Memaparkan catatan dengan label Buat Sendiri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buat Sendiri. Papar semua catatan

Sabtu, 18 Oktober 2014

DIY: Room Decor For Teenage Girls! (Murah!)

Assalamualaikum.

Hari ni saya nak kongsikan beberapa D.I.Y  hiasan bilik untuk gadis remaja @ teenage girls. So, let get started!


Cantik kan hiasan dalam gambar tu? Senang je nak buat. Macam ni caranya.

Bahan-bahan: 
Kertas (boleh juga gunakan kadbod atau manila kad atau apa saja bahan yang boleh diconteng)
Marker, pen, pensil warna atau Magic pen
Bingkai (terpulang)
Double sided tape atau apa sahaja yang boleh melekat

Cara-cara: 
1. Ambil kertas ataupun bahan yang hendak diconteng
2. Lukis apa sahaja bentuk yang anda gemari di atas bahan itu
3. Kalau anda ingin bingkaikan, anda boleh bingkaikan
4. Kemudian, tampalkan pada dinding




Hiasan yang ini boleh diletakkan di mana-mana sudut mengikut kreativiti ataupun citarasa masing2.

Bahan-bahan:
Batu sungai (boleh dibeli di kedai)
Marker, pen, Magic pen dll

Cara-cara:
Lukiskan apa sahaja corak yang anda gemari pada batu itu 
Kalau menggunakan cat, pastikan ia kering terlebih dahulu




Bahan-bahan:
Kadbod atau manila kad atau apa sahaja benda yang kukuh dan keras dan boleh diconteng
Magic pen, marker, cat
Pensil
Pemotong (pisau lipat atau gunting)
Glitter
Gam
Double sided tape atau apa sahaja yang boleh melekat

Cara-cara:
1. Buat huruf daripada kadbod atau manila kad dengan pensil. Samada nama anda atau apa sahaja.
2. Potong dengan pisau lipat atau gunting (sila berhati-hati)
3. Lepas potong, warnakan dengat marker, magic pen ataupun cat 
4. Letakkan glu di seluruh huruf itu dan taburkan glitter
5. Biarkan kering. Lepas kering lekatkan di dinding dengan apa saja bahan yang boleh melekat. Tetapi lebih dengan double sided tape.

Itu saja untuk D.I.Y kali ni. In Sha Allah akan ada banyak lagi projek yang saya akan tunjukkan.

Illaliqaq.






Sabtu, 21 Jun 2014

DIY: Jangan Biarkan Barang2 Anda Berselerak! (Murah+Senang)

Assalamualaikum. Hari ni saya nak kongsikan 2 projek DIY khusus untuk para pelajar di luar sana yang tak tahu macam mana nak menguruskan alat2 tulis anda yang berselerak tu. So, let get started!

1. 

Bahan-bahan: 
Kotak kasut atau penutup kotak kasut
Pembungkus makanan yg diperbuat drpd kotak atau kotak2 kecil yang terpakai
Hot glue/ Super glue/ Double sided tape
Pisau kecil atau gunting
Kertas pembalut hadiah


Cara-cara:
1. Potong kotak2 kecil atau kotak makanan pada satu bahagian seperti dalam gambar yang pertama di atas.
2. Kemudian, balutkan dengan kertas pembalut hadiah sama jugak dengan kotak kasut atau penutup kotak kasut tu.
3. Lekatkan pada kotak kasut atau penutup kotak kasut.

2. 

Bahan-bahan: 
Tin terpakai atau toilet paper roll
Hot glue/ Super glue/ Double sided tape
Kertas pembalut hadiah

Cara-cara:
1. Balutkan tin terpakai atau toilet paper roll dengan kertas pembalut hadiah.
2. Susun seperti dalam gambar atau mengikut kreativiti anda sendiri.
3. Gamkan tin terpakai atau toilet paper roll tadi. Untuk ni saya galakkan guna hot glue atau super glue seperti gam gajah.

Senangkan. Lepas ni lebih senanglah nak cari alat2 tulis. Ada juga beberapa inspirasi yang lain berdasarkan idea2 di atas.

 




SELAMAT MENCUBA!
ILLALIQAQ!





  

Isnin, 9 Jun 2014

Deko Baru Untuk Semangat Baru

Assalamualaikum. Saya nak kongsikanlah sedikit hasil DIY saya yg saya buat tempoh hari. Saya ada kongsikan tentang DIY ni pada entry yg lepas. Nak tahu macam mana nak buat? klik sini


Hah, inilah hasilnya. Senang je guna tali, salotape dengan ubat stapler sikit


Kenangan yang tak mungkin akan dilupakan...

Lepas ni tak payah keluarkan duit beli frame gambar. Amik tali, gambar dengan salotape lepas tu buatlah sesuka hati kita. 

Illaliqaq.

Selasa, 3 Jun 2014

Decorate Your Bedroom! DIY {Murah dan Cantik)

Assalamualaikum. Saya ingat nak kongsikanlah 2 tip untuk menghias bilik tidur. Apa yang penting, ianya cantik dan murah.

1.


Hah, cantik kan? Kalau nak buat hiasan macam ni cuma perlukan Candy Jar atau Jar Plastik atau Botol Kuih Raya atau mana2 botol yang kosong macam ni...

 

Lepas tu, hiaskanlah penutup botol atau jar tu dengan reben atau glitter atau apa2 sahaja. Kemudian, sumbatkan dalam botol tu lampu yang berjuntai-juntai macam ni...

Lampu ni boleh didapati dekat kedai-kedai kraftangan atau di pasaraya 


2.

Rasanya projek ni lah yang paling senang nak buat. Cuma perlukan gambar dan double sided tape
Anda boleh pilih nak gambar apa dan mengikut kreativiti anda sendiri, susunlah gambar2 tu sehingga jadi bentuk yang anda nak kemudian lekat dekat dinding. Senangkan?

Bukan setakat boleh buat bentuk hati, macam2 pun boleh buat cuma perlukan sedikit idea dan kreativiti macam ni...


Yang ini, cuma perlukan tempat penyangkut kunci, tali dan plastisin atau double sided tape


Yang ini pula cuma kena ada tali, penyepit baju dan double sided tape.
Cuma, pastikan ada sesuatu yang boleh digunakan untuk menyokong tali tu contohnya macam dalam gambar kat atas.


Kalau yang ini, kena dapatkan sticker wall. Frame gambar tu terpulang pada citarasa masing2. Kalau saya, saya lebih suka tak ada frame gambar tu.

Lagi satu, kalau tak ada banyak gambar, print je gambar yang dah dimuat naik di Facebook atau Instagram. Senang kan?

Jadi, macam mana? Dah dapat sedikit inspirasi untuk hias bilik tidur kawan2? Kawan2 sebenarnya boleh ubah sedikit idea dekorasi tadi mengikut kreativiti masing2. Dan In Sha Allah, saya akan update lagi tentang idea2 dekorasi yang murah dan cantik yang saya boleh dapat. Selamat Mencuba! 

Sumber: YouTube dan Google Images

Illaliqaq.





  






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...