mata untuk rumah sukan dengan acara perbarisan ni. Siapa sangka penyertaan saat2 akhir ni menjadi jugak. Teringat pulak bila jadi juara tahun lepas di mana saya pun turut menyertai perbarisan. Tak apa In Sha Allah tahun depan masuk lagi.

Pada yang kalah jangan putus asa ya...

Illaliqaq.

Jumaat, 2 Mei 2014

Karnival Fiesta Belia Peringkat Negeri Johor (Larian Belia)



Assalamualaikum semua. Hari ni saya ada masuk Larian Belia sempena Fiesta Belia Peringkat Negeri Johor di Stadium Mini dekat Pontian. Asalnya tak tahu pun ada benda2 ni semua. Tapi bila cikgu cakap barulah tahu dan saya ikut rombongan sekolah untuk larian ni.
Jadi, nak kongsikanlah sikit perkara2 yang 'menarik' yang berlaku kat sana.


  • Saya dengan kawan2 lain tengah menyertai larian sepanjang 2 km bermula dari Stadium Mini. 


Athirah dan Umairah

Kakak2 lain yang tengah berlari

  • Argh!!! Ular Sawa!!!
Besarkan ular sawa ni. Dah nama pun ular sawa. Ular ni pun tengah kekeyangan dan tengah tidur.

Panjangnya...

Saya pun berkesempatan jugak nak pegang dan angkat ular sawa ni. Gambar je tak ada.


  • Meloncat-loncat di atas trampolin


Hah, untuk pengetahuan semua, trampolin yang saya naik tu lagi tinggi dan lagi susah nak naik. Tinggi jugaklah trampolin tu sampai nak kena ada orang yang tarik. Bukan main menjerit lagi saya waktu main trampolin tu sebab ada adik2 form 1 atas tu dan diorang bukan main lagi menjerit dan terlompat-lompat atas tu saya pulak terduduk atas trampolin sebab tak boleh nak bangun dan saya pun di'pijak2' oleh adik2 tu. Tapi tak apa, akak maafakan adik.

Itu jelah yang saya dapat kongsikan. Sampai berjumpa lagi.

Illaliqaq. 

Khamis, 1 Mei 2014

Selamat Tinggal Form 6 ! :'|


Assalamualaikum semua. Hari ni dah berlangsungnya Majlis Perpisahan dan Perpindahan guru2 serta pelajar2 Form 6 ke sekolah baru iaitu Sekolah Sri Bandar di Taman Megah, Pontian (kalau tak silap inilah nama sekolahnya) iaitu sebuah sekolah yang khas untuk Form 6. Seramai 27 orang cikgu Form 6 yang akan berpindah. Selama ni merekalah yang menolong cikgu2 yang mengajar pelajar2 Arus Perdana untuk dapatkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan sekarang kami dah dapat gelaran tu. Semua tu takkan berjaya tanpa Form 6.

Kami sebagai adik2 ni memang rasa sedih lagi2 kawan2 yang tinggal dekat asrama yang memang selama ni kongsi dorm dengan kakak2 atau abang2 Form 6. Tapi memang akan rasalah kelainannya kalau tak ada Form 6 dekat sekolah.

Tapi, saya rasa sedih bila saya tak dapat nak belajar dengan seorang guru Bahasa Inggeris ni yang mengajar turut mengajar Form lain selain daripada Form 6. Saya teringin sangat nak belajar dengan cikgu ni yang memang terkenal dengan bab2 disiplin ni iaitu Teacher Miza. Sampaikan ada seorang cikgu ni yang menggelarnya 'Lagenda Guru Disiplin SMKDPB'.

Lagi satu, saya baru dapat tahu yang masih ada lagi cikgu Form 6 yang mengajar mak saya dekat sekolah ni. Sebelum ni saya hanya tahu yang Pengetua sekolah saya  pernah mengajar mak saya lebih dari 20 tahun yang lepas di sekolah yang sama iaitu SMKDPB.

Walaupun majlis dibuat sekarang tapi mereka masih ada lagi kat sekolah kerana belum ada surat pengesahan dari PPD (itulah yang diberitahu oleh cikgu Form 6).

Apa pun, selamat berpindah kepada warga2 Form 6 SMKDPB. Semoga kalian terus sukses di sekolah yang baru nanti.

Illaliqaq.

Isnin, 17 Mac 2014

Choral Speaking: 2nd Runner Up Pun Jadilah...

Assalamualaikum semua. Hari ni rasa gembira sangat. Kenapa? Ha, dah baca tajuk kat atas tu kan. Itulah sebabnya. Dan nak kongsikan sedikit gambar2 choral speaking ni.
Siapa sangka, kami menang lagi tempat ketiga untuk dua tahun berturut-turut untuk peringkat daerah.
Walaupun waktu buat persembahan tu ada yang suaranya macam tak keluar disebabkan sakit tekak, tapi mereka paksa juga suara untuk keluar.
Nak ucapkan tahniah juga pada budak2 Kukup yang telah menjadi juara serta budak2 Telok Kerang yang menjadi naib juara. Kepada yang tak menang, tak apa tahun depan cuba lagi.

Nak kongsikan sikit gambar2 budak2 choral speaking sewaktu sedang menunggu keputusan diumumkan.


Kat sinilah kami bertanding, Maahad Pontian.


My Favorite Pic! Inilah sebahagian dari budak2 choral speaking.


Tuan punya blog pun kena masuk juga.



Kakak2 choral speaking.


Yang comel dan yang cantik pun ada.


Piala tempat ketiga.

Akhir kata,nak ucapkan terima kasih kepada Teacher Rosita & Teacher Sherill yang selama ni penat mengajar kami choral speaking. Terima Kasih juga untuk kawan2 choral speaking, ibu dan ayah serta guru2 yang mendoakan kami.

Illaliqaq.

Khamis, 6 Mac 2014

Apabila Seorang Lagi Guruku Pergi...

 


  Assalamualaikum semua. Hari ni di sekolah telah berlangsung satu majlis perpisahan untuk seorang cikgu sesi petang iaitu Cikgu Azman. Cikgu Azman mengajar subjek Bahasa Melayu di sekolah.

  Tahun ni, dah dua orang cikgu sesi petang yang berpindah. Ingat tak entry saya pasal seorang lagi cikgu saya yang berpindah pada bulan lepas? Erm, tak tahulah korang ingat atau tak.

  Kalau sebelum ni, Cikgu Norisme berpindah ke JB / Pasir Gudang. Cikgu Azman pula ke Cameron Highlands. Siap lagi dia berpesan, kalau nak ke sana atau perlukan apa2 di sana boleh contact dia.

  Tapi, walau apa pun, terima kasih cikgu kerana telah mendidik kami semua. Jasa cikgu akan kami kenang sampai bila2.

Illaliqaq.

Isnin, 17 Februari 2014

PELOPOR (Majalah Khas SMKDPB)

  Assalamualaikum semua. Semalam ingat nak update pasal majalah sekolah yng baru first time saya dapat. Tapi, disebabkan saya tak habis baca lagi majalah ni, saya ingat nak update hari ni je. Sekarang, saya nak tunjukkan dekat rakan2 Majalah Pelopor ni...


Muka depan Majalah Pelopor. So catchy!


Muka kesemua guru SMK Dato Penggawa Barat pun ada dalam majalah ni...
(sambutan hari guru 2013)


Karya pelajar pun ada dalam ni...


Sijil sempena pengiktirafan SMKDPB menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) pun ada...

  Memang best lah majalah pelopor ni. Muka semua orang boleh masuk majalah ni. Itupun sempena gambar kelas. Hehehe...




Sabtu, 15 Februari 2014

Selamat Tinggal Cikgu...

   Assalamualaikum semua. Hari ni, merupakan hari yang sedih buat kami semua di SMK Dato Penggawa Barat. Kami telah kehilangan seorang guru yang sangat berdedikasi serta turut menjadi kesayangan anak2 muridnya iaitu Cikgu Norisme Laili.

  Walaupun baru setahun lebih mengenali cikgu, namun saya dapat mengagak yang cikgu merupakan seorang cikgu yang sangat baik. Sungguhpun cikgu hanya beberapa bulan mengajar saya Pendidikan Jasmani, tapi kenangan bersama cikgu takkan saya lupakan.

  Untuk pengetahuan semua, Cikgu Norisme pernah bersekolah di SMK Dato Penggawa Barat dari form 1 sampai form 5. Kemudian, setelah habis belajar, beliau menabur bakti dan membalas budi di SMK Dato Penggawa Barat selama 5 tahun bersesuaian dengan tempoh beliau belajar di sini.

  Bakal berpindah ke sebuah sekolah di Johor Bahru, cikgu kelihatan sedih untuk meninggalkan kami semua dan jelas kelihatan bergenang air matanya sewaktu anak2 muridnya bergilir-gilir mencium tangannya dan mengucapkan ucapan terima kasih kepadanya.

  Begitulah naluri seorang pendidik, tidak kiralah jauh ke mana pun mereka pergi, mereka pasti akan teringatkan anak2 muridnya. Semakin lama mereka berkhidmat di sebuah sekolah itu, semakin sukarlah untuk mereka melupakan anak2 muridnya. Kisah Cikgu Norisme membuatkan saya berazam untuk berkhidmat juga di SMK Dato Penggawa Barat. In Sha Allah...

Illaliqaq.

Rabu, 5 Februari 2014

Akhirnya... Buku Peraturan Sekolah Yang Baru Tiba Jua.


Assalamualaikum semua. Harap2 semua dalam keadaan sihat-sihat belaka. Hari ni di sekolah ada lah sikit taklimat tentang peraturan sekolah serta pengenalan kepada buku peraturan sekolah yang baru. Sebenarnya, saya dah tunggu setahun untuk buku ni, dari tahun lepas lagi. Bukan saya sorang, satu sekolah dah tunggu. 

 Saya tak habis baca lagi buku ni, baru belek-belek muka surat hadapan. Peraturannya sangat ketat. Mungkin ada sekolah yang tak laksanakan peraturan ni. Antaranya...

  1.  Pelajar dilarang memakai jam tangan yang talinya berwarna selain daripada hitam atau coklat. Dan boleh pakai yang stainless steel.
  2. Pelajar dilarang memakai cermin mata yang bingkai selain daripada warna silver atau hitam.
  3. Kasut semua mesti bertali dan line berwarna hitam sahaja.
Mungkin nampak remeh, tapi ada sebab cikgu melaksanakan peraturan ni. Lagipun, peraturan untuk mendisiplinkan kita. Cikgu nak tengok keseragaman dalam pemakaian murid-murid. Kalau boleh, tak nak ada yang rasa berbeza.

Illaliqaq.


Khamis, 23 Januari 2014

Merentas Desa 2014 (Kenangan Yang Tak Mungkin Dilupakan)






Selepas acara merentas desa, semua dah kepenatan. Ada yang duduk di laluan bahasa arab, ada yang dalam dewan.
 

  Assalamualaikum semua, hari ni nak cerita sikit tentang acara merentas desa di sekolah pagi tadi. Memang memenatkan. Tapi, best sangat sebab jarang-jarang dapat peluang berkejar-kejaran dengan kawan-kawan dan cikgu. Untuk pengetahuan semua, larian ni untuk mengumpul mata untuk rumah sukan masing-masing sebelum kejohanan peringkat sekolah. Kalau peserta perempuan, kira-kira 4 km je kalau peserta lelaki, 6 km.

  Waktu ni lah nak amik mata banyak-banyak. Kat sekolah saya ada 4 buah rumah sukan untuk form 1 sampai form 5. Antaranya, Temenggung (Biru) , Bendahara (Kuning) , Panglima (Merah) dan Laksamana (Hijau). Saya mewakili rumah Temenggung. Kami semua berusaha sedaya upaya nak kumpul mata untuk rumah sukan dan nak jadi juara edisi tahun ni. Tapi, apalah nasib, Temenggung kalah dan juaranya Bendahara.

  Walau apa pun, kami semua seronok sangat-sangat sebab dapat dengar sorakan rumah masing. Siapa sangka, rumah Temenggung telah dikenakan oleh rumah Panglima atau Laksamana dengan sorakan mereka tu. Memang kecoh sangat dalam dewan tu. Macam dalam stadium pun ada jugak bila rumah Bendahara memalukan 'gendang' atau 'kompang' mereka tu. 

  Untuk pelajar form 6 pulak, merekalah yang pada saya paling tak bersemangat. Tak tahu kenapa. Penat kot. Mereka ni, ada rumah masing-masing jugak, iaitu, Alpha, Beta, Gamma dan Bravo. Tapi, kami adik-adik ni memang dikenakan habis-habisan oleh senior-senior form 6 ni melalui sorakan mereka. 

  Nak tahu sorakannya, macam ni, 
Form 1-5: Wahai form 6, manakah sorakan mu? (ramai-ramai)
Form 6: Wahai adik, bersabarlah! (ramai-ramai)

 Anyway, kami masih happy dan enjoy. Sampai sini sajalah cerita saya pada hari ni. Kalau nak cerita pasal merentas desa dengan rumah-rumah sukan ni, memang sampai esok pun tak habis.

Illaliqaq.

  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...