Memaparkan catatan dengan label Health and Beauty. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Health and Beauty. Papar semua catatan

Isnin, 20 Oktober 2014

Oktober: Bulan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia



Assalamualaikum.

Adakah anda semua tahu bahawa Oktober merupakan Bulan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia? Mungkin ada yang tak tahu, ada yang tahu. Memandangkan sekarang anda semua dah tahu apa kata kita buat sesuatu pada bulan Oktober ni.

Semua orang tahu bahawa kanser payudara ni merupakan salah satu 'musuh utama' wanita selain daripada kanser pangkal rahim. Jangan terkejut kerana kanser ini juga boleh menyerang kaum lelaki.

Anda tidak semestinya hendak menjadi doktor je kalau nak membuat sesuatu untuk Bulan Kesedaran Kanser Payudara ni. Mungkin anda boleh memakai 'pink ribbon' seperti ini.

Ataupun anda boleh memberikan kata-kata semangat kepada mereka yang menghidap penyakit ini agar tidak berputus asa. Sekurang-kurangnya mereka tidak merasa kesunyian dan mendapat semangat untuk meneruskan hidup. Anda juga boleh sebarkan maklumat tentang kanser payudara di laman sosial ataupun hebahkan kepada rakan-rakan.

Dinasihatkan agar anda semua menjalankan ujian mammogram di hospital bermula pada usia 20-an kerana penyakit ini boleh menyerang semua peringkat umur. Jika anda mahu anda boleh melakukan pemeriksaan sendiri di rumah.

Jika dapat dikesan dengan lebih awal, peluang untuk sembuh lebih tinggi berbanding lambat dikesan. Jika dikesan pada peringkat awal mungkin boleh disembuhkan dengan ubat-ubatan ataupun kemoterapi. Tetapi jika dikesan pada peringkat yang lambat, pembedahan untuk membuang payudara perlu dijalankan agar kanser tidak merebak.

Antara penyebab kanser payudara adalah : Keluar darah haid sebelum berumur 12 tahun, memepunyai sejarah kanser payudara dalam kalangan ahli keluarga, obesiti, dan lain-lain

Simptom: Benjolan pada payudara, bengkak pada bahagian ketiak, dan lain-lain

Namun, kebanyakan benjolan adalah bukan daripada kanser.

Antara selebriti terkenal yang menghidap kanser payudara ialah:

ANGELINA JOLIE (PELAKON)

SHERYL CROW (PENYANYI)



Untuk maklumat lanjut tentang kanser payudara klik sini 

Illaliqaq.



Jumaat, 5 September 2014

Bentuk Bibir Selebriti Mana Yang Serupa dengan Anda?

Assalamualaikum.

Kalau yang lepas saya dah kongsikan tentang cara2 mengenal bentuk mata, wajah dan bibir kemudian bentuk mata dan wajah mana yang serupa dengan anda (kalau belum tengok bolehlah scroll down ke bawah ya). Hari ni nak kongsikan bentuk bibir pula. Enjoy!


FULL LIPS



Angelina Jolie dan Scarlett Johansson
Dulu, tiada siapa menganggap 'full lips' itu suatu benda yang cantik. Tetapi selepas kemunculan Angelina Jolie, semua orang menginginkan bentuk bibir seperti ini. 'Full lips' mempunyai bentuk bibir yang amat terbentuk atau 'symmetrical' . Secara peribadi, saya memiliki bentuk bibir 'full lips'

WIDE LIPS



Julia Roberts dan Anne Hathaway
'Wide lips' ialah bentuk bibir yang lebar dan panjang

ROUND LIPS



Rachel Bilson dan Drew Barrymore

THIN LIPS



Gwyneth Paltrow dan Kate Hudson

DOWNWARD LIPS



Renee Zelweger dan Natalie Portman
Bentuk bibir ini seakan-akan 'kebawah'


Setskat itu sajalah ya. Kalau ada apa2 pertanyaan tentang bentuk wajah, mata dan mulut ni bolehlah contact saya atau komen di bawah ni. 

Illaliqaq.




















Jumaat, 29 Ogos 2014

Bentuk Wajah Selebriti Mana yang Serupa dengan Anda?

Assalamualaikum.

Ini merupakan sambungan entry yang lepas tentang cara untuk mengenali bentuk wajah, mata dan mulut. Siapa2 yang tak baca lagi bolehlah klik sini

Hari ni saya akan tunjukkan bentuk wajah selebriti mana yang serupa dengan anda. Sebelum ni saya dah buat untuk bentuk mata. Kalau belum baca lagi klik sini

SQUARE FACE SHAPE



Bintang Gravity, Sandra Bullock dan bintang Charlie's Angels, Demi Moore.
Jika diperhatikan, bentuk wajah mereka seolah-olah seperti segi empat sama @ square

OVAL FACE SHAPE



Cindy Crawford dan Julia Roberts 

ROUND FACE SHAPE



Kate Winslet dan Drew Barrymore

HEART FACE SHAPE



Supermodel, Naomi Campbell dan Jennifer Love Hewwit.
Pemilik 'Heart Face Shape' selalunya mempunyai dagu yang runcing dan bahagian dahi dan pipi yang luas membentuk bentuk hati

TRIANGULAR FACE SHAPE



Victoria Beckham dan Kathy Ireland 

DIAMOND FACE SHAPE



Rihanna dan Linda Evangelista
Bentuk wajah ini mempunyai dagu dan dahi yang kecil manakala 'cheekbone' yang agak 'tajam'

OBLONG / LONG FACE SHAPE



Gwyneth Paltrow dan Niki Taylor
Bayangkan bentuk wajah 'Oval' 'ditarik' atau 'dipanjangkan' pasti akan membentuk bentuk wajah ini dengan dagu yang runcing.

Akan datang saya akan tulis tentang bentuk bibir pula.

Illaliqaq.

Source: Google


Rabu, 27 Ogos 2014

Bentuk Mata Selebriti Mana yang Serupa dngn Anda

Assalamualaikum.

Seperti yang dijanjikan pada entry yang lepas, saya akan tunjukkan beberapa orang selebriti yang mempunyai bentuk mata yang sama  seperti anda. Kalau tak baca entry yang lepas tentang untuk mengenali bentuk mata, wajah dan mulut, bolehlah klik sini. Untuk bentuk wajah dan mulut akan saya postkan pada hari yang lain.

ALMOND EYES SHAPE



Angelina Jolie dan Mila Kunis mempunyai bentuk mata Almond iaitu seakan-akan buah badam. Mila Kunis pula mempunyai 'Big Almond Eyes'. Secara peribadi saya mempunyai bentuk mata 'Almond'

HOODED EYES SHAPE


Jika anda mempunyai 'Hooded Eyes' ini bermakna anda mempunyai bentuk mata yang sama seperti Jennifer Lawrence dan Blake Lively.

ROUND EYES SHAPE


Penelope Cruz dan Demi Lovato, pemilik 'Round Eyes'. Apa beza 'Almond Eyes' dan 'Round Eyes'? Bezanya adalah 'Round Eyes' lebih besar dan lebih 'open' bentuknya.

PROMINENT EYES SHAPE



Nicole Richie dan Octavia Spencer. Jika anda perhatikan betul2 mata mereka, akan kelihatan 'eyelid' yang lebih jelas dan lebih menonjol. 'Prominent Eyes' selalunya dimiliki oleh orang2 barat/ eropah iaitu 'Caucasian'.

UPTURNED EYES SHAPE



Tiffany Hines dan Kim Kardashian mempunyai bentuk mata 'Upturned'

DOWNTURNED EYES SHAPE



Marilyn Monroe dan pelakon Casino Royale, Eva Green merupakan pemilik mata 'Downturned'

WIDE SET EYES 



Supermodel, Kate Moss dan pelakon, Amanda Seyfried pemilik 'Wide Set Eyes'. Bentuk mata sebegini merupakan bentuk mata yang paling cantik selain 'Almond'

PROTRUDING EYES SHAPE



Supermodel, Sophie Dahl dan Stella McCartney mempunyai bentuk mata 'Protruding Eyes'

CLOSE SET EYES 



Pelakon, Jennifer Aniston dan bintang Titanic, Kate Winslet mempunyai 'Close Set Eyes'. Kebiasaanya mereka yg mempunyai bentuk mata ini mempunyai hidung yang 'prominent' 

DEEP SET EYES



Supermodel Victoria's Secret, Miranda Kerr dan bintang Charlie's Angels, Cameron Diaz pemilik mata 'Deep Set Eyes'

Inilah dia bentuk2 mata selebriti yang saya boleh dapat. Mungkin selebriti kegemaran anda mempunyai bentuk mata seperti anda.

Illaliqaq.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...