Buku, buku, buku. Mesti ramai yang ulat buku kan? Saya juga seorang yang ulat buku. Kalau ada masa lapang sedikit, selain menulis di blog, saya akan membaca sebarang buku yang 'best' samada buku yang dipinjam di perpustakaan sekolah, atau buku yang dibaca di perpustakaan awam. Kadang-kadang, kalau rajin, ada juga baca buku di internet. Semenjak dari kecil, saya memang dah dididik untuk membaca buku.
Bukan setakat saya sahaja yang suka membaca, ahli keluarga saya juga suka membaca. Dari surat khabar sehinggalah buku-buku ilmiah seperti ensiklopedia. Tetapi, saya kurang membaca novel-novel cinta disebabkan saya tak mampu nak membelinya memandangkan usia saya yang masih muda, baru form 2. Jadi, duit saku yang saya ada, saya simpan untuk membeli buku rujukan ataupun disimpan di dalam bank. Selain itu, saya juga kurang meminati novel-novel cinta dan lebih meminati novel-novel fiksyen.
Secara peribadi, saya meminati karya J.K.Rowling dan Enid Blyton selain daripada cerita-cerita dongeng The Grim Brothers. Saya mula meminati karya J.K.Rowling apabila mula membaca siri-siri 'Harry Potter' yang dipinjam daripada mak cik saya. Ramai juga yang bertanya mengapa saya suka membaca buku-buku Bahasa Inggeris, saya hanya tersenyum.
Walaupun ramai yang ulat buku, tetapi ada juga yang kadang-kadang 'anti buku' ataupun dalam erti kata lain tak suka baca buku. Tak tahu mengapa, tapi apa yang pasti, mereka ni menganggap yang membaca itu membosankan. Walau apa pun, saya pasti yang kebanyakkan rakyat Malaysia suka membaca. Selain dari dapat menambahkan ilmu, dapat juga belajar benda-benda baru tentang kehidupan.
Banyak-banyakkanlah membaca ya, kerana membaca itu jambatan ilmu. Illaliqaq!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan