YouTuber? Apa itu YouTuber? Kalau nak tahu YouTuber adalah orang yang mengupload video ke YouTube jadi mereka ni digelar YouTuber. Hari ni saya nak dedahkan 5 YouTuber kegemaran saya.
1. dope2111/Promise Phan (Promise Phan)
Berasal dari Nepal tetapi dibesarkan di Amerika. Salah seorang YouTube Beauty Guru. Membuat tutorial makeup.
Kenali Promise Phan dengan lebih lanjut:
2. Michelle Phan
Berasal dari Vietnam dan dibesarkan di Amerika. Adik ipar kepada Promise Phan di mana abangnya, Steve berkahwin dengan Promise. Juga membuat tutorial makeup. Salah seorang YouTube Beauty Guru. Mempunyai jenama makeup sendiri iaitu em by Michelle Phan.
Kenali Michelle Phan:
3. Charisma Star (Charis Lincoln)
Membuat tutorial makeup. YouTube Beauty Guru.
Kenali Charisma Star:
4. missglamorazzi (Ingrid)
Membuat pelbagai jenis video seperti lifestyle dan macam2 lagi. Menyediakan tip untuk pelbagai perkara seperti kecantikan.
Kenali missglamorazzi:
5. Nigahiga (Ryan Higa)
Membuat video tentang pelbagai perkara dan yang paling penting lucu dan menghiburkan.
Kenali nigahiga:
Itulah dia kesemua 5 YouTuber kegemaran saya dan saya akui kebanyakkannya berkaitan dengan makeup dan kecantikan serta lifestyle. Walau apa pun, In Sha Allah saya akan buat lagi 5 YouTuber kegemaran saya.
Assalamualaikum. Rasanya dah lama tak buat senarai untuk Top 5 ni. Enjoy!
Jennifer Lawrence
Rasanya tak lengkap senarai ni kalau tak ada Jennifer Lawrence. Sudah 2 kali Jennifer jatuh di anugerah Oscars. Pertama, sewaktu mengambil anugerah. Kedua, sewaktu berjalan di karpet merah. Samada Jennifer yang tak pandai pakai kasut tumit tinggi ataupun gaunnya yang meleret.
Kim Kardashian
Jangan ingat Kim Kardashian tak pernah silap dalam fesyen. Pakaian ni membuatkan penampilan Kim nampak buruk. Namun, setiap orang ada citarasanya yang tersendiri.
John Travolta
Nampaknya Oscars 2014 penuh dengan 'kegilaan' bermula dengan Jennifer Lawrence sehinggalah kepada John Travolta. John Travolta sepatutnya menyebut Idina Menzel, tetapi tersebut pula Adele Dazeem. Mesti ramai yng tertanya-tanya siapa Adele Dazeem?
Lindsay Lohan
Ramai yang dah tahu yang Lindsay Lohan mempunyai masalah dadah dan macam2 lagi. Tak terlepas juga, dia seorang perokok. Gambar ni diambil pada 2012 kalau tak silap. Mungkin Lindsay tak perasan keadaan giginya. Kemudian, dia membuat 'teeth whitening' untuk memutihkan gigi. Tak tahulah macam mana keadaan giginya sekarang.
Taylor Swift
Taylor ingatkan bahawa dialah pemenangnya
Muka 'penerimaan hakikat' oleh Taylor Swift.
Pada Anugerah Grammy 2014, satu momen yang lucu berlaku pada Taylor Swift di mana dia telah menunjukkan riak wajah yang menyangkakan bahawa dia memenangi anugerah Album Terbaik untuk albumnya 'Red'. Tapi, sayangnya, pemenangnya jatuh kepada album yang bertajuk 'Random Access Memories; Daft Punk'. Tak apa cuba lagi ya.
Hari ni saya nak tunjuk kepada rakan2 semua tentang 5 adat perkahwinan yng unik dari seluruh dunia.
5) Ireland
Di Ireland, sekurang-kurangnya, satu kaki pengantin perempuan mesti jejak di lantai semasa hari perkahwinannya kerana dipercayai, jika pengantin perempuan tidak berbuat demikian, akan menyebabkan mereka diculik oleh pari2 jahat.
4) Congo
Pengantin perempuan serta pengantin lelaki tidak dibenarkan senyum sepanjang majlis perkahwinan mereka berlangsung. 3) Scotland
Di sesetengah tempat di Scotland, rakan2 kepada pengantin perempuan akan menanamnya ke dalam timbunan sampah dan mengikatnya di pokok. 2) Sekitar Asia dan Africa
Selalunya di kebanyakkan negara di Asia atau Africa, mereka akan menculik pengantin perempuan sebelum majlis perkahwinannya. 1) India
Di sebahagian tempat di India, keluarga pengantin perempuan akan mencuri kasut pengantin lelaki dan akan menyuruh pengantin lelaki melakukan sesuatu jika inginkan kasutnya kembali.