Rabu, 24 September 2014

Inspirasi: Cerita Seorang 'Wanita Paling Hodoh di Dunia'

Assalamualaikum.

 



Lizzie Velasquez digelar sebagai seorang 'Wanita Paling Hodoh di Dunia'. Ini disebabkan oleh satu penyakit yang dialaminya sejak lahir iaitu satu sindrom di mana dia tidak boleh menambahkan berat badannya walaupun mengambil sajian seperti orang yang normal. Sindrom ini amat jarang dan sukar ditemui di dunia ini.

Hanya disebabkan rupa parasnya, dia diberi komen yang negatif. Sewaktu dia membaca komen2 negatif di YouTube tentang video yang dimuat naik olehnya, dia menangis. Dia tidak faham mengapa manusia begitu kejam terhadapnya.

Tidak lama selepas itu, dia mula menjadi terkenal dan lebih banyak komen yang negatif diberikan kepadanya. Setelah lama memencilkan diri, dia mula memberi 'ceramah' apabila dijemput oleh pihak yang mulai sedar tentang erti 'kecantikan' yang sebenar.



Kini, lebih ramai yang menyayanginya daripada membencinya. YouTube channel kepunyaanya juga semakin dikenali ramai. Anda boleh mencarinya di YouTube dengan mencari 'Lizzie Velasquez'.

Di situ, anda boleh melihat video2 yang dimuat naik olehnya. Sebelum ini, dia hanya seorang insan biasa dengan wajah yang 'hodoh', kini dia telah memberikan inspirasi kepada berjuta orang di dunia ini mengenai kecantikan.

Illaliqaq.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...