Semua orang pernah dimalukan tak kisahlah samada dimalukan orang lain atau dimalukan oleh perbuatan sendiri. Tapi, kenapa perlu takut dimalukan? Selalunya kita takut dimalukan kerana takut dilihat tidak sempurna di mata orang lain. Pernah tak kita terfikir bahawa tak mengapa dimalukan samada dari perbuatan sendiri ataupun orang lain kerana ia umpama suatu pengajaran buat diri kita juga agar lebih berhati-hati di masa hadapan serta untuk menjadikan diri kita ini lebih kuat.
Semakin banyak dimalukan, semakin kebal kita terhadap cacian, hinaan dan kata-kata mahupun perbuatan yang menyakitkan. Tetapi, apabila dimalukan orang lain pun ada hadnya. Kalau sudah melampau ambillah tindakan. Pada saya, perasaan takut untuk dimalukan sama seperti takut untuk membuat kesalahan terutama kalau seperti yang saya cakap tadi dimalukan oleh perbuatan sendiri.
Tetapi, INGAT walaupun tak apa untuk dimalukan, tak semestinya kita kena buat perkara yang memalukan sehingga tergadai maruah.
Dalam beberapa hari yang lepas ni, saya ada tengok satu program ala-ala public speaking iaitu TED Talks di YouTube. Apa yang menarik ialah kesemua speaker yang dijemput ialah orang yang boleh memberikan inspirasi kepada kita semua.
Saya dah tengok beberapa episod dan saya akui bahawa kesemuanya telah memberikan kesan kepada saya terutama dari segi cara pemikiran dan menjadi lebih positif. Speaker yang dijemput bukan calang-calang orang. Mereka akan berkongsikan pengalaman mereka dan apa yang mereka telah perolehi daripada pengalaman tersebut. Siapa sangka hanya dengan mendengar pengalaman orang lain pun kita dah boleh meningkatkan motivasi diri kita.
Jadi, apa tunggu lagi tak payah pergi seminar ataupun ceramah mahal-mahal. Buka YouTube kemudian taip 'TED Talks' ataupun 'TEDx Talks di ejen carian. Pilihlah mana yang nak ditengok.
ANTARA EPISOD KEGEMARAN SAYA:
Monica Lewinski: The Price of Shame
Cameron Rusell: Looks aren't Everything. Believe Me, I'm a Model
Dah lama rasanya tak update blog ni. Maklumlah sibuk dengan urusan seharian. Ok hari ni saya nak kongsikan perjalanan saya sepanjang menghidap acne ni. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa nak kongsikan pasal kehidupan saya dengan acne saya ni. Sebenarnya saya ada tengok banyak video dekat YouTube yang cakap pasal perjalanan diorang sepanjang menghidap acne daripada awal sampailah muka diorang bersih.
Tujuan saya kongsikan kisah saya ni adalah sebagai satu perkongsian yang diharap dapat meredakan rasa 'rendah diri' orang2 kat luar sana yang ada masalah acne dan sebenarnya anda semua tak keseorangan. Tapi, sekarang ni muka saya tak adalah bersih sangat cuma hasilnya bolehlah dikatakan membanggakan. : )
Antara video yang terdapat di YouTube
So, balik kepada matlamat yang asal. Kepada yang tak tahu acne tu apa, acne sebenarnya satu keadaan di mana kulit kita ditumbuhi jerawat yang banyak sehingga menyebabkan kulit menjadi bengkak dan meninggalkan banyak parut. Dan kalau anda ada satu atau dua je jerawat kat muka itu tak termasuk acne. Sebab itu acne dan pimple adalah 2 benda yang berbeza.
Saya mula2 dapat jerawat @ pimple sewaktu saya darjah 5 iaitu 11 tahun. Waktu tu saya tak berapa pentingkan penjagaan kulit. Maklumlah, waktu tu tak kena lagi mestilah buat tak tahu je. Walaupun mak saya belikan pencuci muka tapi saya macam tak berminat nak pakai. Kalau pakai pun on dan off je. Ini merupakan salah satu sebab kenapa saya dapat masalah acne ni.
Mula2 jerawatnya kecil dan tak banyak. Lepas beberapa bulan, jerawat makin banyak cuma tak berapa ketara sangat. Sampailah satu hari, saya tengok muka saya dekat cermin penuh dengan jerawat kecil. Dan keadaannya faham2 lah sendiri. Bila jerawat dan besar sikit mulalah saya panik.
Waktu sekolah rendah sampai darjah 6, banyak produk saya guna tapi tak ada satu pun yang berjaya. Jerawat pulak makin banyak dan kalau hilang pun hilang sikit je dan akan datang balik. Keadaan ni berterusan sampai form 1.
Waktu form 1, keadaan saya makin teruk dan waktu tu saya tak berapa pasti sangat apa punca yang menyebabkan jerawat saya makin teruk. Sampailah satu ketika saya mula sedar apa punca acne ni. Saya mula menyesal sebab tak amalkan cuci muka waktu dulu dan tak minum banyak air dan amalkan pemakanan yang seimbang.
Saya mula betulkan tabiat saya tetapi masalah tetap tak kurang. Sampailah saya form 2, acne makin teruk sangat. Muka saya merah sebab bengkak. Waktu hari pertama persekolahan saya rasa malu sangat2. Ada satu hari, kawan saya tegur pasal acne saya ni. Dan ada satu kejadian di mana waktu tu saya terpilih untuk jadi AJK kelab dan waktu cikgu suruh pergi depan untuk murid2 lain tengok barisan AJK, saya tunduk je dan tak nak angkat muka. Kalau angkat pun sekejap je.
Sampailah satu hari tu, kawan saya recommend kan satu produk yng dinamakan Topicil. Dia kata, kakak dorm dia dah pernah guna sebelum ni dan kulit dia jadi sangat bersih. Saya try beli harganya RM20 sebotol. Saya belik dekat farmasi.
Lepas dua bulan guna, nampak hasilnya. Muka saya kurang ditumbuhi jerawat dan makin bersih. Sampai ada orang ingat saya makan pil untuk jerawat. Saya memang gembira sangat. Tapi, kegembiraan tu tak lama.
Lepas muka dah bersih, saya try guna satu pencuci muka ni sebab saja nak ubah selera (sebelum tu guna OXY). Pencuci muka berbentuk sabun dan apa yang saya tak tahu, pencuci muka dalam bentuk sabun tak baik untuk muka kerana kandungan alkohol yang tinggi. Muka saya mengelupas dan jerawat datang balik. Lepas saya dapat tahu dari internet trus saya buang sabun tu.
Saya pun terkial-kial cari tips untuk hilangkan jerawat secara natural. Contohnya sapu bawang putih, letak serbuk kayu manis dll. Tapi tak berkesan. Saya beli balik topicil tapi tak selalu guna. Sekarang, muka saya dah ok sikit tapi banyak lagi parut. Saya juga ada amalkan DIY untuk acne ni. Nanti saya akan kongsikan.
Acne ni memang dah banyak ubah hidup saya. Sekarang ni, saya lebih berhati-hati dalam pemilihan produk. Dan sekarang, saya hanya guna OXY sebab itu yang sesuai untuk saya. Sebabkan acne saya jadi murung. Sebab saya ingat saya keseorangan tapi ada yang senasib dan lagi teruk dari saya (macam dalam video di atas). Acne juga ajar saya untuk menyayangi diri saya seadanya (love me for me) kerana kalau kita tengok diri kita hodoh orang akan pandang kita hodoh. Saya juga dah banyak timba ilmu tentang acne ni.
In Sha Allah, saya akan kongsi lebih banyak tentang acne dari segi pencegahan, pemakanan dan macam2 lagi tapi mungkin dalam Bahasa Inggeris sebab saya nak kongsi dengan satu dunia. Dan saya nak ingatkan saya bukan pakar kulit@ dermatologist tapi saya orang pernah ada acne.
Akhirnya, saya dah tamatkan perjuangan untuk tahun ni! Oops, perjuangan apa ya? Hah, perjuangan peperiksaan. Tapi, saya tahu perjuangan ni belum selesai. Tahun depan, lagi besar datang. Ok, balik kepada tajuk...
Berapa ramai antara kita yang kadang2 merungut bila lihat tubuh kita di hadapan cermin? Ok, biar saya kira... 1,2,3,4.. Nampaknya ramai jugak yang sama seperti saya.
Kejap2, merungut itu tak kena ini tak kena. Yang besar nak jadi kecik, yang kecik nak jadi besar dan macam2 lagi. Mungkin ada yang memang rupanya begitu sejak dari kecil. Dari XXL nak ke S. Dari S nak ke L. Macam2 dunia sekarang ni.
Kadang2 kita tengok orang lain lebih kurus atau gemuk daripada kita lalu kita mula melihat diri sendiri macam yang saya cakap tadi, yang besar nak ke kecik dan yang kecik nak ke besar. Paling tidak pun ada yang 'bercakap' atau 'mengejek' mulalah kita berazam nak buat tu, nak buat ni.
Memang bagus azam tu, sekurang-kurangnya kita berikhtiar dan mencuba. Tapi, ada yang cuba dengan keterlaluan sampai jatuh sakit. Ada yang tak makan, ada yang muntahkan balik makanan dan ada juga yang makan banyak2 sampai tak larat nak jalan.
Janganlah sampai begitu... Ingat ya, jangan ingatorang yang terlebih berat badan tu tak buat apa2 dengan dirinya. Mungkin dia dah berusaha bersungguh-sungguh tapi mungkin tubuh badannya tak boleh terima perubahan yang berlaku. Macam tu jugak dengan orang yang terlalu kurus jangan ingat dia tak buat apa2. Mungkin dia dah cuba tapi tak berhasil mungkin sbb tubuhnya tak boleh terima perubahan.
JANJI KITA SIHAT DAN BAHAGIA TANPA SEBARANG PENYAKIT ITU SUDAH CUKUP...
MY CONFESSION: Sebelum ni, memang saya teringin sangat nak turunkan berat badan berlebihan dan dapatkan body yang slim. Macam2 cara cuba tapi tak berhasil. Kadang2, saya terfikir lebh baik saya jadi anoreksia. Kurus kering tinggal tulang. Tapi, saya cepat tersedar. Saya masih muda. Saya ada kesihatan yang perlu dijaga. Walaupun saya tak dapat berat yang diingini, janji berat saya ideal. Syukur, saya dikurniakan tubuh badan yang agak tinggi, iaitu 160 cm dan berat yang boleh dikira ok, iaitu 67 kg. Walaupun nampak besar sikit tapi janji saya bebas penyakit. Lagipun memang saya dilahirkan dengan tulang yang besar. KEPADA YANG DILUAR SANA JANGANLAH MENGADILI ATAU MELIHAT SESEORANG DARI LUAR SAHAJA, LIHATLAH DALAMNYA JUGA. TIADA APA DOSANYA MENJADI ORANG BERBADAN BESAR ATAU KURUS. Illaliqaq.
Hari ni saya terbaca di suratkhabar tentang diskriminasi terhadap warna kulit. Ooops, ini buka isu macam dulu di Afrika Selatan ya. Ini pasal kemenangan seorang gadis berketurunan India di Amerika yang berkulit gelap dalam pertandingan Miss America.
Ramai yang mengkritik kemenangannya termasuk orang2 di negara kelahiran ibu-bapanya iaitu di India. Orang tidak memandang kebijaksanaan dan senyumannya yang menawan tetapi memandang warna kulitnya.
Bila saya fikirkan balik, kat Malaysia pun apa kurangnya. Sekarang semua nak berkulit cerah. Mereka beranggapan bahawa kulit cerah itu satu kebanggaan dan sanggup berhabis untuk memutihkan kulit lagi2 yang memang gelap semulajadi. Sememangnya orang Asia ni tergila-gilakan kulit yang cerah. Orang Korea yang memang dah putih macam salji pun putihkan lagi kulit tu.
Come on girls, it's not relevant anymore! Kalau satu dunia anggap kulit cerah tu cantik kenapa mereka iktiraf Beyonce yang berkulit gelap sebagai antara yang tercantik di dunia dan kenapa ada wanita kulit gelap diiktiraf sebagai ratu cantik dunia?! Kecantikan patutnya diukur dengan 'facial feature' nya seperti mata, mulut bentuk muka atau lain2 serta kesucian hatinya bukannya warna kulit!
Saya terkejut apabila terbaca satu iklan di suratkhabar mengenai satu produk pemutihan kulit yang tertulis 'untuk gelap keturunan'. Saya sebagai antara individu yang memang asalnya tan atau sawo matang @ kulit gelap memang amat kecewa dengan isu ni. Kalau saya terpaksa nak guna produk pemutihan pun mungkin untuk hilangkan tan berlebihan yang disebabkan terdedah kpd matahari berlebihan sampai tertutup tona kulit asal saya. Kalau ada masalah tan terlebih macam saya mungkin boleh guna produk pemutihan.
Cubalah sekali anda bersyukur atas apa yang anda. Sedangkan wanita barat dan Eropah terkejar-kejar kulit tan kita ni sampai sanggup nak jemurkan diri di bawah matahari. Zaman sekarang ni, DARK IS BEAUTIFUL! Tak kiralah apa warna kulit anda, anda tetap cantik kerana setiap ciptaan Tuhan itu sememangnya cantik. Apapun, terpulang kepada anda untuk menilai diri sendiri.
WANITA BERKULIT GELAP/TAN YANG TERSENARAI DALAM TOP 100 WANITA PALING CANTIK DI DUNIA MAXIM.
Bersemangatkan tajuk entry kali ni? Memang sekarang saya tengah dalam mood semangat pun. Rasanya semua orang perasan tajuk entry ni diambil dari lagu Katy Perry, 'Roar'.
Bila dengar je lagu tu rasa meremang bulu roma dan rasa bersemangat sangat2. Lagi2, kalau tengah moody ataupun tengah down. Memang sesuai sangatlah tu. Saya memang suka dengar lagu2 yang menaikkan semagat macam ni. Kalau nak tahu senarai lagu2 kesukaan saya yang boleh menaikkan semangat sila klik sini.
So, balik kepada topik. Semua orang mesti pernah 'down' kan? So, saya nak senaraikan beberapa tips yang mungkin dapat membantu masalah anda In Sha Allah.
1. DENGAR LAGU-LAGU YANG BOLEH MENAIKKAN SEMANGAT 2. HINDARI DARIPADA MENDENGAR/MENONTON LAGU ATAU CERITA SEDIH
3. BERDOA KEPADA ALLAH S.W.T 4. BERSUKAN 5. BACA CERITA ATAUPUN KISAH-KISAH ORANG YANG DAHULUNYA ZERO KINI MENJADI HERO MENGIKUT KESESUAIAN MASALAH ANDA. 6. JANGAN MENDENGAR KATA-KATA ORANG LAIN YANG INGIN MENJATUHKAN ANDA 7. BERIKAN KATA-KATA SEMANGAT KEPADA DIRI SEPERTI "AKU BOLEH" ATAUPUN "TIADA SIAPA YANG BOLEH MENGHALANG ATAU MENGATASI AKU" Illaliqaq.
Lizzie Velasquez digelar sebagai seorang 'Wanita Paling Hodoh di Dunia'. Ini disebabkan oleh satu penyakit yang dialaminya sejak lahir iaitu satu sindrom di mana dia tidak boleh menambahkan berat badannya walaupun mengambil sajian seperti orang yang normal. Sindrom ini amat jarang dan sukar ditemui di dunia ini.
Hanya disebabkan rupa parasnya, dia diberi komen yang negatif. Sewaktu dia membaca komen2 negatif di YouTube tentang video yang dimuat naik olehnya, dia menangis. Dia tidak faham mengapa manusia begitu kejam terhadapnya.
Tidak lama selepas itu, dia mula menjadi terkenal dan lebih banyak komen yang negatif diberikan kepadanya. Setelah lama memencilkan diri, dia mula memberi 'ceramah' apabila dijemput oleh pihak yang mulai sedar tentang erti 'kecantikan' yang sebenar.
Kini, lebih ramai yang menyayanginya daripada membencinya. YouTube channel kepunyaanya juga semakin dikenali ramai. Anda boleh mencarinya di YouTube dengan mencari 'Lizzie Velasquez'.
Di situ, anda boleh melihat video2 yang dimuat naik olehnya. Sebelum ini, dia hanya seorang insan biasa dengan wajah yang 'hodoh', kini dia telah memberikan inspirasi kepada berjuta orang di dunia ini mengenai kecantikan.