Tahun 2014 dah bermula. Ini bermaksud, umur akan meningkat dan lebih banyak perkara baru yang akan dipelajari. Macam saya, daripada form 1 naik ke form 2 dan makin bertambah kerja rumah yang diberi.
Tapi, saya tak nak cerita pasal kerja rumah. Saya nak bercerita pasal kisah saya dan pelajar-pelajar form 1 yang baru masuk ke SMK Dato' Penggawa Barat. Bila saya tengok adik-adik form 1 ni, teringat masa pertama kali masuk sekolah menengah. Memang macam-macam nak ditanya. Maklumlah, dunia sekolah menengah ni lain sedikit. Subjek yang diajar pun ada yang tak pernah dengar, macam Sejarah dan Geografi.
Nak dijadikan cerita, sewaktu hari Rabu hari tu, saya pergi sekolah macam biasa, tetapi yang tak biasa adalah, itu pertama kali saya memakai uniform lengkap kadet bomba. Rasa macam bomba pun ada. Sebelum ni, pakai t-shirt unit yang biasa pun tak apa, tapi cikgu dah suruh semua pakai uniform lengkap. Nak tak nak pakai jelah.
Kehadiran saya di Laluan Bahasa Arab (tempat pelajar duduk dan berbual-bual atau menunggu waktu kelas awal) menarik perhatian adik-adik form 1 yang memang sedia maklum kena pakai uniform lengkap sewaktu hari Rabu (Hari Kokurikulum). Saya tengok kawan-kawan saya berbual dengan adik-adik form 1 ni, saya pun rasa nak kenal-kenal juga dengan mereka. Tak nak digelar senior sombong (kalau dekat sesi petang, form 2 dah senior dah. lagipun ada form 1, form 2 je).
Mula-mula ada seorang adik form 1 tanya dimana saya beli uniform bomba, berapa harganya dan macam-macam lagi. Dari seorang ke seorang tanya. Saya pun jawab, sebab saya memang suka melayan adik-adik ni. Kebetulan tengah bosan. Saya tanya salah seorang adik dekat situ, ambil aliran KAA (Kelas Aliran Agama a.k.a Arab) ke? Dia menjawab 'ya'. Saya pun ambil kesempatan bercerita tentang apa yang akan dipelajari di KAA, memandangkan saya pelajar aliran KAA. Belajar bahasa arab, kena cakap bahasa arab dengan cikgu sewaktu matapelajaran bahasa arab dan macam-macam lagi. Ada yang sampai menyesal masuk KAA. Tapi saya beritahu mereka yang apabila masuk form 2 semua benda akan menjadi senang. In Sha Allah.
Sempat kenal dengan seorang adik form 1, namanya kalau tak silap Nur Izzati. Banyak yang dia tanya pasal sekolah dan subjek-subjek form 1. Saya pun menjawabnya kerana hendak memberi maklumat. Begitu juga adik-adik form 1 yang lain, macam-macam yang ditanya. Sempat juga Izzati membelek buku Sejarah dan Matematik saya. Tanya pasal integer dan macam-macam.
Itulah cerita saya dengan adik-adik form 1. Tapi, yang kelakar, ada seorang adik ni kata saya cantik! Hai adik, cantik sangat ke akak ni. Pada akak, akak tak cantik mana pun. Hehehe...
Illaliqaq
Tiada ulasan:
Catat Ulasan