Sabtu, 11 Januari 2014

Cinta Ataupun Cita (Dua Haluan Yang Perlu Dipilih)

  Pada hari ni, ramai budak-budak sekolah yang mengamalkan budaya ber'couple' ni. Seronok sangat ke bercouple ni? Sampaikan lebih utamakan 'couple' anda tu daripada pelajaran yang sememangnya menjadi penjamin masa hadapan. Kita, sebagai pelajar seharusnya mengutamakan pelajaran lebih daripada cinta. Kepada pelajar-pelajar sekolah sekalian, jangan bersedih kalau tak ada siapa yang nak 'couple' dengan anda.

  Sebelum nak ber'couple', cuba tanya kepada diri soalan-soalan ni:

  1. Adakah 'couple' yang membuatkan kita pandai dan dapat keputusan bagus dalam peperiksaan?
  2. Adakah 'couple' yang boleh memberi kita biasiswa untuk ke luar negara?
  3. Adakah 'couple' yang boleh membuatkan kita dapat kerja-kerja yang bagus bila dah besar nanti?
  4. 'Couple' ke yang buatkan kita berjaya?
  Lepas dah jawab, cuba fikirkan balik. Ada faedah ke ber'couple' sewaktu di bangku sekolah? Saya bukan nak menyibuk, saya juga merupakan seorang pelajar sekolah menengah. Mestilah saya tahu perasaan pelajar-pelajar yang nak ber'couple' ni. Saya dah jemu jumpa situasi pelajar-pelajar sekolah yang ber'couple' ataupun asyik bagi hadiah dekat 'girlfriend' atau 'boyfriend'mereka. Bukannya saya 'jealous' tetapi buat apa saya nak 'jealous' dengan benda-benda macam ni. Buang masa sahaja!

  Lagi satu, saya tak nak tengok ramai pelajar sekolah yang patah hati ataupun 'down' sebab cinta. Tak berbaloi langsung. Perlu diingatkan yang kita masih muda dan perjalanan masih jauh. Mungkin, di masa akan datang, ada lelaki / perempuan yang lebih baik untuk kita. Lagipun, tugas seorang pelajar itu belajar! Bukan bermain cinta monyet dengan rakan sekelas atau pelajar kelas sebelah. Kalau nak berkawan biasa itu boleh, tetapi kena jaga adab-adab kita sebagai seorang Muslim.

  Yang penting sekarang ni, cita-cita kita. Ramai pelajar yang berkata nak jadi doktor, peguam, pensyarah dan macam-macam lagi yang hebat-hebat belaka. Tetapi, ingat, jadikan itu semua CITA-CITA bukan ANGAN-ANGAN! Kalau nak realisasikan, senang sahaja. Cara-caranya:

  1. STUDY SMART NOT STUDY HARD
  2. CITA-CITA BUKAN ANGAN-ANGAN KOSONG
  3. PASTIKAN SETIAP TINDAK-TANDUK KITA MENDAPAT RESTU IBU DAN BAPA
  4. JANGAN ASYIK LAYAN CINTA (KALAU TAK BERCINTA LANGSUNG LAGI BAGUS)
  Tetapi, saya faham jika kita, seorang pelajar ada perasaan cinta kepada seseorang. Lagipun, itu adalah fitrah manusia yang tak boleh kita elakkan. Cuma, jangan layan sangat. Takkanlah bila nampak je terus jatuh cinta. Ada situasi 'couple' yang boleh dikatakan okay, dan tidak okay. Contohnya, kita ber'couple' tetapi tak layan sangat dan fokus pada pembelajaran. Lagi satu, ber'couple' dan tinggalkan pembelajaran terus. Dan paling okay,tak 'couple' langsung.

  Apapun, pilihan terletak di tangan anda. Fikir-fikirkanlah. 

ILLALIQAQ.

P/S: Dapat inspirasi bila dengar ceramah di sekolah haritu tentang Cinta vs Cita.
  

 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...