Selasa, 3 Jun 2014

Decorate Your Bedroom! DIY {Murah dan Cantik)

Assalamualaikum. Saya ingat nak kongsikanlah 2 tip untuk menghias bilik tidur. Apa yang penting, ianya cantik dan murah.

1.


Hah, cantik kan? Kalau nak buat hiasan macam ni cuma perlukan Candy Jar atau Jar Plastik atau Botol Kuih Raya atau mana2 botol yang kosong macam ni...

 

Lepas tu, hiaskanlah penutup botol atau jar tu dengan reben atau glitter atau apa2 sahaja. Kemudian, sumbatkan dalam botol tu lampu yang berjuntai-juntai macam ni...

Lampu ni boleh didapati dekat kedai-kedai kraftangan atau di pasaraya 


2.

Rasanya projek ni lah yang paling senang nak buat. Cuma perlukan gambar dan double sided tape
Anda boleh pilih nak gambar apa dan mengikut kreativiti anda sendiri, susunlah gambar2 tu sehingga jadi bentuk yang anda nak kemudian lekat dekat dinding. Senangkan?

Bukan setakat boleh buat bentuk hati, macam2 pun boleh buat cuma perlukan sedikit idea dan kreativiti macam ni...


Yang ini, cuma perlukan tempat penyangkut kunci, tali dan plastisin atau double sided tape


Yang ini pula cuma kena ada tali, penyepit baju dan double sided tape.
Cuma, pastikan ada sesuatu yang boleh digunakan untuk menyokong tali tu contohnya macam dalam gambar kat atas.


Kalau yang ini, kena dapatkan sticker wall. Frame gambar tu terpulang pada citarasa masing2. Kalau saya, saya lebih suka tak ada frame gambar tu.

Lagi satu, kalau tak ada banyak gambar, print je gambar yang dah dimuat naik di Facebook atau Instagram. Senang kan?

Jadi, macam mana? Dah dapat sedikit inspirasi untuk hias bilik tidur kawan2? Kawan2 sebenarnya boleh ubah sedikit idea dekorasi tadi mengikut kreativiti masing2. Dan In Sha Allah, saya akan update lagi tentang idea2 dekorasi yang murah dan cantik yang saya boleh dapat. Selamat Mencuba! 

Sumber: YouTube dan Google Images

Illaliqaq.





  






5 ulasan:

Orkid berkata...

Salam singgah pagi. cantik

Nora Karim berkata...

Nice... :)

Tie HT berkata...

cantiknya, teringin rasa nak buat :)

Jahirah berkata...

salam kenal...
kreatif...blh try nti klau bkesempatan...:)

Unknown berkata...

@Tihara: nanti bolehlah buat ya...
@Aishah Jahirah: salam perkenalan juga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...