Khamis, 27 Februari 2014

Sukantara Sekolah (Ingatkan Tak Payah Bertanding Sekali..)

  Assalamualaikum semua. Hari ni boleh dikatakan hari yang amat memenatkan untuk saya. Mana tak nya, sampai saja di sekolah, terus pergi latihan 'choral speaking'.

  Tapi, hari ni memang ada satu perkara yang sangat mengejutkan bagi saya. Hari tu, cikgu ada cakap nak diadakan sukantara di sekolah tapi mula2 semua kena pergi latihan rumah sukan dulu lepas tu cikgu akan ambil nama siapa yang ada potensi dan bakat untuk wakil rumah. Ingatkan latihan rumah sukan tu untuk pilih wakil ke MSSD macam thun lepas, rupanya tak.

  Petang tadi baru tahu yang sebenarnya sukantara tu semua pelajar kena masuk untuk kumpul mata untuk rumah sukan masing2. Saya ingat datang untuk saja2 je sokong team rumah sukan kita. Jadi, saya tak bawalah air ke padang macam orang lain.

  Alamatnya, hauslah saya kat tengah2 padang tu. Nasib baik cuaca redup kalau tak memang tercari-carilah air kat padang tu. Kalau ikutkan ada 3 acara untuk lelaki dan perempuan 13 dan bawah 15 seperti lontar peluru, lompat jauh dan lari 100 meter.

  Tapi tadi untuk perempuan ada 2 je, lontar peluru dan lompat jauh. Lelaki pula buat larian 100 meter. 27 Feb baru nak sambung acara lain. Tapi, saya memang lemah bab2 sukan ni. Lagi2 larian 100 meter dengan lompat jauh. Lontar peluru ok je sbb pernah wakil rumah sukan waktu sekolah rendah dulu. Doakan saya berjaya ya!

Illaliqaq.

Rabu, 26 Februari 2014

Bila Keyakinan Diri Sudah Hilang... (Motivate Yourself)

 





  Assalamualaikum semua. Pernah tak kita rasa yang diri kita tak berguna, tak cantik dan macam2 lagi. Mengapa nak fikir macam tu tentang diri kita? Kadang2 ada juga sesetengah orang yang selalu tak puas hati dengan diri mereka sendiri. Kita semua mesti ingat yang kita semua tak sempurna. Pasti ada cacat celanya pada diri kita ni. Sejujurnya, saya pun kadang2 ada juga fikir bukan2 tentang diri sendiri (saya masih manusia biasa).

  Kita kena ingat yang bila kita kata diri kita tak berguna atau apa saja yng negatif, itulah yang sebenarnya menjatuhkan semangat kita. Orang lain tak kata pun kita tak cantik atau tak berguna, tapi kita yang kata begitu pada diri sendiri. Jangan sekali-kali berkata begitu pada diri sendiri. Ingatlah yang 'You're what you think'.

  Kalau kita fikir yang buruk2 akan dapatlah hasil yang buruk. Kalau fikir yang baik2 dapatlah hasil yang baik. Kita kena cinta diri kita sendiri dulu barulah kita dapat mencintai orang lain.

  Dan ada juga sesetengah orang yang suka mengkritik seseorang itu. Tak tahulah apa sebenarnya masalah orang ni. Apa yang tak kena di matanya pasti akan dikritik. Kadang2 orang sebegini lebih kepada 'perasan sempurna'. Pada dia, dia seorang sahaja yang betul. Kepada sesiapa yang ada sikap sebegini, tolonglah hentikan tabiat anda yang suka mengkritik tu.

  Disebabkan anda yang 'perasan sempurna' dan berlagak seperti 'Miss. Right', tanpa anda sedari anda dah jatuhkan semangat seseorang serta melukakan hatinya. Kalau sekali sahaja dikritik, pasti akan membawa perubahan yang besar dalam hidup seseorang dan mulalah hendak fikir yang bukan2. Kalau hendak mengkritik boleh, cuma berilah kritikan yang membina ataupun positif.

  Setiap manusia pasti ada kelemahan masing2. Hanya Allah S.W.T yang bersifat Maha Sempurna. Tak kisahlah badan anda gemuk, muka hodoh atau kurang pandai, seboleh-bolehnya, cubalah cari kelebihan diri anda. Jangan diperbesarkan kelemahan itu. Fikir secara positif dan sihat. Kalau anda berfikiran positif tentang diri anda, automatically, anda akan dapat keyakinan diri dan melalui keyakinan itu, akan terpancar 1001 kegembiraan dan orang tak akan lihat kelemahan anda lagi. Sampai sini saja. Apapun, think positive okay!

Illaliqaq.
 

Selasa, 25 Februari 2014

March, Busiest Month In My Life!

 
                                



Assalamualaikum semua. Lagi beberapa hari lagi nak masuk bulan Mac. Bila fikir2 balik pasal bulan Mac ni, rasa 'seram' pulak. Kenapa? Sebabnya, pada 3,4,5 Mac nanti ada ujian bulanan. Nasib baik yng keluarnya 5 subjek je untuk budak2 KAA. Yang lain 4 subjek je.

  Selain daripada tu, bulan Mac nanti, ada pertandingan Choral Speaking (doakan kami berjaya ya!) kalau tak silap 12 hb selepas ujian nanti. Waktu itulah saya dengan kawan2 lain berhempas pulas dan memerah keringat untuk pertandingan ni sampai tak masuk kelas dibuatnya.

  Dan tak dilupakan juga, birthday adik kesayangan pda 31 Mac nanti. Aktiviti kokurikulum yng lain pun masuk juga dalam 'schedule' bulan Mac ni. Bulan Mac juga akan diadakan Bulan Sains Dan Matematik di sekolah. Waktu ni lah nak kumpul sijil banyak2. Nanti bila dah form 3-5 dah sibuk dengan peperiksaan dan kelas pakad.

  Sebab itulah saya masuk hampir semua aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah. Sekurang-kurangnya dapat lah sijil.

Illaliqaq.

Jumaat, 21 Februari 2014

Adik, Tolong Jangan Berlagak Ya...

  Pagi tadi, ada terdengar satu cerita dari seorang kawan tentang seorang budak lelaki form 1 yang dengar ceritanya agak berlagak. Nama betulnya saya tak tahu. Dia boleh dikatakan agak popular di kalangan pelajar asrama (mungkin, sebab saya tak duduk asrama).

  Selepas dengar cerita tentang apa yang adik ni dah buat, saya agak terkejut kerana di kalangan senior2 di sekolah saya, tak ada seorang pun yang berlagak walaupun ada yang berlagak tetapi tak seteruk adik ni. Sekurang-kurangnya, sifat berlagak senior2 tu hanya sekadar untuk gurauan atau tidak disengajakan.

  Saya mula terfikir macam manalah keadaan adik ni bila dah masuk form 4 atau form 5 nanti. Saya harap sifat berlagak nya tu akan kurang sikit. Sebab kita sebagai senior kena tunjuk contoh yang baik. Walaupun saya hanya senior sesi petang (sesi petang ada form 1 dan form 2 je), namun tak pernah saya lihat senior2 sesi petang berlagak macam tu.

  Mungkin dia hendak menarik perhatian atau sekadar saja2 itu saya tak tahu. Yang saya tahu, caranya salah dan boleh memburukkan imejnya sendiri. Apapun, akak harap adik dapat tinggalkan sifat berlagak tu. Ingatlah yang kita ni hanya makhluk yang biasa dan banyak kekurangan. Hanya Allah S.W.T yang bersifat Maha Sempurna.

Illaliqaq

Belajar Ikatan Khas Dari Bomba

   Assalamualaikum semua. Pagi tadi, saya terpaksa ke sekolah untuk belajar tentang ikatan2 khas di dalam bomba. Memandangkan saya ni ahli kadet bomba, maka dengan relanya mengorbankan hari cuti ni untuk ke kelas ikatan tu.

  Mula2 ingatkan tak best, tapi lepas dah belajar, rasa seronok pulak. Tak sabar untuk kelas yang akan datang. Lagipun, kiteorang baru belajar 7 atau 8 daripada 31 ikatan. Tapi, menurut Ayah Ayub (ahli bomba yng mengajar ikatan tu) peringkat kadet mcm kami ni, kalau belajar 8 pun dah cukup.

  Kami berusaha mengikat tali2 yang telah disediakan dalam kumpulan yang terdiri dari 2 orang. Nasib baik ada kawan yng betulkan cara ikatan saya. Kalau tak, sampai esok pun tak habis2 ikatan tu.

Illaliqaq

Khamis, 20 Februari 2014

Ayat Bahasa Arab Yang Kami Selalu Gunakan Di Sekolah (KAA)

   Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ni nak kongsikan sikit pasal ayat2 bahasa arab yang selalu digunakan oleh student2 KAA di SMKDPB. Antaranya:

 Minta izin untuk ke tandas

 ﺍﻠﺤﻤﺎﻡ  ﺍﻠﻰ ﺃﺫﻫﺏ ﺃﻥ ﺃﺭﻴﺩ ﻤﻌﻠﻴﻤﺔ ﻴﺎ

Maksud: "Cikgu (perempuan), boleh izinkan saya untuk ke tandas?"

Setakat itu sahajalah untuk hari ni. Nanti di masa akan datang, saya akan'dedahkan' lebih banyak lagi ayat di dalam bahasa arab yang kami akan gunakan sewaktu di dalam kelas.

Illaliqaq.

P/S: Maafkan saya kalau ejaan dlm bahasa arab tu ada yang tak betul

Rabu, 19 Februari 2014

Bila Sahabatku Makin Tua

  Ahad yang lepas, ada seorang rakan yang baru sambut harijadinya. Ramai yang ucap 'Happy Birthday' kat dia. Macam biasalah kan, orang ucap selamat harijadi. Tapi, adalah sorang kawan tu yang siap perli, kata dia dah tua sebagai pengganti  untuk ucapan 'Happy Birthday' yang dah selalu didengar.

  Bila fikir2 balik ucapan 'happy birthday' kawan tu, tetiba rasa diri ni dah nak semakin tua walaupun birthday ni lama lagi. Tapi, orang selalu kata, makin tua makin menjadi. Itu yang kawan saya ni, semenjak sambut birthday makin aktif dan banyak kerenah.

  Tapi, tak apalah. Dia mungkin nak menikmati hari2 menjadi seorang remaja 14 tahun. Apapun, kita ni jangan 'menikmati' usia ni sangat. Sepatutnya, makin tua makin banyak amal ibadah. Renung2 kanlah okay!

Illaliqaq.

Isnin, 17 Februari 2014

PELOPOR (Majalah Khas SMKDPB)

  Assalamualaikum semua. Semalam ingat nak update pasal majalah sekolah yng baru first time saya dapat. Tapi, disebabkan saya tak habis baca lagi majalah ni, saya ingat nak update hari ni je. Sekarang, saya nak tunjukkan dekat rakan2 Majalah Pelopor ni...


Muka depan Majalah Pelopor. So catchy!


Muka kesemua guru SMK Dato Penggawa Barat pun ada dalam majalah ni...
(sambutan hari guru 2013)


Karya pelajar pun ada dalam ni...


Sijil sempena pengiktirafan SMKDPB menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) pun ada...

  Memang best lah majalah pelopor ni. Muka semua orang boleh masuk majalah ni. Itupun sempena gambar kelas. Hehehe...




Sabtu, 15 Februari 2014

Selamat Tinggal Cikgu...

   Assalamualaikum semua. Hari ni, merupakan hari yang sedih buat kami semua di SMK Dato Penggawa Barat. Kami telah kehilangan seorang guru yang sangat berdedikasi serta turut menjadi kesayangan anak2 muridnya iaitu Cikgu Norisme Laili.

  Walaupun baru setahun lebih mengenali cikgu, namun saya dapat mengagak yang cikgu merupakan seorang cikgu yang sangat baik. Sungguhpun cikgu hanya beberapa bulan mengajar saya Pendidikan Jasmani, tapi kenangan bersama cikgu takkan saya lupakan.

  Untuk pengetahuan semua, Cikgu Norisme pernah bersekolah di SMK Dato Penggawa Barat dari form 1 sampai form 5. Kemudian, setelah habis belajar, beliau menabur bakti dan membalas budi di SMK Dato Penggawa Barat selama 5 tahun bersesuaian dengan tempoh beliau belajar di sini.

  Bakal berpindah ke sebuah sekolah di Johor Bahru, cikgu kelihatan sedih untuk meninggalkan kami semua dan jelas kelihatan bergenang air matanya sewaktu anak2 muridnya bergilir-gilir mencium tangannya dan mengucapkan ucapan terima kasih kepadanya.

  Begitulah naluri seorang pendidik, tidak kiralah jauh ke mana pun mereka pergi, mereka pasti akan teringatkan anak2 muridnya. Semakin lama mereka berkhidmat di sebuah sekolah itu, semakin sukarlah untuk mereka melupakan anak2 muridnya. Kisah Cikgu Norisme membuatkan saya berazam untuk berkhidmat juga di SMK Dato Penggawa Barat. In Sha Allah...

Illaliqaq.

Jumaat, 14 Februari 2014

Sha'bah, Dunia Gelap Muncul Terang


    Assalamualaikum. Sempena penghulu segala hari ni, marilah kita sama2 menghayati cerita tentang seorang lagi bidadari di dalam Islam...

  Pada zaman Rasulullah S.A.W, masih ramai lagi penduduk di tanah arab yang musyrik dan menyembah berhala. Tidak terkecuali, Sha'bah binti Hadramiyyi. Dunianya penuh dengan kegelapan kerana abang2 serta ayahnya mati di dalam keadaan kafir sewaktu di medan perang.

  Sha'bah merupakan seorang wanita yang cantik dan jelita serta pernah berkahwin dengan Abu Sufyan. Namun, disebabkan termakan kata2 Hindun binti Utbah yang cemburu dengan kecantikan Sha'bah, dia menceraikan Sha'bah

  Akhirnya, Abu Sufyan menyesal dengan perbuatannya namun, apakan daya, Sha'bah telah pun berkahwin dengan Ubaidillah Ibnu Uthman. Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan beberapa orang anak dan salah satunya adalah Thalhah. Lantas, gelaran Ummu Thalhah terus melekat pdanya yng bermaksud 'ibu kepada Thalhah'.

  Thalhah merupakan seorang anak yng soleh dan menjadi tetamu Allah yng terawal memeluk Islam. Tetapi, ibunya tidak mengikut jejak langkahnya. Malah, dia masih dengan ajarannya dan menyukai segala aktiviti keislaman Thalhah dan memberi penyeksaan kepada Thalhah.

  Apabila tidak suka, Sha'bah akan mengherdik dan memarahi anaknya sesuka hati. Pernah sekali, dia mengikat tali pada leher anaknya lalu menariknya dan mengatakan Thalhah sudah gila. Namun, segala penyeksaan ini tidak sedikit pun menggugat keimanan Thalhah.

  Melihatkan kecekalan anaknya itu, lama-kelamaan Sha'bah mula tertarik dengan Islam lantas mengumumkan keislamannya. Sha'bah serta rombongan Islam yang lain lantas berhijrah. Thalhah berasa sangat gembira dengan keislaman ibunya.

  Iman yng kuat menyebabkan dirinya tidak sanggup melihat saudaranya diseksa dan dibunuh termasuk Saidina Uthman bin Affan yng dikepung untuk dibunuh dan berdoa agar Saidina Uthman terselamat. Sha'bah menghabiskan seumur hidupnya beribadah kepada Allah S.W.T hingga ke zaman Khulafa ar-Rasyidin. Dia merupakan insan yang mulia sehingga Rasulullah meredai dirinya juga Thalhah.

Illaliqaq.

Peha Kiri Yang Dicubit, Peha Kanan Yang Terasa

  Assalamualaikum semua. Walaupun sekarang ni tengah sibuk dengan ujian bulanan pda bulan 3 nanti dengan aktiviti kokurikulum yang memang banyak dan tak terkecuali PBS kesayanganku. Tapi, tetap jugak nak ambil peluang menulis di blog ni. Lagi-lagi tentang isu masyarakat yng dah biasa kita dengar.

  Mesti semua dah dapat agak apa yang saya nak tulis kan. Ha, sebenarnya, isu 'terasa' ni memang dah biasa dalam masyarakat seluruh dunia ni. Kadang-kadang, ada yang terasa nya melebih-lebih. Selalunya, bab terasa ni banyak dekat perempuan. Tetapi, jangan ingat lelaki tak pernah terasa okay!

  Kita semua ni manusia biasa, ada hati, ada perasaan. Kalau dalam seumur hidup tak pernah terasa, bohong sangat2 lah. Mana mungkin seorang manusia tu kebal daripada perasaan macam ni. Kalau orang gila mungkin tak terasa, tapi kita yang waras ni, pasti kadang2 akan 'terasa'.

  Mungkin kita selalu berdepan dengan situasi di mana kita selalu terdengar orang lain bercakap pasal orang lain, tapi kita pula yang terasa penangannya. Mungkin 'orang lain' tu bercakap tentang sesuatu yang dekat dengan diri kita. Tak kisahlah apapun. Seperti yng berlaku di situasi yang kat bawah ni:

A: Kau tahu tak, si B tu, asyik2 beli beg2 yang berjenama. Tapi, rupa-rupanya ciplak!
C: Betul tu. Konon beli di London, tapi kat pasar malam je.
D: Diorang tau ke yang aku beli beg ni kat pasar malam je...(dalam hati)
(maaf, kalau contoh yng diberi kurang baik)

  Berdasarkan situasi di atas, kita dah tau yang si D tu terasa sbb dia pun beli beg ciplak sama dengan si B. Sebenarnya,kalau kita terasa sangat ni, tak bagus. Nanti orang meluat dengan perangai kita yang 'sentap' tak habis-habis. Jadi, kawal-kawallah 'sentap' anda ya. Tak semestinya orang tu ckp pasal anda. Kalau benar, buat tak tahu saja.

Illaliqaq.

Isnin, 10 Februari 2014

Adat Perkahwinan Unik Dari Seluruh Dunia (So Bizzare!)

  Hari ni saya nak tunjuk kepada rakan2 semua tentang 5 adat perkahwinan yng unik dari seluruh dunia.

5) Ireland
Di Ireland, sekurang-kurangnya, satu kaki pengantin perempuan mesti jejak di lantai semasa hari perkahwinannya kerana dipercayai, jika pengantin perempuan tidak berbuat demikian, akan menyebabkan mereka diculik oleh pari2 jahat.

                                                                
4) Congo
Pengantin perempuan serta pengantin lelaki tidak dibenarkan senyum sepanjang majlis perkahwinan mereka berlangsung.
                                                                          
3) Scotland
Di sesetengah tempat di Scotland, rakan2 kepada pengantin perempuan akan menanamnya ke dalam timbunan sampah dan mengikatnya di pokok.
                                                                       
2) Sekitar Asia dan Africa
Selalunya di kebanyakkan negara di Asia atau Africa, mereka akan menculik pengantin perempuan sebelum majlis perkahwinannya.
                                                                 
1) India
Di sebahagian tempat di India, keluarga pengantin perempuan akan mencuri kasut pengantin lelaki dan akan menyuruh pengantin lelaki melakukan sesuatu jika inginkan kasutnya kembali.
                                                              

Sabtu, 8 Februari 2014

Aku, Husna, Shopping dan Sushi

  Assalamualaikum semua diharapkan kawan2 semua sihat2 belaka. Kepenatan balik dari shopping belum pun hilang tapi saya terus update entry yang baru untuk dikongsikan dengan korang semua. Sempena dengan cuti hujung minggu ni, saya dan bff iaitu Husna amik peluanglah nak jalan2 dekat Billion a.k.a YSL.

  Saja2 nak jalan2 sebab dah lama tak spend time sama2. Lagipun masing2 sibuk dengan kerja rumah dan presentation serta PBS yang boleh diategorikan sebagai berlambak-lambak. Cuma bff lagi sorang iaitu Ainul tak dapat nak join itu yang tak seronok sangat tu.

  Destinasi pertama bila masuk je dalam 'shopping complex' tu adalah kedai2 yang menjual tudung dan pakaian. Itulah sasaran kami yang pertama. Saya nak mencari tudung2 yang berkualiti serta boleh tahan harganya. Nasib baik jumpa satu kedai ni. Dapat juga beli pashmina sehelai RM10. Husna pulak beli 'brooch' a.k.a kerongsang untuk familinya.

  Lepas tu, masuk pula kedai pakaian. Husna ni nak cari t-shirt yang di bawah RM20. Malangnya, tak ada satu pun yang berkenan di hati. Jadi, kami terus ke Mr.DIY kedai barang murah yang wajib dikunjungi bila datang ke Billion ni.

  Barang2 nya sangat murah dan harganya berpatutan. Ada seorang ibu saudara saya yang duduk di area Bangi yang pernah berkunjung ke situ. Dia bercerita yang barang2 nya murah sangat2 dan rasa macam tak nak keluar je dari kedai tu.

  Kami ni pulak rasa macam nak borong satu kedai. Lepas dah dapat apa yang kami nak, kami pergi mencari makanan untuk mengisi perut yang berkeroncong. Kebetulan ada gerai yang jual sushi. Jadi saya beli sushi sekotak RM10 yang ada pelbagai jenis sushi. Kemudian beli pulak Each A Cup.

  Memandangkan Husna ni macam tak pernah rasa sushi, dia ragu2 nak cuba. Saya pujuk dia untuk cuba sushi ni. Bila dia amik satu sushi yang isinya ada ketam ni, terpancar di wajahnya seribu satu kegelian, keraguan serta kebimbangan merasa sushi tu.

  Lepas tu, saya suruh dia rasa beberapa sushi yang lain. Kemudian, dia merasa satu sushi yang di atasnya terdapat telur. Lepas dah rasa sushi tu, terus tak nak jamah lagi. Bila saya rasa sushi yang ada telur tu, rasanya memang manis dan dah tak ada rasa telur sangat. Saya tak tahulah kalau rasanya memang macam tu sbb saya pernah makan sushi sekali je itupun beberapa tahun yang lepas.

  Tapi, kalau makan sushi ni, kita akan jadi kenyang dan itulah rahsia langsing orang Jepun. Banyakkan makan sushi. Kalau ada yang nak kongsikan pengalaman makan sushi, bolehlah kongsikan dengan saya.

Illaliqaq.

P/S: Ingatkan nak amik gambar sushi tu, tapi malangnya semua dah hadam dalam perut. 

Radiant Orchid, Warna Pilihan 2014

  Assalamualaikum... pada jam 1 pagi ni, saya tak tahu nak buat apa dan mata pula tak boleh nak tidur jadi amik peluang nak buat entry yang baru tentang warna 2014 ni, iaitu Radiant Orchid. Saya baru tahu yang warna ni adalah warna tema untuk 2014 itupun melalui majalah.

  Lepas dapat tahu pasal warna ni, saya terus bercadang nak tukar background blog ni dari purple ke radiant orchid. Sebenarnya, radiant orchid ni gabungan warna merah, pink dan purple (kalau tak silap). Saya ni bukannya seorang yang terlalu mengikut trend. Entah kenapa tahun ni terasa nak ikut trend pula. Itu yang sampai ke pagi tak tidur sebab nak cari background untuk blog ni.

  Warna radiant orchid ni memang cantik. Ada sedikit ala-ala purple. Kalau nak tahu warnanya macam mana, hah macam ni lah warnanya:

        

  

  Lepas ni,mungkin ramai yang pereka fesyen yang akan menggunakan warna ni dalam rekaan mereka. Saya pun ada bercadang nak buat baju raya dengan warna ni. Kepada sesiapa yang tengah keliru tak tahu raya tahun ni nak pakai baju warna apa, jomlah pakai warna radiant orchid pulak. Kepada yang fashionista dan mengikut trend, anda wajib mempunyai aksesori serta pakaian berwarna radiant orchid walaupun hanya sehelai.

Illaliqaq.

Jumaat, 7 Februari 2014

Wanita dan Aurat

  Assalamualaikum semua. Hari ni nak cerita tentang Wanita dan Aurat. Semua tahu yang hukum menutup aurat di dalam Islam adalah wajib bagi setiap muslimah. Tapi, ada juga beberapa perkara yang dipandang ringan. Antaranya:

BULU KENING

Dalam hadis riwayat Abu Daud, Rasulullah SAW melaknati wanita yang mencukur atau menipiskan bulu kening tanpa sebab-sebab yang munasabah. Jadi, kalau ada yang berniat nak cukur bulu kening tu, tak payah lah. Apa yang dijadikan Allah untuk kita adalah yang terbaik.

DADA

Allah SWT berfirman yang bermaksud, "... dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka..." (Surah An-Nur : 31). Sekarang ni, dah banyak tudung2 di pasaran yang pendek dan tidak mematuhi syariat. Jadi, elak-elakkan lah tudung macam ni.

MATA

Sesungguhnya Allah berfirman dalam Surah An-Nur : 31 yang bermaksud, "Dan katakanlah kepada perempuan2 yang beriman supaya menyekat pendangan mereka (dari memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka....". Selain itu, janganlah sengaja membuat lirikan mata yang menggoda kepada yang bukan mahram.

WANGIAN

Jangan menyembur terlalu banyak wangian sehingga membuatkan lelaki bukan mahram tergoda dan menghidu bauan dengan penuh nafsu kerana itu juga telah dianggap sebagai zina. Tak kiralah kalau sengaja nak menunjuk-nunjuk yang awak tu pakai minyak wangi DKNY atau minyak wangi yang mahal2.

KAKI

Memakai gelang kaki berloceng tidak dibenarkan di dalam Islam. Firman Allah SWT yang bermaksud "Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan" Surah An-Nur : 31.

SUARA

Allah berfirman di dalam Surah Al-Ahzaab : 32, "... janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)".

Sampai di sini saja coretan saya pada hari ni. Apapun, renung-renungkanlah perkara yang kecil tetapi besar maknanya ni.

Illaliqaq.



Rabu, 5 Februari 2014

Akhirnya... Buku Peraturan Sekolah Yang Baru Tiba Jua.


Assalamualaikum semua. Harap2 semua dalam keadaan sihat-sihat belaka. Hari ni di sekolah ada lah sikit taklimat tentang peraturan sekolah serta pengenalan kepada buku peraturan sekolah yang baru. Sebenarnya, saya dah tunggu setahun untuk buku ni, dari tahun lepas lagi. Bukan saya sorang, satu sekolah dah tunggu. 

 Saya tak habis baca lagi buku ni, baru belek-belek muka surat hadapan. Peraturannya sangat ketat. Mungkin ada sekolah yang tak laksanakan peraturan ni. Antaranya...

  1.  Pelajar dilarang memakai jam tangan yang talinya berwarna selain daripada hitam atau coklat. Dan boleh pakai yang stainless steel.
  2. Pelajar dilarang memakai cermin mata yang bingkai selain daripada warna silver atau hitam.
  3. Kasut semua mesti bertali dan line berwarna hitam sahaja.
Mungkin nampak remeh, tapi ada sebab cikgu melaksanakan peraturan ni. Lagipun, peraturan untuk mendisiplinkan kita. Cikgu nak tengok keseragaman dalam pemakaian murid-murid. Kalau boleh, tak nak ada yang rasa berbeza.

Illaliqaq.


Selasa, 4 Februari 2014

Tragedi CNY

  Assalamualaikum semua. Hari tu, saya dapat satu berita yang sedih dari kawasan kejiranan lama saya. Dalam happy2 sambut CNY, ada sebuah tragedi yang telah menimpa jiran-jiran lama saya yang kesemuanya berbangsa Cina.

  Entah di mana silapnya, rumah yang mereka duduki selama ini telah hangus dijilat api pada 31 atau 1 haribulan yang lalu. Kejadian ni berlaku di Lorong Ciku, Batu 36, Jalan Johor di Pontian. Pada waktu itu, hampir kesemua mereka tiada di rumah kerana melawat saudara mara sempena CNY. Hampir 4 buah rumah hangus dan harta benda mereka musnah.

  Rumah lama saya yang telah disewakan kepada orang lain serta beberapa rumah-rumah yang lain telah terselamat. Punca kebakaran masih lagi dalam siasatan. Berita tentang ini ada di dalam akhbar Harian Metro. Tarikhnya saya tak berapa pasti.

  Ada yang mendakwa, punca kebakaran berpunca dari sekumpulan kanak-kanak yang bermain mercun dan bunga api. Namun, bapa mereka menafikan dakwaan itu dan memarahi jiran-jiran yang lain.

  Selain itu, ada juga yang berkata bahawa ada seorang warga tua yang tinggal di situ menjadi punca kebakaran kerana selalu memasak makanan untuk anjingnya dan tidak menutup api. Tetapi, yang peliknya, sudah bertahun-tahun dia duduk di situ tetapi tiada satu kejadian kebakaran yang berlaku.

  Kalau saya, saya pasti bahawa kanak-kanak nakal yang bermain mercun itulah puncanya. Kerana ada jiran yang ternampak mereka membaling mercun serta bunga api di merata-rata tempat. Sememangnya, kehadiran keluarga yang tidak dapat dipastikan sama ada warganegara ataupun tidak memang kurang disenangi penduduk setempat.

  Rumah lama saya pernah dibaling dengan batu oleh kanak-kanak nakal itu. Selain daripada bapanya selalu bertengkar dengan jiran-jiran lain.

  Walau apa pun, kejadian yang menimpa mereka haruslah diambil iktibar dan dijadikan teladan. Mujur ada pihak yang sudi membantu meringkan beban mereka semua. Ibu saya ada pergi ke rumah lama kami dan bertanya kepada penyewa tentang kejadian itu. Apa yang saya dengar, penyewa dan keluarganya memang dalam ketakutan. Kalau tak terbakar, bahangnya masih ada. Mujur semua selamat. Alhamdulillah.

Illaliqaq.


Ahad, 2 Februari 2014

Siapa Kata L dan XL Tak Cantik

  Assalamualaikum, sebelum tu, nak ucapkan Happy Chinese New Year kepada semua di Malaysia dan di mana jua anda berada. Cantik itu subjektif kan? Macam-macam perkara yang boleh buat kita cantik. Tak kira lah yang bersaiz S ataupun XL, anda masih kelihatan cantik. Kenapa? Sebab semua ciptaan Allah itu cantik tak ada yang tak cantik. Saya selalu ambil sedikit inspirasi daripada model-model plus size atau XL ni. Sekarang, saya nak senaraikan beberapa model plus size yang popular. Dan ada yang saya memang minat.

VELVET d' AMOUR

                                       

Sewaktu penampilannya di pentas peragaan pada tahun 2006, dia mempunyai ketingiaan 5 kaki dan 8 inci serta mempunyai berat 300 paun. Dia juga merupakan seorang pemilik untuk sebuah majalah bernama Vol Up 2. Selain daripada menjadi model, dia turut menjadi seorang jurufoto fashion dan turut meletakkan hasil kerjanya untuk Vol Up 2
.
CANDICE HUFFINE


Candice Huffine juga merupakan salah seorang plus size model yang terkenal. Dan banyak menghiasi muka depan majalah2 terkenal seperti Vogue. Dia dikenali dengan senyuman serta matanya yang menawan.

TESS MUNSTER
Kalau ada search tentang blog-blog fesyen, mesti banyak model yang kerempeng2 tapi, dalam senarai tu mesti ada blog ni, 'The Plus Size Life'. Sebenarnya, Tess Munster adalah pengasas untuk blog fesyen ni. Dia ingin membuktikan bahawa tak semestinya model kerempeng sahaja boleh jadi cantik.

ASHLEY GRAHAM
Berasal dari bandar Lincoln di Nebraska, dia sinonim dengan jenama pakaian plus size, iaitu Lane Bryant. Dia juga turut menghiasi muka hadapan Latina dan Vogue. Dia turut muncul dalam The Tonight Show bersama Jay Leno dan mengulas tentang sebuah iklan yang menampilkan dirinya telah diedit di mana penampilannya tidak muncul di iklan itu.

TARA LYNN


Tara Lynn juga berjaya membuktikan bahawa bukan sahaja model S yang mampu berjaya dalam industri fesyen. Buktinya, dia telah menjadi penghias muka depan untuk majalah Elle France. Bukan setakat dipilih menjadi penghias muka depan, malah kisahnya turut dimuatkan dalam majalah tersebut dimana saiz nya dipandang dari sudut positif.

CRYSTAL REEN


Ini adalah model plus size kegemaran saya. Sewaktu berusia 14 tahun, dia ditemui oleh seorang wakil dari agensi model yang mengatakan bahawa dia boleh menjadi model tetapi perlu menurunkan 3/4 dari berat badannya. Tetapi, hasilnya, dia menghidap penyakit anoreksia nervosa. Semenjak dari itu, dia berusaha untuk menambahkan berat badan ke arah berat badan yang ideal. Dia juga merupakan model plus size pertama yang menghiasi muka depan Harper's Bazaar. Dia juga turut mengeluarkan sebuah buku yang bertajuk 'Hungry' di mana dia menceritakan tentang kisahnya dalam usaha menurunkan berat badan sehingga menghidap anoreksia nervosa.

Jadi, tak semestinya yang kerempeng2 je yang cantik. Yang plus size juga boleh. Yang penting, sihat serta cantik di dalam juga.

Illaliqaq.


                                                                    
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...