Rabu, 2 Julai 2014

Jadi Captain America Sekejap

 
Note: Amik dari blog sekolah : )

Assalamualaikum. Ingat tak hari tu saya ada cakap tentang kejohanan sukan sekolah minggu lepas? kalau tak ingat klik sini

Dalam acara perbarisan rumah sukan saya iaitu rumah Temenggung/Biru telah memilih tema Captain America. Bayangkanlah dengan shield, topeng dan perhiasan kepalanya susah betul nak pakai. Tapi tak apa janji kitorang juara. Alhamdulillah. 

Ini semua idea kakak2 upper form dan cikgu. Ikutkan nak buat tema Frozen tapi susah pulak jadi tukarlah kepada tema Captain America janji biru. Dalam banyak2 rumah sukan tu rumah kami kira yang uniklah dalam tema untuk perbarisan. Ingat senang ke nak buat maskot Captain America tu. 

Inilah tema perbarisan rumah sukan yang lain:

Rumah Bendahara/Kuning
Tema/Maskot: Angry Bird

Rumah Laksamana/Hijau
Tema/Maskot: Katak 

Rumah Panglima/Merah
Tema/Maskot: Puteri Hang Li Po dan Sejarah/Pahlawan Melaka

Itu sajalah untuk hari ini.
Illaliqaq.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...