Memaparkan catatan dengan label Cerita Sebuah Gambar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerita Sebuah Gambar. Papar semua catatan

Isnin, 20 Oktober 2014

Gambar-gambar Lawatan Kelas

Assalamualaikum.

Sebelum ni saya ada cerita pasal lawatan kelas dekat entry saya sebelum ni. Kalau tak tengok lagi video saya tu, bolehlah cari dekat blog saya.

Saya nak minta maaf sangat2 sebab tak sempat nak upload gambar2 lawatan kelas hari tu. Dah sebulan lebih dah pun. Tapi, Better Late Than Never.

TEMPAT PERTAMA YANG DIKUNJUNGI, TROPICAL VILLAGE DI AYER HITAM



EH, ADA MELAKA PULAK KAT SINI?










DALAM 'MAGIC MIRROR' ITU YANG ADA YANG PENDEK, TINGGI, GEMUK DAN MACAM-MACAM LAGI


SEKARANG KITA DI AMERIKA PULA YA...

TAK SANGKA DAPAT BERGAMBAR DENGAN 'UNCLE SAM'

SEKARANG KITA DI PERANCIS PULA

INILAH DIA NAPOLEON I

ADA KUDA SEKALI..

SEKARANG KITA PERGI HOLLYWOOD PULAK

OOPS, SAYA BUKANNYA PERGI MENGHADIRI ANUGERAH OSCAR YA..

TAK DAPAT PERGI HOLLYWOOD MACAM NI PUN JADI LAH

SEKARANG KITA TERBANG PULA KE MESIR. TAPI, MANA PERGI PASIRNYA?

BERGAMBAR DI ATAS 'UNTA'

YANG COMEL TU, ANAK KEPADA CIKGU SAYA.


TEMPAT KEDUA, COUNTRY GARDEN. TAPI INI DEKAT BELAKANG COUNTRY GARDEN. COUNTRY GARDEN NI ADA PANTAI BUATAN MANUSIA.

KAT SINI MACAM TEMPAT ORANG KAYALAH. ORANG DATANG PUN NAK AMIK GAMBAR JE. TEMPAT NI MACAM SEBUAH HOTEL YANG TERLETAK BERHAMPIRAN DANGA BAY. KALAU NAK TAHU CANTIK KE TAK DATANG SENDIRI. TAPI HATI2 DENGAN PERATURAN YANG SANGAT KETAT.

Minta maaf ya kalau gambarnya kurang cantik. Amik dengan handphone je..

Illaliqaq.



Jumaat, 2 Mei 2014

Karnival Fiesta Belia Peringkat Negeri Johor (Larian Belia)



Assalamualaikum semua. Hari ni saya ada masuk Larian Belia sempena Fiesta Belia Peringkat Negeri Johor di Stadium Mini dekat Pontian. Asalnya tak tahu pun ada benda2 ni semua. Tapi bila cikgu cakap barulah tahu dan saya ikut rombongan sekolah untuk larian ni.
Jadi, nak kongsikanlah sikit perkara2 yang 'menarik' yang berlaku kat sana.


  • Saya dengan kawan2 lain tengah menyertai larian sepanjang 2 km bermula dari Stadium Mini. 


Athirah dan Umairah

Kakak2 lain yang tengah berlari

  • Argh!!! Ular Sawa!!!
Besarkan ular sawa ni. Dah nama pun ular sawa. Ular ni pun tengah kekeyangan dan tengah tidur.

Panjangnya...

Saya pun berkesempatan jugak nak pegang dan angkat ular sawa ni. Gambar je tak ada.


  • Meloncat-loncat di atas trampolin


Hah, untuk pengetahuan semua, trampolin yang saya naik tu lagi tinggi dan lagi susah nak naik. Tinggi jugaklah trampolin tu sampai nak kena ada orang yang tarik. Bukan main menjerit lagi saya waktu main trampolin tu sebab ada adik2 form 1 atas tu dan diorang bukan main lagi menjerit dan terlompat-lompat atas tu saya pulak terduduk atas trampolin sebab tak boleh nak bangun dan saya pun di'pijak2' oleh adik2 tu. Tapi tak apa, akak maafakan adik.

Itu jelah yang saya dapat kongsikan. Sampai berjumpa lagi.

Illaliqaq. 

Isnin, 24 Mac 2014

Matahari, Terbenammu Di Ufuk Barat





Cantikkan pemandangan matahari terbenam ni? Subhanallah


Taman permainan yang berdekatan dengan tepi laut Pontian


Hutan paya bakau yang sememangnya sinonim dengan Pontian

Assalamualaikum. Semalam disebabkan bosan tak tahu nak buat apa di rumah, saya dan mak berjalan-jalan di tepi laut Pontian. Bila sampai sana, memang ramai sangat orang. Ada yang membawa anak2 bermain di taman permainan yang terletak tak jauh dari tepi laut tu.

Bila dah ada kat tepi laut petang2 macam tu, rasa macam nak ambil gambar pemandangan jadi saya ambil sedikit untuk dikongsikan dengan kawan2. Pemandangan matahari terbenam sememangnya gambar pemandangan yang perlu a.k.a wajib diambil. Subhanallah, cantik sungguh pemandangan pada petang tu. Jarang2 dapat peluang nak ambil gambar pemandangan yang cantik macam tu.

Illaliqaq.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...