Memaparkan catatan dengan label Realiti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Realiti. Papar semua catatan

Jumaat, 19 Disember 2014

Will They Accept You For Who You Are?

Assalamualaikum.


Ya, aku bersaiz L dan aku bangga dengannya
Kenapa aku mesti malu dengan diri aku sendiri?
Wajahku mungkin tak secantik dan sebersih orang lain
Jerawat sana sini...

Bukan aku mintak jadi begini..
Tapi, aku percaya yang apa yang Allah bagi ni adalah yang terbaik buat aku sendiri
Tuhan tak pernah buat sebarang kesilapan sewaktu menciptakan diri kita
Dia mencipta kita secantik-cantiknya

Mungkin kita tak kisah rupa kita begini
Tapi, yang buat kita kisah adalah orang lain yang suka mengkritik
BADAN BESAR
Gelaran tu memang saudara-mara aku suka gunakan
Mungkin aku diam dan tak kisah
Tapi kat dalam Allah yang tahu

Banyak remaja yang amik nyawa dia sendiri disebabkan orang2 yang macam ni
HODOH, GEMUK, LIDI...
DAN MACAM2 LAGI

Secara tak langsung kita yang kononnya bergurau je ni 
MUNGKIN DAH JADI PEMBUNUH...

Untuk kawan2 yang rasa 'insecure' dengan diri sendiri
Percayalah, Tuhan tak lihat rupa kita tapi dia lihat HATI DAN KEIMANAN kita

Untuk mulut2 busuk yang suka mengata dan mengejek
Maaflah kalau tersinggung
Tapi ingatlah berapa banyak hati yang telah kau singgung
Mungkin kau kata kau hanya bergurau
Dan mungkin kau kata kami sensitif sangat
Tapi itulah hakikatnya

Ingat jugak DOSA yang kau tanggung sebab mengejek
Mungkin jugak PENYESALAN yang kau akan tanggung bila dapat tahu..
ORANG YANG KAU EJEK TU AMIK NYAWA DIA SENDIRI SEBAB KAU

REMEMBER: PERFECTION IS A DISEASE OF A NATION

Illaliqaq.

P/S: Peringatan kita bersama termasuk saya juga...

Selasa, 25 November 2014

Ini Kehidupan Remajaku...

Assalamualaikum.



YOUNG AND DUMB. Sesuai sangat frasa ni untuk remaja dan orang2 yang muda. Tak berfikir panjang, perasan dah matang atau dewasa, selalu ingat ibu bapa kongkong kehidupan kita, mudah terpengaruh, selalu ingat kita je yang betul dan macam2 lagi.

Tapi, itu semua lumrah kehidupan. Maklumlah, orang kata itu 'darah muda' (erm..saya tak pasti samada darah muda atau darah manis. tak pe lah). Inilah dia remaja. Waktu remaja ni lah kita nak cari identiti kita yang sebenar. Sebenarnya, itulah perkara yang paling susah sekali nak cari.

Kadang2, ada yang sampai tersalah arah sebab tersalah pilih identiti dan kawan. Sebenarnya, golongan remaja dan anak mudalah yang paling mudah dipengaruhi.

Waktu jadi remaja ni, kita akan selalu buat benda2 yang bodoh. Bila kita dah besar sikit dan difikirkan balik mesti akan malu sendiri. Memang betul apa yang cikgu saya cakap, bila kita buat sesuatu yang bodoh atau tak sepatutnya pada waktu remaja ni mesti kita akan malu sendiri.

Kadang2, bila saya teringat benda yang berlaku pada tahun lepas atau dua tahun lepas pun saya akan malu sendiri dan terfikir, 'kenapalah aku buat macam tu..'. Walaupun hanya perkara kecil macam 'tercakap kuat sikit' atau 'terover sikit' mesti akan meniggalkan kesan dan memori yang amat mendalam.

Remaja juga tak terlepas dengan 'cinta'. Sejujurnya, inilah satu-satunya benda yang paling saya cuba nak elak dan tak nak cakap samada dalam blog ataupun bila cakap dengan kawan2. Saya dah mindset dalam minda saya yang saya masih tak cukup umur untuk benda2 tu semua.

Lagipun, banyak lagi benda yang saya nak buat dan nak uruskan. Saya seronok jadi single. Saya tak faham kenapa ramai yang pilih 'couple'? Ya, itu semua lumrah manusia tapi kenapa sekarang? Kenapa tak jadi kawan sahaja dulu? Kenapa nak beritahu orang ramai?

Tapi, saya faham semua orang nak disukai dan menyukai (wek, macam nak muntah bila cakap pasal cinta remaja ni. SORRY).

Walau apapun, kita kena ingat tanggungjawab kita sebagai anak dan pelajar. Memang betul, kehidupan sebagai remaja hanya sekali dalam seumur hidup dan inilah masa untuk enjoy tapi berpada-padalah. Jangan melebih-lebih.

Saya juga kadang2 ada rasa nak enjoy semua tu sebab saya pun REMAJA juga! Tetapi, saya ada satu prinsip yang saya pegang sampai sekarang iaitu...

SELAGI AKU TAK DAPAT MASUK UNIVERSITI/HARVARD/OXFORD/BELAJAR KAT LUAR NEGARA, SELAGI TU TAK AKAN ADA 'COUPLE', LEPAK (UNTUK BENDA2 TAK BERFAEDAH) ATAU BERPUTUS ASA.

Tapi, ini tak bermaksud saya akan jadi 'nakal' pulak bila masuk universiti nanti ya..

Illaliqaq.   

P/S: THANK YOU GOOGLE IMAGES!

Khamis, 13 November 2014

To All Women And Girls: THIS IS THE REALITY (CHILD MARRIAGE)

Assalamualaikum.



Mengejutkan. Itu je lah benda yang pertama sekali terlintas di fikiran saya. Child Marriage. Mungkin kita tak pernah atau jarang dengar. 

Tapi, itulah yang berlaku di negara Asia Barat, Asia Selatan dan Afrika. Bayangkanlah. Kanak-kanak perempuan seawal 10 hingga 16 tahun dikahwinkan dengan lelaki yang kebiasaannya lebih tua daripada mereka. 

Disebabkan kemiskinan mereka dikahwinkan dengan alasan untuk meringankan beban keluarga yang tak perlu menanggung mereka lagi.

Apabila pihak lelaki memberi 'dowry' atau mas kahwin kepada keluarga, maka akan terjadilah sebuah perkahwinan. Dowry itu pula dalam bentuk duit, haiwan ternakan dan macam-macam lagi.

Kanak-kanak perempuan ini tidak akan mendapat sebarang pendidikan kerana keluarga berfikir bahawa pendidikan hanya satu perkara yang tidak mengutungkan atau mereka tidak mampu untuk mengeluarkan perbelanjaan persekolahan. 

Bermulalah kehidupan mereka ini sebagai seorang suri rumah. Kenapa wanita dan kanak-kanak terutamanya perempuan diperlakukan sebegitu rupa? Adakah mereka tidak tahu yang mereka tidak lagi bersedia?

Adakah mereka sedar keburukan yang bakal menimpa anak-anak mereka? Adakah mereka tahu apa itu 'fistula' (sejenis penyakit yang kebiasaannya menimpa gadis-gadis muda yang melahirkan anak dalam keadaan tubuh mereka tidak bersedia)?

Mana pergi hak wanita dan kanak-kanak?

Tapi, inilah dia kenyataannya. Alhamdulillah, kes sebegini tidak berlaku di Malaysia. Mujur, WHO dan pelbagai lagi badan-badan hak asasi manusia sedia membantu. Apa kita boleh buat?

Apa yang mampu adalah sebarkan mesej tentang hak 'kita'. 

Illaliqaq.



Isnin, 10 November 2014

Kalau Negara Kita Bebas Macam Amerika...

Assalamualaikum.

Semua pernah dengar kan kata-kata ni : This is a free country!

Ha, itulah kata-kata yang digunakan di Amerika yang menggambarkan betapa bebasnya mereka di sana. Boleh buat apa saja sesuka hati. Tapi, tak semua bendalah yang boleh dibuat sesuka hati tu.

Bayangkanlah kalau Malaysia ni 'bebas' macam Amerika. Contohnya macam boleh hina pemimpin atau mengkritik pemimpin di laman sosial sesuka hati. Tak pun boleh membangkitkan isu perkauman @ racist sesuka hati dan banyak lagi lah 'sesuka hati' tu.

Saya rasa kalau Malaysia jadi macam tu alamatnya runtuhlah negara kita ni. Kalau kat sana mungkin mereka tak berapa kisah sebab dah biasa. Saya sendiri rasa bersyukur sangat kita ni tak terlalu 'bebas' macam kat sana.

So, janganlah merungut undang-undang ketat sangat ke atau rasa tak bebas sebab kebebasan yang diberi ni pun dah lebih dari cukup dah ni.

Sekurang-kurangnya suara kita masih boleh didengar walaupun ada had dan batas-batasnya. Bersyukurlah kita tak jadi macam negara yang tengah berperang sekarang. Kalau bersuara je kena bunuh, kena tembak. Nak keluar pun takut dan rasa tak selamat walaupun dekat negara sendiri.

Ucapkanlah Alhamdulillah dan syukur kepada Tuhan kerana negara kita aman dan tak terlalu 'bebas' yang keterlaluan sangat yang boleh membawa kepada perpecahan sesebuah negara.

Illaliqaq.

Khamis, 6 November 2014

I WAS BORN THIS WAY!

Assalamualaikum.

BORN THIS WAY (LADY GAGA)


Sometimes, people always judge me based on my appearance. From my acne to my 'quite fat body'. There are even some people that underestimated me just from the way I look. I wonder why people must be cruel and still has that misconception about beauty.

There're also some people who judge me from the way I walk, talk and more! Do that counts too? It's not wrong to has that 'first impression thought'. But, please don't ever try to change it. Maybe that person just comfortable with his/her own way.

You don't have to be the 'unpaid critics' that always want to criticize others. Come on! You're not perfect too. You may said that it doesn't wrong to just correct it. But don't be too over. Don't ever force them to change. Yes, maybe there're some circumstances that need to be change but what if it's just natural or it just a small matter?

You must realize that they are born that way! Besides, God makes no mistakes on creating them! God really knows what is the best for them. You must remember that you're not him/her, you're not his/her parents that knows his/her for a long time and YOU'RE NOT HIS/HER CREATOR!

Imagine, if a person try to change you for who you are and overly criticize you just because your walk is a little bit different from others. What's your feeling? You must be upset right? The same thing goes to the person that you've tried to change too!

So, don't pretend that you're the one who perfect and makes no mistakes. You are human too. We all make mistakes. We all not perfect. Just HIM the one who's perfect.

Illaliqaq.







Rabu, 29 Oktober 2014

BODY IMAGE + MY CONFESSION

Assalamualaikum.

Akhirnya, saya dah tamatkan perjuangan untuk tahun ni! Oops, perjuangan apa ya? Hah, perjuangan peperiksaan. Tapi, saya tahu perjuangan ni belum selesai. Tahun depan, lagi besar datang. Ok, balik kepada tajuk...

Berapa ramai antara kita yang kadang2 merungut bila lihat tubuh kita di hadapan cermin? Ok, biar saya kira... 1,2,3,4.. Nampaknya ramai jugak yang sama seperti saya.

Kejap2, merungut itu tak kena ini tak kena. Yang besar nak jadi kecik, yang kecik nak jadi besar dan macam2 lagi. Mungkin ada yang memang rupanya begitu sejak dari kecil. Dari XXL nak ke S. Dari S nak ke L. Macam2 dunia sekarang ni.

Kadang2 kita tengok orang lain lebih kurus atau gemuk daripada kita lalu kita mula melihat diri sendiri macam yang saya cakap tadi, yang besar nak ke kecik dan yang kecik nak ke besar. Paling tidak pun ada yang 'bercakap' atau 'mengejek' mulalah kita berazam nak buat tu, nak buat ni.

Memang bagus azam tu, sekurang-kurangnya kita berikhtiar dan mencuba. Tapi, ada yang cuba dengan keterlaluan sampai jatuh sakit. Ada yang tak makan, ada yang muntahkan balik makanan dan ada juga yang makan banyak2 sampai tak larat nak jalan.

Janganlah sampai begitu... Ingat ya, jangan ingat orang yang terlebih berat badan tu tak buat apa2 dengan dirinya. Mungkin dia dah berusaha bersungguh-sungguh tapi mungkin tubuh badannya tak boleh terima perubahan yang berlaku. Macam tu jugak dengan orang yang terlalu kurus jangan ingat dia tak buat apa2. Mungkin dia dah cuba tapi tak berhasil mungkin sbb tubuhnya tak boleh terima perubahan.

JANJI KITA SIHAT DAN BAHAGIA TANPA SEBARANG PENYAKIT ITU SUDAH CUKUP...

MY CONFESSION:

Sebelum ni, memang saya teringin sangat nak turunkan berat badan berlebihan dan dapatkan body yang slim. Macam2 cara cuba tapi tak berhasil. Kadang2, saya terfikir lebh baik saya jadi anoreksia. Kurus kering tinggal tulang. Tapi, saya cepat tersedar. Saya masih muda. Saya ada kesihatan yang perlu dijaga. Walaupun saya tak dapat berat yang diingini, janji berat saya ideal. Syukur, saya dikurniakan tubuh badan yang agak tinggi, iaitu 160 cm dan berat yang boleh dikira ok, iaitu 67 kg. Walaupun nampak besar sikit tapi janji saya bebas penyakit. Lagipun memang saya dilahirkan dengan tulang yang besar.

KEPADA YANG DILUAR SANA JANGANLAH MENGADILI ATAU MELIHAT SESEORANG DARI LUAR SAHAJA, LIHATLAH DALAMNYA JUGA. TIADA APA DOSANYA MENJADI ORANG BERBADAN BESAR ATAU KURUS. 

Illaliqaq.

Khamis, 23 Oktober 2014

Cerah Cantik, Gelap Tak Cantik?? + Wanita berkulit gelap/tan tercantik

Assalamualaikum.

Hari ni saya terbaca di suratkhabar tentang diskriminasi terhadap warna kulit. Ooops, ini buka isu macam dulu di Afrika Selatan ya. Ini pasal kemenangan seorang gadis berketurunan India di Amerika yang berkulit gelap dalam pertandingan Miss America.

Ramai yang mengkritik kemenangannya termasuk orang2 di negara kelahiran ibu-bapanya iaitu di India. Orang tidak memandang kebijaksanaan dan senyumannya yang menawan tetapi memandang warna kulitnya.

Bila saya fikirkan balik, kat Malaysia pun apa kurangnya. Sekarang semua nak berkulit cerah. Mereka beranggapan bahawa kulit cerah itu satu kebanggaan dan sanggup berhabis untuk memutihkan kulit lagi2 yang memang gelap semulajadi. Sememangnya orang Asia ni tergila-gilakan kulit yang cerah. Orang Korea yang memang dah putih macam salji pun putihkan lagi kulit tu.

Come on girls, it's not relevant anymore! Kalau satu dunia anggap kulit cerah tu cantik kenapa mereka iktiraf Beyonce yang berkulit gelap sebagai antara yang tercantik di dunia dan kenapa ada wanita kulit gelap diiktiraf sebagai ratu cantik dunia?! Kecantikan patutnya diukur dengan 'facial feature' nya seperti mata, mulut bentuk muka atau lain2 serta kesucian hatinya bukannya warna kulit! 

Saya terkejut apabila terbaca satu iklan di suratkhabar mengenai satu produk pemutihan kulit yang tertulis 'untuk gelap keturunan'. Saya sebagai antara individu yang memang asalnya tan atau sawo matang @ kulit gelap memang amat kecewa dengan isu ni. Kalau saya terpaksa nak guna produk pemutihan pun mungkin untuk hilangkan tan berlebihan yang disebabkan terdedah kpd matahari berlebihan sampai tertutup tona kulit asal saya. Kalau ada masalah tan terlebih macam saya mungkin boleh guna produk pemutihan.

Cubalah sekali anda bersyukur atas apa yang anda. Sedangkan wanita barat dan Eropah terkejar-kejar kulit tan kita ni sampai sanggup nak jemurkan diri di bawah matahari. Zaman sekarang ni, DARK IS BEAUTIFUL! Tak kiralah apa warna kulit anda, anda tetap cantik kerana setiap ciptaan Tuhan itu sememangnya cantik. Apapun, terpulang kepada anda untuk menilai diri sendiri.

WANITA BERKULIT GELAP/TAN YANG TERSENARAI DALAM TOP 100 WANITA PALING CANTIK DI DUNIA MAXIM.

#7 ALESSANDRA AMBROSIO (MODEL VICTORIA'S SECRET)

#11 RIHANNA (PENYANYI)

#29 ZOE SALDANA (PELAKON)

#48 PAULA PATTON (PELAKON)

#65 KERRY WASHINGTON (PELAKON)

#75 ROCSI DIAZ (PENGACARA)

#81 GABRIELLE UNION (PELAKON)


HONORABLE MENTION

BEYONCE (PENYANYI)

LUPITA NYONG'O (PELAKON)

TAMAR BRAXTON (PENYANYI DAN PENGACARA)

Illaliqaq.


















Sabtu, 20 September 2014

SIBUK 'ONLINE' SAMPAI LUPA TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH?

Assalamualaikum.

Sekarang ni, ramai yang membuat bisnes online. Macam2 yang dijual di 'kedai maya' tu. Daripada aksesori sehinggalah kepada makanan ringan kalau boleh tempoyak pun nak dijual di atas talian (tapi apa salahnya kan?).

Tapi, anda buat semua urusan bisnes tu di mana ya? Di rumah? Di 'cyber cafe'? Atau di TEMPAT KERJA? Bagi yang berbisnes di tempat kerja, tak amanah namanya tu. Mungkin anda tak ada kemudahan internet di rumah ataupun tak ada laptop sendiri dan berbagai lagi alasan. Bukan setakat yang 'online' yang 'offline' pun ada jugak.

Pergi dari satu meja ke satu meja. Bertanyakan kepada rakan2 sama ada nak beli atau tak barang yang kita jual tak ubah macam 'salesman' yang selalu sahaja muncul di tempat2 awam. Kadang2, kawan tu sampai rasa terganggu sebab nak buat kerja tak boleh kerana terpaksa dengar bebelan anda mengenai barang yang dijual.

Bukan setakat di tempat kerja, di universiti dan di sekolah juga ada. Selalunya berniaga senyap2. Kalau tak dapat jual dengan kawan, ada yang lagi berani cuba jual dengan cikgu ataupun lecturer. 

Ada yang syok sangat berniaga sampaikan lupa akan tanggujawab dan amanah yang telah diberi. Ingat, majikan sediakan komputer dan internet untuk menarik lebih ramai pelanggan dan mengekalkan pelanggan yang sedia ada serta memudahkan urusan kerja bukannya untuk menarik lebih ramai pelanggan untuk ANDA!

Begitu juga di tempat2 belajar, kemudahan yang disediakan adalah untuk mencari ilmu, bukannya mencari pelanggan. 

Kalau sikit2 di tempat belajar tak apa juga. Tapi kalau dah ganggu orang lain nak belajar, itu dah salah namanya tu.

Begini sajalah. Apa kata anda pasang internet di rumah atau beli broadband dan beli laptop sendiri ataupun guna saja handphone anda yang canggih tu. Paling tidak pun pergi 'cyber cafe'. Kalau sanggup, anda boleh duduk berjam-jam di restoran2 yang menyediakan perkhidmatan wifi.

Untuk yang 'offline' anda boleh gunakan kaedah 'online' jika mahu. Kalau tak nak, jual saja di pasar malam atau di mana2 car booth sale. Habis cerita!

Kalau pasal masa, anda kenalah bijak bahagikan masa. Ingat, bukan anda seorang sahaja manusia paling sibuk di dunia. Lagipun anda bukan Perdana Menteri atau Presiden yang sibuk ke sana dan ke mari.

Baiklah, sampai sini saja ya. Kalau ada apa2 yang saya salah cakap harap dimaafkan. Kepada yang berbisnes tu semoga bisnes anda maju dan sukses. Tapi, jangan sampai lupa tanggungjawab dan amanah yang diberi.

Illaliqaq.

Khamis, 18 September 2014

Fikir Sebelum Tulis dan Cakap!

Assalamualaikum.

Rasanya dah lama saya tak tulis tentang 'penyakit' masyarakat kita dan dunia. Maklumlah, kekangan masa menyebabkan saya tak dapat nak tulis panjang2. Jadi, cara paling mudah adalah ambil video dari YouTube dan letak sahaja di entry untuk 'Beginners Makeup Classes' saya.

Baru2 ni, sewaktu tengah melayan YouTube, saya ada ternampak sebuah video yang bercakap tentang selebriti2 antarabangsa yang kena 'sindir' dengan selebriti lain. Contohnya macam '11 Celebrities Who've Dissed Taylor Swift'. Bila saya tengok video2 tu, saya terfikir, mereka ni tak fikir ke waktu nak menulis atau bercakap?

Memandangkan mereka ni 'public figure' jadi mereka kenalah fikir dulu ataupun mereka ni sebenarnya hanya nak mencipta kontroversi atau mencari glamor? Tapi, ada juga yang memang jujur atau 'open' bila bercakap dan hanya ingin meluahkan ketidakpuasan dalam hati tapi dngn cara yang salah. 

Masalah ni bukan setakat berlaku di luar negara, tapi dalam negara kita sendiri dah ada orang2 macam ni. Kalau setakat sekali je tak apalah tapi kalau dah beratus kali, dan kerjanya asyik minta maaf dan buat lagi itu dah salah.

Tapi, saya kagum dengan seorang penyanyi dari New Zealand yang popular dengan lagu hits nya iaitu 'Royals', Lorde. Lorde berfikir sebelum bercakap dan hampir kesemua sindiran yang dilemparkan kepada artis2 lain amat masuk akal dan ada 'point' nya disitu. Mungkin dia hanya ingin menegur artis2 itu dan tak ada niat nak bermusuh.

Walaupun tegurannya amat keras sedikit, mungkin itu cara yang betul hendak 'menyekolahkan' mereka kerana mungkin ada orang yang amik tak endah bila ditegur dengan cara yang lembut. Bila dia menulis ketidakpuasan hatinya di laman sosial, dia mungkin akan berfikir dahulu kerana semuanya masuk akal.

Jadi, kepada yng suka 'cakap lepas' dan tak suka berfikir tu ubahlah sikap anda kerana ianya hanya akan membazir masa dan air liur anda sahaja. Bukannya anda akan dapat apa2 pun. Silap2 haribulan, tulisan atau kata2 anda tu yang akan memakan diri sendiri.

Illaliqaq.

Jumaat, 15 Ogos 2014

Bila Sifat Malu Sudah Hilang...

Assalamualaikum.

Malu? Sekarang ada lagikah sifat malu dalam diri seseorang tu?
Mungkin sifat malu itu sudah hilang..
Tak tahulah dicampak mana sifat malu tu.
Tapi yang pasti masih ada lagi yang ada sifat malu tu.

Ooops! Ini bukan malu yang tak bertempat ya..
Ini malu yang ada tempatnya
Tapi, orang sekarang ni semua benda hendak dikongsikan
Kalau yang dikongsikan tu berfaedah ataupun sekadar perkongsian ringan tidak mengapa

Kenapa saya cakap macam tu?
Tengok je lah sekarang ni tak kiralah di laman sosial atau di dunia realiti..
Semua benda mesti dikongsi seperti benda2 yang tak sepatutnya dilihat

Tapi, itu tak bermakna kita tak boleh kongsikan apa yang terjadi
Dalam hidup kita kpd orang lain
Janji apa yang kita kongsikan itu bertempat
Dan tak mengaibkan diri sendiri mahupun orang lain...

Illaliqaq.

Rabu, 13 Ogos 2014

Andai Kata Facebook dan Internet Disekat...

Assalamualaikum.

Beberapa hari yang lepas, saya ada baca di suratkhabar tentang cadangan untuk menyekat Facebook dan internet. Ada yang setuju ada yang tak. Tapi, pada saya ada baiknya juga menyekat sedikit internet ni. Supaya tak akan ada lagi orang2 yang berani meruntuhkan keamanan negara.

Cuba fikir sejenak, andai kata Facebook disekat. Mungkin ada yang kata mereka tak akan boleh hidup kalau Facebook disekat tapi ada juga yang tak kisah macam saya. Dulu, saya pernah ada akaun Facebook tapi saya tutup sebab tak tahan melihat status2 yang tak bermanfaat dan mungkin boleh mendatangkan dosa2 kecil mahupun besar.

Lebih2 lagi bila kita share benda2 yang kita sendiri tak pasti lagi kesahihannya. Kalau ditanya kepada orang ramai apa kebaikan Facebook mungkin ramai yang akan berkata 'untuk mengeratkan silaturrahim dengan ahli keluarga serta rakan2 yang jauh'. Serta beberapa lagi kebaikan yang mereka senaraikan yang semuanya boleh dikira dengan jari.

Kalau diminta senaraikan keburukan rasanya kira dengan jari pun tak akan habis. Jangan salah faham. Saya bukannya nak menunjukkan sangat keburukan Facebook tapi pernah tak kita fikir kenapa ada yang bagi cadangan Facebook mesti disekat?

Jangan marah bila ada yang bagi cadangan macam tu sebab ini semua berbalik kepada diri kita sendiri. Bayangkan, kita tulis macam2 di laman sosial. Ada tulisan yang berbentuk penghinaan, cacian, sindiran serta fitnah. 

Jadi, kita yang sebenarnya membuatkan orang memberi cadangan seperti itu. Yang memberi cadangannya bukannya calang2 orang, orang yang mempunyai kuasa pula tu. Kalau disekat internet dan Facebook ni kita marah lepas tu tunjuk perasaan. Kenapa kena marah dengan orang yang menyekat? Kenapa tak marah dengan orang yang membuatkan internet dan Facebook disekat? INGAT, SETIAP TINDAKAN MESTI ADA SEBAB-SEBABNYA.

Lihat saja pelbagai fitnah dan penghinaan yang telah dibuat di laman sosial. Ada yang menghina pemimpin dan agama. Ini tidak boleh dibiarkan. Jika tindakan mahkamah tidak mencukupi, maka ini sajalah cara yang terbaik untuk memberi pengajaran kepada mereka.

Kalau saya pun saya akan merasa marah kalau internet disekat. Kalau tak macam mana saya nak berblog? Tapi, kalau saya, saya lagi marah dengan orang yang membuatkan internet disekat. Jadi, mulai hari ni BERUBAHLAH. Tulis yang bermanfaat jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Illaliqaq.

Selasa, 22 Julai 2014

Pesanan Untuk Mr/Ms. Know It All

Assalamualaikum.

Pernah tak berhadapan dengan situasi di mana seseorang tu kononnya kenal diri kita lebih dari kita sendiri? Kadang2 tu mesti ada kan. Orang2 yang macam ni digelar Mr/Ms. Know It All. Mereka berlagak seperti mereka tahu semuanya tentang kita.

Dan kadang2 ada juga yang cuba mengatur kehidupan seseorang itu dengan alasan mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika mereka ibu kita, mungkin kita boleh terima tetapi kalau orang luar, maaflah tak ada siapa yang boleh terima.

Kepada Mr/Ms. Know It All dekat luar sana, jangan terasa hati. Mungkin anda fikir anda lebih tahu tentang seseorang itu lebih daripada orang itu sendiri dan anda fikir anda lebih arif tentang apa yang terbaik buat mereka. Tapi ingat, mungkin anda tahu tentang seseorang itu tak bermakna anda tahu dengan sedalam-dalamnya tentang orang itu.

Anda tak tahu apa yang ada dalam fikiran dan hati seseorang itu. Kenapa? Sebab anda bukannya 'mereka'! Tidak ada dua orang dengan satu hati atau satu fikiran dalam dunia ni. Jangan sampai anda dikatakan 'menjaga tepi kain orang' pula.

Kalau anda rasa anda tahu apa yang terbaik untuk seseorang itu, cakaplah dan berikan cadangan kepada orang itu tentang apa yang anda rasa terbaik untuk mereka. Jangan memaksa pula ya.

Layan lagu Kelly Clarkson, Mr. Know It All

Illaliqaq. 

Selasa, 15 Julai 2014

Demam Raya Dah Nak Datang!

Assalamualaikum.

Semua mesti dah tahu tentang kemenangan Jerman untuk Piala Dunia kali ni. Saya memang dah ramalkan Jerman akan menang berdasarkan kekuatan pasukan mereka. Nampaknya lepas ni tak ada siapalah yang lambat bangun lagi ya.

Demam Piala Dunia dah habis, sekarang demam raya pulak nak datang. Siapa yang tak suka dengan Hari Raya. Hari tu lah kita menyambut kemenangan sempena sebulan berpuasa. Mestilah gembira kan? Tapi, jangan lupa amalkan konsep wassatiyah (kesederhanaan) bila berbelanja untuk persiapan hari raya nanti ya.

Tapi janganlah kita lupakan pada insan2 yang memerlukan. Jangan ingat menjamu fakir miskin dan anak yatim hanya pada bulan Ramadhan sahaja. Sebaliknya, kita perlu sentiasa bersedekah pada setiap masa. Serta jangan lupa untuk mendoakan kesejahteraan saudara2 seislam kita di Palestin, Syria dan lain2.

Bersyukurlah bahawa kita menyambut Ramadhan dan Syawal di negara yang aman damai. Di mana tanah air kita sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat buat kita semua tidak seperti mereka yang sentiasa diselubungi ketakutan.

Ingat ya, raya memang raya jugak jangan sampai lupa mencari Lailatul Qadar pada 7 malam terakhir Ramadhan ya.  

Illaliqaq.

Jumaat, 11 Julai 2014

Pray For Gaza

Assalamualaikum.

Semenjak beberapa hari ni, hati saya sedih melihat saudara2 seagama kita di Gaza diserang dan terus menerus ditindas oleh Rejim Zionis. Mereka berkata bahawa mereka telah diserang dengan lebih dahsyat di Israel sebab itu mereka terpaksa membuat serangan ke atas Gaza.

Wahai Israel, adakah sudah cetek akal fikiranmu? Bagaimana Gaza yang serba kekurangan menghantar serangan yang dahsyat kepada negaramu? Kalau nak menghapuskan penduduk di Gaza, ayuh katakan sahaja tidak perlu memutar belitkan cerita atau mereka-reka cerita yang tak boleh diterima akal.

Walau apa pun, Allah S.W.T Maha Mengetahui. Dia tahu segala-galanya. Tiada apa yang perlu disembunyikan lagi. Tidakkah engkau mengambil iktibar atas apa yang berlaku kepada umat yang terdahulu. Mereka ditimpakan pelbagai seksaan dan bencana kerana tidak mematuhi perintah Allah serta para Rasul.

Negara-negara yang lain pula seolah-olah memekakkan telinga dan membutakan mata. Namun, masih ada juga negara yang prihatin akan nasib mereka. Alhamdulillah. Kita penat2 membina keamanan dan keharmonian untuk dunia, dia senang2 hendak merobohkannya. Lepas tu, sudah lah macam orang baling batu sorokkan tangan.

Kepada Gaza, bersabarlah. Sesungguhnya ada hikmah di sebalik setiap yang terjadi. Ketahuilah bahawa syurga menanti kamu semua di sana dan sesungguhnya jihad kamu adalah jihad yang sebenar-benarnya iaitu jihad di jalan Allah. Suatu hari nanti akan muncul sinar bahagia buat kamu semua. Kami di sini akan sentiasa berdoa untuk kamu kerana sesungguhnya kamu adalah saudara kami dunia dan akhirat.

Illaliqaq.

Ahad, 29 Jun 2014

Bukan Sekadar Puasa



Assalamualaikum. Alhamdulillah, hari ni kita bertemu lagi dengan bulan Ramadhan yang mulia ni. Semoga semuanya selamat menjalani ibadah puasa selama sebulan ni.

Semua orang tahu bulan Ramadhan ni tahan lapar dengan dahaga je tapi tak tahu yang Ramadhan ni kena diisikan dengan aktiviti2 kerohanian dan spiritual. Itulah erti sebenar Ramadhan. Bulan ni je lah kita nak kumpul pahala banyak2. Bulan ni je lah pahalanya berlipat kali ganda. Tak akan lah tak nak?

Kita tak tahu sama ada sempat ataupun tak kita menyambut Ramadhan yang akan datang pada tahun depan. Anggaplah Ramadhan kali ini Ramadhan yang terakhir buat kita semua. Kita tak tahu bila Allah nak ambil nyawa kita.

Bukannya susah nak membuat amal ibadah dan mengumpulkan pahala ni. Kalau makan kurma sebiji waktu sahur dan berbuka pun dapat pahala apatah lagi ibadah yang lain. Tapi, yang paling penting jaga perkara2 ni mata, hati, telinga dan mulut.

Illaliqaq.

P/S: Hari ni dapat banyak durian daripada seorang saudara. Alhamdulillah rezeki Ramadhan.

Sabtu, 21 Jun 2014

Bila Keburukan Sahaja Yang Dipandang...


Assalamualaikum. Semoga semuanya dalam lindungan dan rahmat Allah S.W.T.

Setiap manusia pasti ada kebaikan dan keburukan masing2. Maklumlah, manusia bukannya makhluk yang sempurna pasti ada cacat celanya. Kadang2, kita sebagai manusia lebih banyak 'mengambil berat' akan keburukan orang lain dan kebaikannya dibiarkan begitu sahaja tenggelam di dalam keburukan.

Kadang2, kita tersilap menilai orang lain. Setiap perbuatannya yang buruk sahaja yang menjadi perhatian. Mungkin adakalanya kita terlupa yang kita sendiri ada keburukan dalam diri kita. Kita fikir kitalah 'Miss Perfect' tak ada yang salah pada diri kita.

Astargfirullahalazim. Mengapa mesti jadi begitu? Lebih teruk lagi kita menghebahkan pula keburukan orang lain tanpa memikirkan apakah perasaan orang itu apabila diperlakukan sebegitu rupa. Ingatlah, orang lain ada juga perasaan seperti kita.

Bila keburukan sahaja yang dipandang, semua yang dilakukan oleh orang itu semuanya tak kena pada mata kita. Inilah dia makhluk yang digelar manusia. Tidak tahu menilai seseorang melalui mata hati mereka.

Illaliqaq.

Selasa, 10 Jun 2014

Kenapa Nak Menjadi Seorang PEMBULI?

 

Assalamualaikum. Pagi tadi ada tengok rancangan Bella di NTV7. Mereka ada bincangkan tentang isu buli di kalangan pelajar sekolah. Kemudian ada dipaparkan pula video tentang beberapa orang pelajar perempuan membuli secara fizikal seorang pelajar perempuan. Tak dapat saya bayangkan bagaimana mereka masih boleh lagi tersenyum bangga melihat pelajar itu dibuli.

Sebagai seorang pelajar, saya rasa simpati dengan pelajar tu. Kadang2, saya rasa tak faham dengan pelajar2 yang membuli ni. Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa yang ada di dalam fikiran mereka sampai mereka ni boleh jadi begini. Menurut ahli panel tadi, pelajar membuli disebabkan oleh beberapa sebab:

1. PERNAH DIBULI

Kebiasaanya pembuli ni pernah dibuli sebelum ni. Disebabkan ini, mereka berasa takut dan merasakan mereka perlu melindungi diri mereka sendiri. Jadi, apabila mereka tidak dibuli lagi mereka merasa trauma dan bertindak membuli orang lain kerana tidak mahu orang lain melakukan perbuatan yg sama terhadap mereka dngn alasan melindungi diri sendiri.  

2. MASALAH KELUARGA

Jika seseorang kanak2 dibesarkan dalam keadaan keluarga yang porak peranda, secara tak langsung ia akan memberi kesan kepada perwatakan kanak2 itu sendiri. Contohnya seperti penekanan terhadap disiplin yg melampau atau tidak konsisten. 

3. PENGARUH RAKAN SEBAYA

Ini merupakan faktor yg paling dekat dngn isu buli. Disebabkan mempunyai rasa ingin diterima di dalam sesebuah kumpulan, mereka sanggup mengikut segala aktiviti yg dilakukan kumpulan itu. Selain itu, mereka juga terpengaruh dngn gejala negatif ini drpd rakan2 mereka sendiri disebabkan tersalah memilih kawan. 

4. MAHU MELINDUNGI DIRI SENDIRI

Adakalanya, mereka mahu melindungi diri sendiri mungkin selepas melihat orang lain dibuli. Mereka tidak berniat hendak membuli tetapi mereka tidak tahu cara yg sebenarnya untuk melindungi diri sendiri. 

Banyak lagi sebab yg mendorong mereka untuk membuli namun saya hanya senaraikan faktor2 utamanya sahaja. Jadi, kepada kawan2 sekalian, janganlah anda bertindak membuli mereka yg lemah. Jangan jadikan buli sebagai alasan untuk berseronok. Ingatlah nasib mereka yg dibuli oleh kita. Mereka juga manusia biasa yg ada hati dan perasaan.

Illaliqaq. 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...