Isnin, 2 Jun 2014

Delicious Apple + Papaya Juice! Yummy!

Assalamualaikum. Saya nak kongsikan satu resipi yang cukup mudah dan mengeyangkan. Sesuai untuk orang yang tengah berdiet atau yang tak ada masa nak menyediakan sarapan pagi.


Bahan-bahan: 

Sepotong betik
Sebiji epal
Beberapa ketul ais (kalau kehabisan ais, boleh digantikan dengan air sejuk)
Air masak
Sesudu gula

Cara-cara:
1. Potongkan epal dan betik kepada ketulan yang kecil
2. Masukkan ketulan epal dan betik ke dalam pengisar
3. Masukkan sekali ais dan sedikit air (kalau anda menggunakan air sejuk, tak payah masukkan air masak) dan masukkan sesudu gula.
4. Kisar sehingga jadi jus dan hidangkan

Senang je kan. 3 minit je dah siap. Cepat, pantas dan mudah. Jus ni boleh memastikan kita kenyang sampai ke waktu makan tengah hari. Lagipun, epal dan betik banyak khasiatnya. Bak kata pepatah Inggeris, an apple a day keep you away from doctor. So, selamat mencuba!

Illaliqaq.

1 ulasan:

Orkid berkata...

betik mmg bagus, masa my bro kena dengue ari ni. sibuk nurses kat hptl suh dier mkn betik ni.. epal mmg best sgt lah !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...