Jumaat, 30 Mei 2014

ATTENTION! PERHATIAN!

Assalamualaikum semua. Kalau sebelum ni, anda semua tak boleh nak follow saya di blog tapi sekarang anda dah boleh follow saya. Jadi, mana2 yang nak follow saya tu dah boleh follow dah. Terima kasih dekat makcik saya yng anda kenal sebagai Ujie Othman. Dia yang banyak tolong saya untuk blog ni. Sekian.

Illaliqaq.

Isnin, 26 Mei 2014

Kek Coklat Kukus Air Tangan Emak Yummy!

Assalamualaikum dan selamat pagi. Nak kongsikanlah sedikit tentang air tangan my mother haritu...


Sedap kan. Kami adik beradik memang suka dengan kek coklat. Lagipun memang emak rajin buat kek coklat. Inilah pertama kali makan kek coklat kukus.

Top 5: Momen 'Tak Berapa Indah' Selebriti Antarabangsa

Assalamualaikum. Rasanya dah lama tak buat senarai untuk Top 5 ni. Enjoy!

Jennifer Lawrence
 
                                                     
Rasanya tak lengkap senarai ni kalau tak ada Jennifer Lawrence. Sudah 2 kali Jennifer jatuh di anugerah Oscars. Pertama, sewaktu mengambil anugerah. Kedua, sewaktu berjalan di karpet merah. Samada Jennifer yang tak pandai pakai kasut tumit tinggi ataupun gaunnya yang meleret.

Kim Kardashian

Jangan ingat Kim Kardashian tak pernah silap dalam fesyen. Pakaian ni membuatkan penampilan Kim nampak buruk. Namun, setiap orang ada citarasanya yang tersendiri. 

John Travolta
 

Nampaknya Oscars 2014 penuh dengan 'kegilaan' bermula dengan Jennifer Lawrence sehinggalah kepada John Travolta. John Travolta sepatutnya menyebut Idina Menzel, tetapi tersebut pula Adele Dazeem. Mesti ramai yng tertanya-tanya siapa Adele Dazeem?

Lindsay Lohan

Ramai yang dah tahu yang Lindsay Lohan mempunyai masalah dadah dan macam2 lagi. Tak terlepas juga, dia seorang perokok. Gambar ni diambil pada 2012 kalau tak silap. Mungkin Lindsay tak perasan keadaan giginya. Kemudian, dia membuat 'teeth whitening' untuk memutihkan gigi. Tak tahulah macam mana keadaan giginya sekarang.

Taylor Swift
 
Taylor ingatkan bahawa dialah pemenangnya
Muka 'penerimaan hakikat' oleh Taylor Swift.

Pada Anugerah Grammy 2014, satu momen yang lucu berlaku pada Taylor Swift di mana dia telah menunjukkan riak wajah yang menyangkakan bahawa dia  memenangi anugerah Album Terbaik untuk albumnya 'Red'. Tapi, sayangnya, pemenangnya jatuh kepada album yang bertajuk 'Random Access Memories; Daft Punk'. Tak apa cuba lagi ya.


Illaliqaq.



Jumaat, 16 Mei 2014

10 Lagi Perkara Yang Anda Tak Tahu Tentang Saya a.k.a Sabrina

Assalamualaikum. Hari ni saya nak kongsikan lagi 10 perkara tentang saya yang rakan2 semua tak tahu. Sebelum tu, Selamat Hari Guru untuk semua guru di Malaysia.


Ada Claustrophobia iaitu takut pada tempat yang sempit, ramai orang dan gelap


Teringin hendak mencuba aktiviti sukan lasak dengan kawan2 baik



(Cuba teka aktiviti apa yang saya nak sangat buat dengan BFF saya ni berdasarkan gambar)

Suka aktiviti luar @ outdoor terutama sekali di dalam hutan

 

Suka minum air banyak2 kalau tengah stress


Akan menangis kalau tengok warga emas di rumah orang2 tua


Pantang kalau ada orang sentuh barang2 tanpa minta izin dan tak ada sebab2 tertentu (walaupun hanya setakat letak jari je)


Lebih sukakan bunga lavender daripada bunga mawar


Seorang yang mudah menangis


Tabiat saya ialah suka buat 'funny faces' bila tengok cermin


Apabila seseorang tu tercedera atau dalam kesakitan, automatik saya juga macam akan terasa kepedihan luka kecederaan tu termasuklah kalau tengok gambar atau di'describe'kan kesakitan tu (kalau anda luka atau cedera jngn cakap dekat saya)



Jadi, itu sajalah perkara2 yang anda tak tahu tentang saya. Yang pasal luka kecederaan tu, saya memang betul2 maksudkannya. 

ILLALIQAQ.
















Rabu, 14 Mei 2014

5 Bulan Aku Menulis...

Assalamualaikum. Semoga kawan2 sihat sejahtera hendaknya ya. Sekarang dah masuk 5 bulan saya blogging. Dah macam2 cerita dan pengalaman yang saya dah baca. Teringat pulak bila saya baru je bukak blog ni. Macam biasalah, tak ada orang nak komen, tak ada nak follow. Maklumlah, budak barulah katakan. Tapi, saya fikir positif dan ada satu suara hati yang berkata "Kalau kau tak ambil langkah pertama, sampai bila pun tak ada orang yang akan baca tulisan kau" 

Semenjak daripada tu, saya mula 'menggeledah' blog makcik saya dan mula lah follow followers2 makcik saya. Dan kalau saya tak silap, antara orang pertama yang saya follow adalah Kesuma Angsana @ KA. Dia jugalah orang yang first sekali komen dekat entry saya masa mula2 dulu.

Hampir terlupa pulak saya. Sebenarnya, saya buka blog ni sebab ni adalah permintaan daripada seorang rakan saya yang meminta saya membuka blog ni. Dulu, saya ada Facebook tapi saya tutup akaun tu atas sebab2 yang tertentu. Lagipun, saya takut akan ketagih Facebook lebih2 lagi saya sebagai seorang pelajar sek.menegah.  Kawan saya ni ada tanya macam mana nak tahu update2 terbaru saya. Jadi,saya pun bukaklah blog.

Kalau dulu, pageviews saya dalam masa sebulan baru berpuluh pageviews. Sekarang, dalam sebulan adalah dalam 100 hingga 200 pageviews sebulan. Pada saya, itu dah sangat banyak maklumlah budak barulah katakan. Hehehe...

Kadang2, saya ada terfikir samada penulisan saya ni macam kebudak-budakan sangat  disebabkan usia saya yang masih muda dan mentah. Tapi, saya harap penulisan saya tak adalah macam budak2 sangat. Kalau betul, harap2 tegurlah ya.

Akhir kata, terima kasih kepada semua yang sokong saya selama ni. Saya rasa bersyukur sangat. Lagi satu, kalau ada salah dan silap tegurlah saya.

Illaliqaq.

Isnin, 12 Mei 2014

Ibu Kita SUPERWOMAN



Assalamualaikum semua. Selamat hari ibu kepada semua ibu2 di luar sana.

Sedar ataupun tak, sebenarnya ibu kita ni adalah seorang superwoman. Kenapa saya cakap macam tu? Hah, inilah sebabnya:

Ibu Yang Melahirkan

Kita kena ingat yang tanpa ibu kita tak akan lahir di muka bumi ni. Bayangkan, 9 bulan kita menumpang di dalam rahim ibu. Ibu langsung tak mengeluh ataupun mengadu 'penat' membawa kita. Lepas tu, ibu bertarung nyawa pula melahirkan kita. Subhanallah, betapa besarnya pengorbanan ibu.

Ibu 'Multitasking' 
Sebaik sahaja pulang dari tempat kerja, ibu akan bertukar menjadi...

1. CHEF
Lepas pulang dari tempat kerja, ibu akan terus ke dapur dan memasak. Kadang2, tanpa sempat tukar baju ibu terus ambil periuk dan kuali untuk memasak. Ibu akan sedaya upaya menyediakan air tangannya yang terbaik. Walaupun kadang2 kita mengadu lauk tak sedap, tapi ibu terus memasak tanpa rasa jemu.

2. USTAZAH / CIKGU
Lepas dah ber 'kung fu' di dapur dan membersihkan diri, ibu akan bertukar menjadi seorang ustazah pula. Mengajar kita mengaji dan membetulkan tajwid kita. Kemudian, menjadi pula seorang cikgu, mengajar kita membuat kerja rumah walaupun kita sebenarnya terpaksa membuat kerja rumah itu.

3. TUKANG CUCI
Lepas dah jadi cikgu sementara, ibu akan menjadi tukang cuci pula. Membersihkan rumah, membasuh baju, mencuci pinggan semata-mata untuk memberikan keselesaan kepada kita.

4. KAUNSELOR 
Sekarang, ibu akan bertukar menjadi seorang kaunselor pula. Mendengar masalah terutama sekali daripada kita ni anak remaja. Selalunya ibulah tempat kita mengadu masalah. Lebih baik kita mengadu kpd ibu kita kerana ibu kita lebih banyak makan 'garam' dari kita dan ibu kita lebih mengenali diri kita daripada kawan2 kita.


5. PENGLIPUR LARA
Akhirnya,tugasan terakhir untuk seorang ibu pada suatu hari iaitu menjadi seorang penglipur lara. Setiap malam ibu menceritakan cerita2 dongeng mahupun kisah2 nabi kepada kita sebelum tidur. Walaupun terpaksa mengulang cerita yang sama banyak2 kali, tapi ibu tetap melakukannya asalkan kita tidur lena.


Sekarang, lihatlah betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. Ini baru sedikit. Sebenarnya banyak lagi yang ibu kita lakukan untuk kita. Tetapi, kadang2 kita menyakiti hati ibu kita. Sayangilah ibu kita sementara ibu kita masih ada. 

Ilalliqaq.







Rabu, 7 Mei 2014

10 Perkara Yang Anda Tak Tahu Tentang Saya a.k.a Sabrina

Assalamualaikum semua. Saya rasa dah lama tak update apa2 cerita dekat blog. Maklumlah, kesibukan sebagai pelajar telah menghalang saya menulis entry2 di blog. Hari ni, saya nak kongsikan tentang 10 perkara yang anda tak tahu tentang saya.

Lahir pada 26 Julai 


Peminat besar Angelina Jolie dan Katy Perry


Juga peminat besar National Geographic dan rancangan dokumentari yang lain


Suka makan aiskrim yang diletakkan biskut coklat hancur dan dicampurkan dengan sedikit air kosong


Sejujurnya, saya lebih suka lagu2 Inggeris daripada lagu2 Melayu


Warna kegemaran : Merah, Ungu, Aqua 

  

Warna yang tak digemari: Pink, Coklat Gelap

 

Saya suka bercakap dan bercerita!


Peminat besar Michelle Phan dan Lauren Andersen (sejujurnya, saya suka tengok tutorial makeup, makeup dan makeupkan orang lain)

 

Obses untuk menjadi nombor 1 dan menjadi juara


Illaliqaq.




   

Jumaat, 2 Mei 2014

Karnival Fiesta Belia Peringkat Negeri Johor (Larian Belia)



Assalamualaikum semua. Hari ni saya ada masuk Larian Belia sempena Fiesta Belia Peringkat Negeri Johor di Stadium Mini dekat Pontian. Asalnya tak tahu pun ada benda2 ni semua. Tapi bila cikgu cakap barulah tahu dan saya ikut rombongan sekolah untuk larian ni.
Jadi, nak kongsikanlah sikit perkara2 yang 'menarik' yang berlaku kat sana.


  • Saya dengan kawan2 lain tengah menyertai larian sepanjang 2 km bermula dari Stadium Mini. 


Athirah dan Umairah

Kakak2 lain yang tengah berlari

  • Argh!!! Ular Sawa!!!
Besarkan ular sawa ni. Dah nama pun ular sawa. Ular ni pun tengah kekeyangan dan tengah tidur.

Panjangnya...

Saya pun berkesempatan jugak nak pegang dan angkat ular sawa ni. Gambar je tak ada.


  • Meloncat-loncat di atas trampolin


Hah, untuk pengetahuan semua, trampolin yang saya naik tu lagi tinggi dan lagi susah nak naik. Tinggi jugaklah trampolin tu sampai nak kena ada orang yang tarik. Bukan main menjerit lagi saya waktu main trampolin tu sebab ada adik2 form 1 atas tu dan diorang bukan main lagi menjerit dan terlompat-lompat atas tu saya pulak terduduk atas trampolin sebab tak boleh nak bangun dan saya pun di'pijak2' oleh adik2 tu. Tapi tak apa, akak maafakan adik.

Itu jelah yang saya dapat kongsikan. Sampai berjumpa lagi.

Illaliqaq. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...