Jumaat, 31 Januari 2014

Khaulah Al- Azwar, Bidadari Di Medan Perang






 Assalamualaikum semua, harini saya tiba-tiba terdetik nak cerita pasal seorang srikandi Islam yang bernama Khaulah Al-Azwar. Saya ada terbaca tentang Khaulah di majalah Dara.com jadi nak kongsikanlah dengan kawan-kawan.

  Sebenarnya, semenjak dari kecil, Khaulah suka bermain pedang dan tombak (kalau budak2 zaman sekarang main pedang dan tombak, mau menjeritnya ibu bapa). Dia menjadikan abangnya, Dirar sebagai sumber inspirasi kerana keberaniannya melawan musuh di medan perang.

  Sewaktu meningkat dewasa, Khaulah diberi kebenaran untuk turut serta ke medan perang dan tujuannya hanya satu, iaitu menjadi seorang syahidah. Khaulah terus menunggang kuda dan menelusuri barisan musuh yang terlalu ramai. Bagai singa yang bersiap-sedia untuk menerkam mangsanya, dia menusuk musuh-musuh dengan pedangnya.

  Tentera Muslimin sedikit gentar kerana ramai yang telah syahid. Tetapi mereka terpegun dengan ketangkasan 'The Black Rider' yang menjadi tanda tanya. Melihat Khaulah yang tidak berganjak walau sedikit pun dari medan perang menjadi sumber inspirasi tentera muslimin yang lain.

  Ketika itu, barisan tentera Rom diketuai Panglima Khalid al-Walid. Beliau terpegun dengan ketangkasan penunggang kuda yang berselubung itu, lantas bertanya siapakah gerangannya.

  Demi menjaga kehormatan dan maruah diri, Khaulah berpaling dengan jawapan ringkas. Di sebalik hijab itu, tersembunyi sebuah kecantikan sehingga menjadi dambaan adik jeneral tentera Rom ketika itu.

  Ketika menjadi tawanan perang, Khaulah sentiasa memberikan semangat kepada Muslimah yang lain untuk terus berjuang sehinggalah mereka mendapat syahid. Disebabkan kata-kata berbisa itu, mereka berjaya meloloskan diri.

  Begitulah kisah seorang bidadari yang tetap menjaga kehormatan biarpun dalam keadaan berperang. Itulah Islam, menggilap sisi terbaik umatnya tanpa mengira jantina. Sesungguhnya, martabat seorang wanita itu amat tinggi. Oleh itu, gunakanlah anugerah Allah S.W.T dengan sebaik-baiknya kerana kecantikan tidak kekal lama. Dan janganlah hanya mengagungkan kecantikan sahaja tanpa memandang kebijaksanaan seseorang itu.

Illaliqaq...

Selasa, 28 Januari 2014

Ciri-ciri Seorang 'True Princess' (In My Opinion)

  Assalamualaikum semua. Tadi, saya ada terbaca cerita pasal kisah2 princesses zaman dahulu macam Snow White dan Cinderella. Jadi, secara tiba-tiba saya dapat ilham nak tulis pasal ni di blog. Semua tahu tentang Kate Middleton dan mendiang Puteri Diana. Mereka ni dianggap sebagai seorang puteri yang berjiwa rakyat di samping seorang ikon fesyen yang terkenal. Dan boleh dianggap sebagai 'True Princess'.

   

  Apa agaknya ciri-ciri seorang 'true princess' ni ya? Hah, pada pendapat saya ada beberapa ciri atau kriteria seorang 'true princess'.

Berjiwa Rakyat 
 Puteri yang berjiwa rakyat adalah seorang puteri yang amat disayangi oleh rakyat-rakyatnya. Puteri yang macam ni adalah seorang puteri yang sangat mengambil berat tentang rakyatnya di samping selalu memberi bantuan secara ikhlas dan sukarela kepada rakyatnya apabila diperlukan.

Tidak Sombong Dan Membangga Diri
Jarang kita berjumpa puteri yang sombong dan membangga diri ni. Mungkin nisbahnya hanya 1:10000. Puteri yang peramah selalu menjadi pilihan rakyatnya. Kalau macam saya, saya suka puteri yang boleh diajak berbual dan setia menjawab soalan-soalan spontan dari rakyat. Tapi, kalau peramah tak bertempat pun tak boleh juga.

Bertanggungjawab
Jangan ingat seorang puteri ni tugasnya hanya bersolek dan melaram sahaja. Puteri juga mempunyai tanggungjawab, iaitu mengeratkan hubungan istana dan rakyat di samping menjaga kebajikan rakyat-rakyatnya. Mungkin ada yang ingat puteri ni tak ada tanggungjawab ataupun tugas. Tapi, hakikatnya, banyak yang perlu dilakukan. Kadang-kadang, schedule penuh sampai tak ada masa untuk diri sendiri atau pergi ke spa.

Menghargai Pemberian Orang Lain
Apa kena-mengena menghargai pemberian orang lain dengan 'true princess' ? Sebenarnya, ada kena mengena juga. Selalu kita tengok banyak rakyat jelata yang memberi pelbagai hadiah untuk puteri kesayangan mereka. Contohnya, macam Kate Middleton.

 Sewaktu ramai yang tahu tentang kehamilannya, banyak hadiah yang Kate dapat dari rakyat-rakyatnya. Salah satunya, kalau tak silap, sebuah katil untuk bayi yang diukir daripada kayu. Kita tak tahu samada Kate simpan atau gunakan katil bayi tu, tapi mungkin dia akan gunakannya.

Yelah, puteri diraja mesti nak barang yang branded dan mahal. Tak mainlah barang-barang yang murah. Tapi, lain cerita untuk 'true princess'. Dia akan gunakan barang-barang yang diberi atau disimpan di sebuah tempat yang membolehkannya melihat barang2 itu sebagai tanda kenangan.

  Itu jelah yang dapat saya senaraikan tentang kriteria 'true princess'. Saya ni bukannya arif tentang kehidupan diraja ni. So, tak berani nak cakap lebih-lebih. Sampai di sini saja coretan untuk hari ni.

Illaliqaq!



Ahad, 26 Januari 2014

Mana Perginya 'Privacy' Dan 'Exclusive' Diri Sendiri?

  Assalamualaikum semua. Harini, nak cerita pasal 'Privacy' dan 'Exclusive'. Semua mesti tahu yang privacy tu bermaksud peribadi dan exclusive tu terhad dan tak semua orang boleh tahu atau dapat. Zaman sekarang ni, semua benda dah tak jadi privacy dan exclusive lagi.

  Kalau tak percaya, cuba buka Facebook, Twitter, Keek atau Instagram masing-masing. Mesti macam-macam yang ditulis atau dikongsi. Kadang-kadang, benda yang tak sepatutnya pun dikongsi. Bukan nak menyibuk, cuma janganlah sampai 'overexposed'.

  Selalunya, perkara ni terjadi di fb. Pernah sekali saya terbaca satu status yang boleh dikatakan menyampah untuk dibaca. Mana tidaknya, tuan punya status tu siap letak perkataan yang tak sepatutnya.

  Mata saya jadi sakit tengok status macam tu. Nak tegur, nanti dikatakan penyibuk, lagipun saya tak kenal orang tu. Jadi, saya hanya mampu menegur dengan hati. Harap-harap orang itu berubah. Dan lagi satu, ramai juga yang kongsikan luahan rasa cinta di fb. Tak kurang juga luahan rasa tak puas hati terhadap 'gf' atau 'bf' masing-masing.

  Seeloknya, janganlah tulis luahan rasa tu. Takut ada yang tak suka. Kalau sekali dua mungkin tidak mengapa. Tapi, kalau dah banyak kali memang sah lah kena 'condemn' atau 'block' di fb. Sepatutnya, laman sosial untuk berkongsi ilmu pengetahuan atau benda yang sepatutnya. Bukannya luahan-luahan seperti itu.

  Kalau dah tak tahan sangat, lebih baik tulis di dalam diary. Takkan nak bagitahu satu dunia yang anda dapat kekasih baru atau putus cinta. Kalau macam tu, tak payah susah-susah nak tanya orang tu samada dia dah break atau couple balik semula. Bukak saja fb, dah dapat maklumat. Kan senang.

Illaliqaq

P/S: Tak ditujukan kepada sesiapa. Jangan terasa okay. Renung-renungkan dan selamat beramal!

Sabtu, 25 Januari 2014

Bahasa Arab

  Assalamualaikum semua, sekarang ni saya dah jarang-jarang sangat nak update blog. Maklumlah, kehidupan sebagai seorang pelajar mestilah sibuk. Hari ni, nak cerita pasal BAHASA. Dalam dunia ni, macam-macam bahasa yang ada. Ada bahasa melayu, bahasa arab, bahasa inggeris dan macam-macam lagi.

  Setahu saya, bahasa arab serta bahasa mandarin adalah bahasa yang paling sukar sekali di dunia. Disebabkan saya ni pelajar aliran KAA, jadi kenalah belajar Bahasa Arab. Mula-mula, memang sukar tapi tak lah sukar sangat sebab dari sekolah rendah dan sekolah agama dah belajar bahasa arab. Sekurang-kurangya, tahulah asas-asas bahasa arab.

  Kalau kawan-kawan perasan, setiap kali saya habis tulis sesuatu post, saya akan tulis perkataan 'Illaliqaq'. Illaliqaq bermaksud jumpa lagi. Selalunya, lepas habis belajar bahasa arab, ummi (di sekolah saya, kalau cikgu bahasa arab yng dah kahwin dipanggil ummi) akan menyebut Illaliqaq dan dibalas Maasalamah yng bermaksud selamat tinggal.

  Tapi, saya sebenarnya seronok belajar bahasa arab ni, (kalau cikgunya seronok, seronoklah) bila difikirkan balik, tak susah mana pun. Lagipun, ummi memang meperaktikkan amalan bercakap dalam bahasa arab setiap kali kelas arab dan ada sikit bahasa melayu.

  Bila dah masuk kelas baru ni, cikgu yang mengajar bahasa arab nya pun sama macam tahun lepas, jdi mudah untuk saya ikut rentak dia. Yang kesiannya, kawan-kawan dekat kelas baru, terpingga-pingga disebabkan cikgu arab yang dulu dah ajar kelas lain.

  Waktu kelas arab, nak pergi tandas, nak jumpa kawan yng dekat kelas sebelah atau tak bawa buku pun kena cakap arab. Kalau contohnya kita nak jumpa kawan kita yang kebetulan kelas dia tengah belajar bahasa arab pun kena cakap arab. Dan lagi satu, sekarang ni, semua matapelajaran dah ada PBS dan 'band' jadi, selepas habis kelas, kami akan berazam untuk dapat band 6 dalam bahasa arab.

  Tapi, saya suka belajar bahasa arab dan saya berpegang dengan kata-kata 'Bahasa Arab itu bahasa syurga dan Al-Quran' itulah pendorong semangat saya untuk belajar bahasa arab : )

Illaliqaq

Khamis, 23 Januari 2014

Merentas Desa 2014 (Kenangan Yang Tak Mungkin Dilupakan)






Selepas acara merentas desa, semua dah kepenatan. Ada yang duduk di laluan bahasa arab, ada yang dalam dewan.
 

  Assalamualaikum semua, hari ni nak cerita sikit tentang acara merentas desa di sekolah pagi tadi. Memang memenatkan. Tapi, best sangat sebab jarang-jarang dapat peluang berkejar-kejaran dengan kawan-kawan dan cikgu. Untuk pengetahuan semua, larian ni untuk mengumpul mata untuk rumah sukan masing-masing sebelum kejohanan peringkat sekolah. Kalau peserta perempuan, kira-kira 4 km je kalau peserta lelaki, 6 km.

  Waktu ni lah nak amik mata banyak-banyak. Kat sekolah saya ada 4 buah rumah sukan untuk form 1 sampai form 5. Antaranya, Temenggung (Biru) , Bendahara (Kuning) , Panglima (Merah) dan Laksamana (Hijau). Saya mewakili rumah Temenggung. Kami semua berusaha sedaya upaya nak kumpul mata untuk rumah sukan dan nak jadi juara edisi tahun ni. Tapi, apalah nasib, Temenggung kalah dan juaranya Bendahara.

  Walau apa pun, kami semua seronok sangat-sangat sebab dapat dengar sorakan rumah masing. Siapa sangka, rumah Temenggung telah dikenakan oleh rumah Panglima atau Laksamana dengan sorakan mereka tu. Memang kecoh sangat dalam dewan tu. Macam dalam stadium pun ada jugak bila rumah Bendahara memalukan 'gendang' atau 'kompang' mereka tu. 

  Untuk pelajar form 6 pulak, merekalah yang pada saya paling tak bersemangat. Tak tahu kenapa. Penat kot. Mereka ni, ada rumah masing-masing jugak, iaitu, Alpha, Beta, Gamma dan Bravo. Tapi, kami adik-adik ni memang dikenakan habis-habisan oleh senior-senior form 6 ni melalui sorakan mereka. 

  Nak tahu sorakannya, macam ni, 
Form 1-5: Wahai form 6, manakah sorakan mu? (ramai-ramai)
Form 6: Wahai adik, bersabarlah! (ramai-ramai)

 Anyway, kami masih happy dan enjoy. Sampai sini sajalah cerita saya pada hari ni. Kalau nak cerita pasal merentas desa dengan rumah-rumah sukan ni, memang sampai esok pun tak habis.

Illaliqaq.

  

Sabtu, 18 Januari 2014

Macam Hijau Je, Macam Segar Je...




 Assalamualaikum semua, hari ni, saya nak cerita pasal pelbagai tanaman hiasan yang terdapat di rumah nenek saya di Rimba Terjun. Gambar-gambar ni saya ambil sebelum saya pulang ke rumah petang tadi. Saya tertarik dengan warna orkid ni, jadi saya pun tak melepaskan peluang untuk 'snap' gambar orkid ni untuk kongsikan dengan kawan-kawan semua.

Saya suka melihat halaman rumah yang penuh dengan tanaman-tanaman hiasan seperti ini. Boleh release tension tengok pokok-pokok ni. Hijau dan berwarna-warni. Tenang jiwa. Di halaman rumah nenek saya memang penuh dengan pokok-pokok bunga yang mekar dan cantik warnanya.

Lagipun, nenek saya memang seorang 'pencinta bunga'. Teringin juga nak tahu macam mana pokok-pokok ni boleh hidup subur. Kalau orang yang tak rajin macam saya ni, memang layu lah pokok tu. Hanya orang-orang yang rajin je akan dapat taman yang cantik penuh dengan bunga-bunga yang segar.

Tapi, saya pasti, ianya suatu kepuasan yang tidak terhingga apabila melihat pokok bunga yang kita tanam, siram dan jaga setiap hari itu berbunga mekar dan harum. Hurm... bilalah aku nak dapat pokok bunga yang segar macam ni?

Jumaat, 17 Januari 2014

Claustrophobia

Assalamualaikum kawan-kawan, hari ni saya nak bercerita tentang satu penyakit fobia yang mungkin agak asing bagi kita. Mungkin ada yang pernah dengar dan ada yang tak pernah dengar penyakit ni. Untuk pengetahuan semua, Claustrophobia ni bermaksud ketakutan untuk tidak dapat keluar daripada tempat-tempat yang kecil, sempit dan gelap. Ia berasal daripada gabungan perkataan Latin iaitu claustrum yang bermaksud 'tempat yng sempit' dan phobos yang bermaksud 'ketakutan'.

Saya sendiri menghidapi penyakit ni. Walaupun tak berapa teruk sangat, tapi boleh tahan lah. Selalunya, orang yang ada Claustrophobia ni akan takut dengan tempat-tempat yng terlalu sesak dan sempit macam dalam lif. Ada juga yng takut dengan bilik yang tak bertingkap. Tapi yang penting, sempit,gelap dan kecil. Kalau saya, saya takut dengan tempat yang tak ada pengudaraan yang baik, sempit dan gelap.

Punca-punca Claustrophobia :

  1. Tersekat di dalam bilik yang gelap dan tak dapat jumpa suis atau pintu untuk dapatkan cahaya. (boleh berlaku pda orang dewasa/ kanak-kanak)
  2. Kanak-kanak yang terkurung di dalam kotak yng ditutup
  3. Kanak-kanak yang dikurung di dalam almari
  4. Kanak-kanak yang jatuh ke dalam kolam renang dan lemas
  5. Kanak-kanak yang terpisah dari ibu dan bapa apabila berjalan di tempat yang ramai orang (pasaraya dll)
  6. Kanak-kanak yang terkurung di dalam kereta ibu bapa

Kalau pada saya, punca Claustrophobia nya adalah apabila suatu ketika dahulu, saya pernah terkurung di dalam sebuah bilik yang sangat gelap dan tak dapat cari cahaya serta pernah ter'sepit' di tempat yang sempit.

Itu yang sampai hari ni, saya Claustrophobia dan cepat panik bila dalam tempat yang sempit macam ni. Kalau waktu blackout lagi lah. Cuma saya tak nak tunjuk je yang saya panik. Kalau dulu, ada juga lah sampai susah hati yang terlampau bila blackout, sekarang dah kurang. Alhamdulillah.

Claustrophobia ni ada rawatannya. Kalau saya, saya akan cuba sedaya upaya mengatasi ketakutan tu. Sampai sini saja lah ye. Kepada yang ada fobia tu tak kisahlah fobia apa pun, hadapinya dengan tabah okay!

Illaliqaq!

Rabu, 15 Januari 2014

S.A.H.A.B.A.T

  Assalamualaikum dan Kaifa Halukum kawan-kawan sekalian. Saya pasti, semua orang di dunia ni mesti ada sahabat bukan? Kalau tak ada kawan itu bermaksud kita ni kurang berkomunikasi dengan orang dan hidup di dunia sendiri. Semua orang kat dunia ni perlukan sahabat. Macam saya sendiri, mesti ada kawan yang kena sentiasa ada dengan saya di sekolah.

  Kalau tak ada orang yang nak lawan bercakap, mesti rasa ada benda yang kurang. Tapi, sebenarnya, ketakutan nombor 1 saya di sekolah bukannya cikgu atau kerja rumah yang banyak, tetapi ketakutan yang sebenar-benar ketakutan adalah bila saya tak ada kawan di sekolah.

  Semenjak masuk tahun 2014, saya dan sahabat baik saya dah terpisah disebabkan dia di kelas lain, saya di kelas lain. Sekarang, dah tak ada orang yang nak rehat dengan saya. Bila tiba waktu rehat, saya keseorangan. Mula-mula, memang rasa janggal, lama-lama saya dah biasa.

  Cuma, memang diakui yang saya agak takut berehat sorang-sorang. Bukan sebab ada orang nak kacau atau yang lain-lain tu. Cuma, saya rasa macam tak ada hala tuju. Selalunya, kalau berjalan dengan kawan-kawan, saya dan kawan-kawan akan menentukan destinasi yang hendak dituju. Lagi satu, saya kalau waktu berjalan tak bercakap dengan seseorang, memang tak sah. Memang nak kena bercakap juga.

  Sekarang, dah biasa rehat sorang-sorang jadi, saya dah tak takut lagi. Tengok, dalam kes saya ni, sahabat adalah orang yang paling penting sekali. Mana tak nya, sahabat adalah orang yang kedua paling rapat dengan kita selepas ahli keluarga. Jadi, kepada kawan-kawan di luar sana, jagalah sahabat kita kerana sahabat umpama permata. Kalau sahabat tu dah hilang, memang agak susah nak cari balik.

Illaliqaq.

Selasa, 14 Januari 2014

Di Sebalik Wajah (1 Angsana 2013)


  Ha! Inilah dia 1 Angsana 2013. Semua yang dekat dalam ni adalah pelajar-pelajar 1 Angsana 2013. Tapi, tak semua ada dalam gambar ni sebab ada yang tak nak bergambar dan ada yang jadi 'guard' tunggu dekat luar nak tengok ada cikgu yang lalu atau tak. Sebenarnya, gambar ni diambil secara curi-curi beberapa hari sebelum nak masuk cuti akhir tahun. Lagi satu, ini sebenarnya bukan kelas kami. Ini adalah kelas milik form 5 yang tengah menduduki peperiksaan SPM. 

  Kami duduk di kelas ni atas arahan guru yang nak berikan ketenangan menjawab pada senior-senior yang tengah periksa. Lagipun, senior-senior form 6 tengah menduduki peperiksaan di kelas kami. Itu yang terpaksa 'menumpang' dekat kelas orang ni. 

  Waktu tu, kami tergesa-gesa nak ambil gambar disebabkan dah nak masuk matapelajaran Math yang kebetulan cikgunya GPK Petang. Sebab tak nak kena marah dan kamera kena rampas, itu yang tergesa-gesa tu.

  Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa semua buat pose letak jari di dagu. Hah, ini kalau tak silap, disebabkan nak ikut gaya rakan saya iaitu Jaja. Sempat juga bergurau suruh buat #jaja di Facebook. Walau apa pun, ini memang kenangan yang sangat manis sebelum meninggalkan 1 Angsana. 

  P/S: Dari bawah barisan no.1, kiri: Saya, Ainul dan Diyana. 
           Barisan no.2, kiri: Jaja, Nadhirah, Tasya, Fatimah, Anis, Annisa, Naziha
           Barisan no.3, kiri: Rina, Maizatun, Farhana, Wanie, Tasha
           Barisan no.4, kiri: Iskandar, Hafiz, Aiman dan yang lagi satu tu tak berapa nampak sangat. Mungkin di antara Idham atau Haikal.

          Terima kasih kepada pemilik kamera and 'guard' yang dekat luar tu.
          Dan terima kasih Jaja kerana berikan idea nak buat pose macam ni.

Mencari Ruang Di 2 Anggerik

  Hari ni, dah masuk 13 hari saya di 2 Anggerik. Tapi, masih lagi tak jumpa keserasian dengan kawan-kawan dari 1 Anggerik 2013 yang ada di 2 Anggerik tahun ni. Saya berazam nak lebih menonjolkan diri dan aktif di dalam kelas berbanding sentiasa pasif sebelum ini.

  Okay, yang pasal pasif tu baru start tahun ni saya jadi orang yang pasif dalam kelas. Tapi, saya akui yang sejak dari sekolah rendah, saya memang pasif dalam kelas. Duduk diam-diam, kalau tak faham apa yang diajar cikgu, tak tanya, kalau cikgu tanya sepatah, sepatahlah saya jawab. Tapi, semenjak masuk 1 Angsana tahun lepas, saya dengan automatiknya jadi aktif. Tapi, tak lah aktif sangat.

  Saya dah start tanya dengan cikgu kalau ada apa-apa yang tak faham. Kalau cikgu minta seseorang secara sukarela untuk bacakan kenyataan atau apa-apa sahaja saya akan baca. Untuk tahun ni, saya jadi Sabrina yang lain sedikit. Pendiam. Saya nak juga bersuara atau bagi pendapat bila cikgu tanya, tetapi ternyata saya tak boleh. Susah sangat nak bercakap.

  Mungkin saya malu atau tak biasa nak bercakap dengan 'kawan-kawan baru' di 2 Anggerik. Walaupun dah pernah jumpa waktu dekat form 1, tapi saya masih kekok. Maklumlah, saya tak berapa kenal sangat perwatakan mereka semua ni. Kalau kawan-kawan di 1 Angsana yang masuk ke 2 Anggerik tu saya dah biasa. Saya teringin juga hendak bergaul dan beramah mesra dengan mereka. Itulah yang saya maksudkan 'mencari ruang' tu. Bukannya tiada tempat kosong untuk saya duduk. Cuma nak cari 'ruang' untuk masuk ke dalam hati kawan-kawan di 2 Anggerik ni.

  Biar mereka terima saya seadanya dan boleh menjadi akrab serta tak kekok bila bersama dengan mereka. Tetapi, saya masih dalam proses menyesuaikan diri dengan mereka. Kalau boleh saya buat kaji selidik tentang sifat-sifat, apa yang mereka suka dan tak suka dan macam-macam lagi, saya akan buat supaya dapat menjaga hati mereka selain daripada dapat kawan-kawan baru. Apapun, doakan saya semoga saya berjaya.

Illaliqaq.

Sabtu, 11 Januari 2014

Cinta Ataupun Cita (Dua Haluan Yang Perlu Dipilih)

  Pada hari ni, ramai budak-budak sekolah yang mengamalkan budaya ber'couple' ni. Seronok sangat ke bercouple ni? Sampaikan lebih utamakan 'couple' anda tu daripada pelajaran yang sememangnya menjadi penjamin masa hadapan. Kita, sebagai pelajar seharusnya mengutamakan pelajaran lebih daripada cinta. Kepada pelajar-pelajar sekolah sekalian, jangan bersedih kalau tak ada siapa yang nak 'couple' dengan anda.

  Sebelum nak ber'couple', cuba tanya kepada diri soalan-soalan ni:

  1. Adakah 'couple' yang membuatkan kita pandai dan dapat keputusan bagus dalam peperiksaan?
  2. Adakah 'couple' yang boleh memberi kita biasiswa untuk ke luar negara?
  3. Adakah 'couple' yang boleh membuatkan kita dapat kerja-kerja yang bagus bila dah besar nanti?
  4. 'Couple' ke yang buatkan kita berjaya?
  Lepas dah jawab, cuba fikirkan balik. Ada faedah ke ber'couple' sewaktu di bangku sekolah? Saya bukan nak menyibuk, saya juga merupakan seorang pelajar sekolah menengah. Mestilah saya tahu perasaan pelajar-pelajar yang nak ber'couple' ni. Saya dah jemu jumpa situasi pelajar-pelajar sekolah yang ber'couple' ataupun asyik bagi hadiah dekat 'girlfriend' atau 'boyfriend'mereka. Bukannya saya 'jealous' tetapi buat apa saya nak 'jealous' dengan benda-benda macam ni. Buang masa sahaja!

  Lagi satu, saya tak nak tengok ramai pelajar sekolah yang patah hati ataupun 'down' sebab cinta. Tak berbaloi langsung. Perlu diingatkan yang kita masih muda dan perjalanan masih jauh. Mungkin, di masa akan datang, ada lelaki / perempuan yang lebih baik untuk kita. Lagipun, tugas seorang pelajar itu belajar! Bukan bermain cinta monyet dengan rakan sekelas atau pelajar kelas sebelah. Kalau nak berkawan biasa itu boleh, tetapi kena jaga adab-adab kita sebagai seorang Muslim.

  Yang penting sekarang ni, cita-cita kita. Ramai pelajar yang berkata nak jadi doktor, peguam, pensyarah dan macam-macam lagi yang hebat-hebat belaka. Tetapi, ingat, jadikan itu semua CITA-CITA bukan ANGAN-ANGAN! Kalau nak realisasikan, senang sahaja. Cara-caranya:

  1. STUDY SMART NOT STUDY HARD
  2. CITA-CITA BUKAN ANGAN-ANGAN KOSONG
  3. PASTIKAN SETIAP TINDAK-TANDUK KITA MENDAPAT RESTU IBU DAN BAPA
  4. JANGAN ASYIK LAYAN CINTA (KALAU TAK BERCINTA LANGSUNG LAGI BAGUS)
  Tetapi, saya faham jika kita, seorang pelajar ada perasaan cinta kepada seseorang. Lagipun, itu adalah fitrah manusia yang tak boleh kita elakkan. Cuma, jangan layan sangat. Takkanlah bila nampak je terus jatuh cinta. Ada situasi 'couple' yang boleh dikatakan okay, dan tidak okay. Contohnya, kita ber'couple' tetapi tak layan sangat dan fokus pada pembelajaran. Lagi satu, ber'couple' dan tinggalkan pembelajaran terus. Dan paling okay,tak 'couple' langsung.

  Apapun, pilihan terletak di tangan anda. Fikir-fikirkanlah. 

ILLALIQAQ.

P/S: Dapat inspirasi bila dengar ceramah di sekolah haritu tentang Cinta vs Cita.
  

 

Jumaat, 10 Januari 2014

Hidupku Buku

  Buku, buku, buku. Mesti ramai yang ulat buku kan? Saya juga seorang yang ulat buku. Kalau ada masa lapang sedikit, selain menulis di blog, saya akan membaca sebarang buku yang 'best' samada buku yang dipinjam di perpustakaan sekolah, atau buku yang dibaca di perpustakaan awam. Kadang-kadang, kalau rajin, ada juga baca buku di internet. Semenjak dari kecil, saya memang dah dididik untuk membaca buku.

  Bukan setakat saya sahaja yang suka membaca, ahli keluarga saya juga suka membaca. Dari surat khabar sehinggalah buku-buku ilmiah seperti ensiklopedia. Tetapi, saya kurang membaca novel-novel cinta disebabkan saya tak mampu nak membelinya memandangkan usia saya yang masih muda, baru form 2. Jadi, duit saku yang saya ada, saya simpan untuk membeli buku rujukan ataupun disimpan di dalam bank. Selain itu, saya juga kurang meminati novel-novel cinta dan lebih meminati novel-novel fiksyen.

  Secara peribadi, saya meminati karya J.K.Rowling dan Enid Blyton selain daripada cerita-cerita dongeng The Grim Brothers. Saya mula meminati karya J.K.Rowling apabila mula membaca siri-siri 'Harry Potter' yang dipinjam daripada mak cik saya. Ramai juga yang bertanya mengapa saya suka membaca buku-buku Bahasa Inggeris, saya hanya tersenyum.



 Walaupun ramai yang ulat buku, tetapi ada juga yang kadang-kadang 'anti buku' ataupun dalam erti kata lain tak suka baca buku. Tak tahu mengapa, tapi apa yang pasti, mereka ni menganggap yang membaca itu membosankan. Walau apa pun, saya pasti yang kebanyakkan rakyat Malaysia suka membaca. Selain dari dapat menambahkan ilmu, dapat juga belajar benda-benda baru tentang kehidupan.

  Banyak-banyakkanlah membaca ya, kerana membaca itu jambatan ilmu. Illaliqaq!

Khamis, 9 Januari 2014

Aku Dan Adik-adik Form 1

  Tahun 2014 dah bermula. Ini bermaksud, umur akan meningkat dan lebih banyak perkara baru yang akan dipelajari. Macam saya, daripada form 1 naik ke form 2 dan makin bertambah kerja rumah yang diberi.

  Tapi, saya tak nak cerita pasal kerja rumah. Saya nak bercerita pasal kisah saya dan pelajar-pelajar form 1 yang baru masuk ke SMK Dato' Penggawa Barat. Bila saya tengok adik-adik form 1 ni, teringat masa pertama kali masuk sekolah menengah. Memang macam-macam nak ditanya. Maklumlah, dunia sekolah menengah ni lain sedikit. Subjek yang diajar pun ada yang tak pernah dengar, macam Sejarah dan Geografi.

  Nak dijadikan cerita, sewaktu hari Rabu hari tu, saya pergi sekolah macam biasa, tetapi yang tak biasa adalah, itu pertama kali saya memakai uniform lengkap kadet bomba. Rasa macam bomba pun ada. Sebelum ni, pakai t-shirt unit yang biasa pun tak apa, tapi cikgu dah suruh semua pakai uniform lengkap. Nak tak nak pakai jelah.

  Kehadiran saya di Laluan Bahasa Arab (tempat pelajar duduk dan berbual-bual atau menunggu waktu kelas awal) menarik perhatian adik-adik form 1 yang memang sedia maklum kena pakai uniform lengkap sewaktu hari Rabu (Hari Kokurikulum). Saya tengok kawan-kawan saya berbual dengan adik-adik form 1 ni, saya pun rasa nak kenal-kenal juga dengan mereka. Tak nak digelar senior sombong (kalau dekat sesi petang, form 2 dah senior dah. lagipun ada form 1, form 2 je).

  Mula-mula ada seorang adik form 1 tanya dimana saya beli uniform bomba, berapa harganya dan macam-macam lagi. Dari seorang ke seorang tanya. Saya pun jawab, sebab saya memang suka melayan adik-adik ni. Kebetulan tengah bosan. Saya tanya salah seorang adik dekat situ, ambil aliran KAA (Kelas Aliran Agama a.k.a Arab) ke? Dia menjawab 'ya'. Saya pun ambil kesempatan bercerita tentang apa yang akan dipelajari di KAA, memandangkan saya pelajar aliran KAA. Belajar bahasa arab, kena cakap bahasa arab dengan cikgu sewaktu matapelajaran bahasa arab dan macam-macam lagi. Ada yang sampai menyesal masuk KAA. Tapi saya beritahu mereka yang apabila masuk form 2 semua benda akan menjadi senang. In Sha Allah.

  Sempat kenal dengan seorang adik form 1, namanya kalau tak silap Nur Izzati. Banyak yang dia tanya pasal sekolah dan subjek-subjek form 1. Saya pun menjawabnya kerana hendak memberi maklumat. Begitu juga adik-adik form 1 yang lain, macam-macam yang ditanya. Sempat juga Izzati membelek buku Sejarah dan Matematik saya. Tanya pasal integer dan macam-macam.

  Itulah cerita saya dengan adik-adik form 1. Tapi, yang kelakar, ada seorang adik ni kata saya cantik! Hai adik, cantik sangat ke akak ni. Pada akak, akak tak cantik mana pun. Hehehe...

                                                                          Illaliqaq 

Selasa, 7 Januari 2014

Cinta Yang Tidak Bersyarat (Unconditional Love)


Ha, jangan salah sangka pula ingat saya nak cakap pasal hal-hal cinta yang melibatkan 'couple-couple' ni. Sebenarnya bukan. Lagipun cinta itu subjektif. Cinta kepada tuhan, cinta kepada kedua ibu dan bapa, cinta kepada ilmu, dan macam-macam lagi. Saya nak bagitau tentang maksud 'Cinta Yang Tidak Bersyarat' a.k.a 'Unconditional Love'. Pada saya, cinta tidak bersyarat ni bermaksud, cinta yang tidak memandang kekurangan yang seseorang itu miliki dan menerima seadanya seseorang itu. 

Selalunya, kita akan merasa 'cinta tidak bersyarat' ni daripada ibu dan bapa kita sendiri. Mereka menyayangi kita sepenuh hati dan menerima kekurangan kita seadanya serta tidak meletakkan sebarang syarat untuk kita menyayangi mereka. Walaupun rupa kita hodoh, kurang pandai dan lain-lain, tapi mereka masih menyayangi kita sepenuh hati. 

Buktinya, mereka tidak membuang kita dari hidup mereka walaupun kita ada banyak kekurangan pada diri. Malah, mereka membetulkan kekurangan itu. Mereka melihat kita sangat istimewa pada mereka. Mereka akan sedaya upaya memberi nasihat pada kita untuk tidak terlalu merendah diri dengan kekurangan yang kita ada.

Satu lagi contoh 'Cinta Yang Tidak Bersyarat' ialah cinta Allah kepada kita. Buktinya, Allah S.W.T akan sentiasa menolong kita jika kita meminta kepadaNya. Allah S.W.T hanya meminta satu sahaja daripada kita, iaitu sentiasa mengingati Nya serta sentiasa beribadah dan mengerjakan suruhan Nya serta meninggalkan apa yang dilarang. Allah tidak memandang paras rupa, harta mahupun pangkat. Pada Nya, kita semua sama, apa yang membezakan kita adalah, iman dan takwa. 

Jika kita ingat pada Nya, In Sha Allah, Dia akan ingat pada kita. Dia bersedia menolong hamba-hambanya yang lemah. Cinta Nya kepada hamba-hamba Nya yang beriman sangat tinggi serta tidak mampu diucapkan dengan kata-kata. Tidak juga setanding cinta sesama manusia. 

Jadi, ingatlah, cinta bukan sekadar pada 'girlfriend' atau 'boyfriend' korang tapi juga pada Allah S.W.T, ibu bapa serta makhluk Allah yang lain.
Illaliqaq.



Ahad, 5 Januari 2014

Feeling Bersekolah Pada Hari Ahad...

Hari ni, merupakan hari pertama untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah di Johor merasa macam mana sekolah pada hari Ahad. Waktu mula-mula sampai sekolah tengahari tadi, memang rasa lain macam dan janggal sebab selama ni dah biasa bersekolah dari hari Isnin sampai Jumaat.

Selalunya, hari Ahad duduk di rumah dan berehat-rehat. Tiba-tiba kena pergi sekolah. Rasa pelik sangat. Ada juga saya tanya pada kawan saya, sukakah bersekolah pada hari Ahad, dia kata suka tapi bila ditanya mengapa, dia pun tidak tahu. Tapi, mungkin kalau kita tanya pada budak sekolah rendah, mungkin kata tak suka dengan alasan ada kartun best2 hari Ahad ni. Hahaha...

Kalau budak sekolah menengah macam saya ni, mungkin tak berapa kisah sebab semua dah besar. Kartun-kartun ni dah tak layan sangat. Kalau dulu, di sekolah saya, perhimpunan rasmi diadakan pada hari Isnin, tapi sekarang dah tukar Ahad. Cikgu pun asyik tersalah cakap hari ni hari Isnin. Kami yang murid ni lagilah. Saya pun tak terkecuali. Tak kisahlah bersekolah hari apa pun, janji apa yang diajar tu masuk. Sekian...

Illaliqaq...
 

Sabtu, 4 Januari 2014

BFF Selamanya

1) Dekat tengah tu, Ainul dan adiknya, Mawaddah.

  2) Yang pakai baju biru tu, Husna dan yang pakai baju maroon tu, Ainul.

Setiap orang mesti ada BFF a.k.a sahabat baik masing-masing betul tak? Sekarang, nak tunjukkan lah 2 orang sahabat baik yang sentiasa ada dengan saya waktu susah dan senang. Kalau tengok gambar kat atas tu mesti dah dapat agak siapa BFF saya. Sekarang, saya nak bercerita tentang mereka berdua ni.

Ainul: BFF pertama yang dijumpa waktu first time masuk 1 Angsana tahun lepas. Waktu tu memang tak kenal. Tapi, perkenalan ni secara tak sengaja. Waktu tu, saya duduk belakang dia. Memandangkan dia selalu berbual dengan Husna yang secara kebetulan duduk di sebelah saya, dari situ saya kenal Ainul. Walaupun saya tak berapa ingat macam mana kami berjumpa yang sebenar-benarnya, tapi itu tak penting, yang penting dia boleh terima saya seadanya : )

Husna: Sebelum ni, ada diceritakan yang Husna ni duduk kat sebelah saya sewaktu dekat 1 Angsana.Tapi sebenarnya, sebelum dia duduk sebelah saya, dia ada duduk di bahagian depan dengan orang lain, tapi dia berpindah ke bahagian belakang dengan saya (sebenarnya, terlalu belakang. Paling hujung sekali dekat pintu belakang). Sebelum dia duduk bahagian depan, dia pernah duduk di tempat saya duduk dengan orang lain. Disebabkan 'orang lain' tu duduk di tempat lain, dia pun berpindah. Dari situ, saya mula kenal dengan dia. Tapi tak banyak cakap waktu mula-mula. Lepas beberapa hari, barulah kami mula kecoh kat belakang setiap kali cikgu mengajar. 

Kami memang sekepala. Setiap kali cikgu tiada di dalam kelas, mulalah berbual-bual. Siap ketawa-ketawa lagi. Macam-macam yang dibicarakan. Daripada kisah-kisah yang ditonton di televisyen, MV atau video di Youtube, lagu, sampai ke hal-hal peribadi. Macam-macam benda yang boleh dijadikan topik.

Tapi, tak semua benda gembira. Kadang-kadang, ada yang bersedih. Itu normal. Bukannya setiap kali berjumpa, ketawa-ketawa. Selalunya, kalau salah seorang bersedih, yang lain akan menenangkan. Tapi, kalau ada salah faham, kami akan berterus terang dan selesaikan cepat-cepat. Kami sentiasa berusaha menjaga hati masing-masing. Tapi memang jarang-jarang kami bergaduh. 

Selalunya, kalau salah seorang kawan bergaduh dengan kawan yang lagi satu ataupun saya bergaduh dengan yang lagi satu, akan ada diantara kami bertiga yang jadi pengantara ataupun pendamai. Cara yang paling berkesan adalah sesi luahan hati ataupun bermesej. 

Walaupun dah tak jumpa lagi pada 2014, sebabkan saya dah masuk kelas lain, tapi kami masih lagi berhubung walaupun tak selalu berjumpa. Saya sentiasa berharap dan berdoa agar kami bersatu semula dengan masuk ke 3 Anggerik. Saya pasti, Ainul dan Husna  tengah berusaha. Semoga usahanya membuahkan hasil. Kepada sahabatku, engkau bagaikan permata yang aku akan jaga sampai bila-bila.
Illaliqaq.  



Jumaat, 3 Januari 2014

2014 (Feeling Di 2 Anggerik)

1 Januari 2014, hari pertama di kelas 2 Anggerik. Terasa lain sangat sebab suasana dan orang yang akan kita jumpa tiap-tiap hari adalah orang yang berbeza a.k.a rakan-rakan dalam kelas dengan cikgu. Sewaktu pertama kali belajar dengan diorang, rasa pening sangat sebab suasananya berbeza dan cikgunya pun berbeza. Walaupun dah pernah jumpa dengan students 1 Anggerik 2013, tapi rasanya tetap berbeza. Cara diorang belajar pun berbeza. Bila time belajar, diorang memang happening and happy. Diorang belajar tak terlalu serius, dan memang tak stress lah kat 2 Anggerik ni. Kadang-kadang, rasa tak sabar nak belajar sebab diorang akan menceriakan suasana dengan keletah diorang yang macam-macam ni. Walaupun tak dapat bayangan lagi matapelajaran mana satu yang akan menjadi kesukaan pada tahun ni, tapi rasanya, semua matapelajaran akan menjadi kesukaan. Kalau nak rate suasana belajar 2 Anggerik ni, saya akan bagi 4 1/2 bintang kat diorang. Lagi 1/2 tu biarlah rahsia okay! Tapi, saya masih rindu suasana 1 Angsana. Happening jugak, tapi masih terkawal lebih kurang macam 2 Anggerik. Sampai di sini sahaja. Illaliqaq!

Asalamualaikum dan Hai!

Hari ni mungkin hari yang tidak begitu seberapa bersejarah sangat dengan pembukaan blog ni. Banyak kali menulis blog tapi gagal. Blog ni dibuat semata-mata untuk tatapan rakan-rakan yang nak mengetahui perkembangan terbaru saya memandangkan saya akan menutup akaun Facebook saya. Serta di atas permintaan BFF yang agak berjauhan dan jarang berjumpa dengan saya yang hanya mengikuti perkembangan saya melalui blog. Semoga blog ni dapat memuaskan hati rakan-rakan sekalian. 

Didekasikan untuk: Ainul Marha & Husna Hafizah (My BFF yang agak jauh dari mata)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...