Jumaat, 20 Jun 2014

Janji Niatnya Kerana Allah...

Assalamualaikum. Harap2 semuanya sihat2 selalu.

Semua orang ada Facebook, Twitter, Instagram dan macam2 lagi betul tak? Ada yang menggunakannya dengan cara yang tak baik ada juga yang menggunakannya sebagai salah satu medium untuk berdakwah. Kenapa ya mereka memilih untuk berdakwah melalui laman2 sosial sebegini? Mungkin lebih senang untuk mendekati golongan muda yang 24 jam menggunakan laman sosial.

Tapi, tak semua orang yang benar2 ikhlas nak berdakwah di laman sosial. Ada yang sekadar mengejar 'like', 'share' ataupun populariti. Sampaikan ada yang main copy and paste je hadis2 ataupun ayat2 Al-Quran yang entah betul ataupun tidak. Inilah dia golongan yang suka main 'terjah' sahaja dalam bab2 agama ini.

Setidaknya, mereka pastikan dahulu samada itu hadis yang sahih ataupun palsu begitu juga ayat2 Al-Quran. Bayangkanlah apa akan jadi jika 10 orang mempercayai tulisan anda, bukankah anda akan menanggung dosa yang besar? Jika baru 10 orang dah dapat dosa yang besar apa akan jadi kalau 100 atau 1000 orang mempercayainya?

Kalau betul anda nak menyampaikan sesuatu berkaitan dengan agama, cek dahulu kesahihannya dengan orang2 yang arif dalam bab2 agama seperti ustaz ataupun ustazah ataupun rujuk dalam kitab2 agama. Jangan sampai kerana tulisan anda di laman sosial, iman orang lain tergugat.

Paling penting, niatkan kerana Allah S.W.T In Sha Allah segalanya akan dipermudahkan.

Illaliqaq.  

2 ulasan:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) berkata...

Salam ukhuwah Nursabrina,

Tq saharing.. perkongsian yg bermanfaat.. Lillahitaalah..

Nursabrina Helmi berkata...

@CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) Sama2. Ini semua untuk kita bersama juga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...