Isnin, 12 Mei 2014

Ibu Kita SUPERWOMAN



Assalamualaikum semua. Selamat hari ibu kepada semua ibu2 di luar sana.

Sedar ataupun tak, sebenarnya ibu kita ni adalah seorang superwoman. Kenapa saya cakap macam tu? Hah, inilah sebabnya:

Ibu Yang Melahirkan

Kita kena ingat yang tanpa ibu kita tak akan lahir di muka bumi ni. Bayangkan, 9 bulan kita menumpang di dalam rahim ibu. Ibu langsung tak mengeluh ataupun mengadu 'penat' membawa kita. Lepas tu, ibu bertarung nyawa pula melahirkan kita. Subhanallah, betapa besarnya pengorbanan ibu.

Ibu 'Multitasking' 
Sebaik sahaja pulang dari tempat kerja, ibu akan bertukar menjadi...

1. CHEF
Lepas pulang dari tempat kerja, ibu akan terus ke dapur dan memasak. Kadang2, tanpa sempat tukar baju ibu terus ambil periuk dan kuali untuk memasak. Ibu akan sedaya upaya menyediakan air tangannya yang terbaik. Walaupun kadang2 kita mengadu lauk tak sedap, tapi ibu terus memasak tanpa rasa jemu.

2. USTAZAH / CIKGU
Lepas dah ber 'kung fu' di dapur dan membersihkan diri, ibu akan bertukar menjadi seorang ustazah pula. Mengajar kita mengaji dan membetulkan tajwid kita. Kemudian, menjadi pula seorang cikgu, mengajar kita membuat kerja rumah walaupun kita sebenarnya terpaksa membuat kerja rumah itu.

3. TUKANG CUCI
Lepas dah jadi cikgu sementara, ibu akan menjadi tukang cuci pula. Membersihkan rumah, membasuh baju, mencuci pinggan semata-mata untuk memberikan keselesaan kepada kita.

4. KAUNSELOR 
Sekarang, ibu akan bertukar menjadi seorang kaunselor pula. Mendengar masalah terutama sekali daripada kita ni anak remaja. Selalunya ibulah tempat kita mengadu masalah. Lebih baik kita mengadu kpd ibu kita kerana ibu kita lebih banyak makan 'garam' dari kita dan ibu kita lebih mengenali diri kita daripada kawan2 kita.


5. PENGLIPUR LARA
Akhirnya,tugasan terakhir untuk seorang ibu pada suatu hari iaitu menjadi seorang penglipur lara. Setiap malam ibu menceritakan cerita2 dongeng mahupun kisah2 nabi kepada kita sebelum tidur. Walaupun terpaksa mengulang cerita yang sama banyak2 kali, tapi ibu tetap melakukannya asalkan kita tidur lena.


Sekarang, lihatlah betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. Ini baru sedikit. Sebenarnya banyak lagi yang ibu kita lakukan untuk kita. Tetapi, kadang2 kita menyakiti hati ibu kita. Sayangilah ibu kita sementara ibu kita masih ada. 

Ilalliqaq.







2 ulasan:

Unknown berkata...

yew laaaa........ Ma saya mmg superwoman.... ihik

TQ ye menjengah dan tinggalkan komen kat blog saya

Unknown berkata...

sama2 : )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...