Jumaat, 31 Januari 2014

Khaulah Al- Azwar, Bidadari Di Medan Perang






 Assalamualaikum semua, harini saya tiba-tiba terdetik nak cerita pasal seorang srikandi Islam yang bernama Khaulah Al-Azwar. Saya ada terbaca tentang Khaulah di majalah Dara.com jadi nak kongsikanlah dengan kawan-kawan.

  Sebenarnya, semenjak dari kecil, Khaulah suka bermain pedang dan tombak (kalau budak2 zaman sekarang main pedang dan tombak, mau menjeritnya ibu bapa). Dia menjadikan abangnya, Dirar sebagai sumber inspirasi kerana keberaniannya melawan musuh di medan perang.

  Sewaktu meningkat dewasa, Khaulah diberi kebenaran untuk turut serta ke medan perang dan tujuannya hanya satu, iaitu menjadi seorang syahidah. Khaulah terus menunggang kuda dan menelusuri barisan musuh yang terlalu ramai. Bagai singa yang bersiap-sedia untuk menerkam mangsanya, dia menusuk musuh-musuh dengan pedangnya.

  Tentera Muslimin sedikit gentar kerana ramai yang telah syahid. Tetapi mereka terpegun dengan ketangkasan 'The Black Rider' yang menjadi tanda tanya. Melihat Khaulah yang tidak berganjak walau sedikit pun dari medan perang menjadi sumber inspirasi tentera muslimin yang lain.

  Ketika itu, barisan tentera Rom diketuai Panglima Khalid al-Walid. Beliau terpegun dengan ketangkasan penunggang kuda yang berselubung itu, lantas bertanya siapakah gerangannya.

  Demi menjaga kehormatan dan maruah diri, Khaulah berpaling dengan jawapan ringkas. Di sebalik hijab itu, tersembunyi sebuah kecantikan sehingga menjadi dambaan adik jeneral tentera Rom ketika itu.

  Ketika menjadi tawanan perang, Khaulah sentiasa memberikan semangat kepada Muslimah yang lain untuk terus berjuang sehinggalah mereka mendapat syahid. Disebabkan kata-kata berbisa itu, mereka berjaya meloloskan diri.

  Begitulah kisah seorang bidadari yang tetap menjaga kehormatan biarpun dalam keadaan berperang. Itulah Islam, menggilap sisi terbaik umatnya tanpa mengira jantina. Sesungguhnya, martabat seorang wanita itu amat tinggi. Oleh itu, gunakanlah anugerah Allah S.W.T dengan sebaik-baiknya kerana kecantikan tidak kekal lama. Dan janganlah hanya mengagungkan kecantikan sahaja tanpa memandang kebijaksanaan seseorang itu.

Illaliqaq...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...