Sabtu, 29 Mac 2014

Aku Dan Buah Markisar...



Assalamualaikum. Beberapa minggu yang lepas, saya ada balik ke rumah nenek di Rimba Terjun. Kebetulan nenek ajak saya dan mak untuk ke belakang rumah untuk amik buah-buahan dekat belakang rumah. 

Nenek pun bagilah beberapa biji buah markisar ni. Saya tak berapa biasa sangat dengan buah markisar ni. Saya pun tak tahu macam manalah rupanya buah markisar ni. Bila dah petik, barulah tahu macam mana rupa buah markisar ni. Kalau nak tahu, gambar kat atas tu lah buah markisar.

Menurut nenek, buah markisar ni sedap kalau dibuat air. Saya pernah rasa air buah markisar ni. Memang sedap. Lagipun buah ni sesuai dibuat air je.

Kalau tak silap, ada 2 pokok buah markisar dekat belakang rumah. Pokoknya tak tinggi sangat jadi senang nak amik. Lagipun dekat belakang rumah nenek memang ada macam2 pokok buah-buahan. Okeylah, Maasalamah.

Illaliqaq.

Khamis, 27 Mac 2014

Bila Sengaja Nak Menyibukkan Diri Sendiri...

Assalamualaikum semua. Beberapa hari lagi rasanya cuti sekolah nak habis. Dalam otak ni dah plan macam2 bila naik sekolah nanti. Nak siapkan PBS yang tertangguhlah, nak itulah, nak inilah. Macam2. Tapi saya sebenarnya tengah ambil peluang nak 'menyibukkan diri sendiri' bila naik sekolah nanti. Saya dah rancang nak sibukkan diri dengan aktiviti pembelajaran (sudah semestinya) dan aktiviti kokurikulum.

Untuk pengetahuan semua, tahun lepas saya dan rakan2 ada mewakili sekolah untuk pertandingan Bicara Berirama a.k.a Choral Speaking bahasa melayu. Tapi, sayang betul kecundang di tengah2 jalan. Itu yang tahun ni berhasrat nak sambung balik 'perjuangan' tahun lepas jika diizinkan. Kira macam nak balas dendamlah. Selain tu, saya ingat nak buat Nilam banyak2.

Tapi bila dah masuk macam2 pertandingan ni, rasa ketinggalan dalam pelajaran pun ada jugak. Tapi, dengan sokongan dan bantuan rakan2, semua tu dapat diatasi. Alhamdulillah. Lagipun saya banyak masuk pertandingan yang memerlukan saya untuk menghafal skrip, jadi secara tak langsung dapat meningkatkan fungsi mengingat otak. Makin senanglah nak mengingat fakta2 penting.

Ada juga kawan2 yang mengatakan bahawa saya ni macam 'beruntung' tak masuk kelas, tak belajar. Tapi mereka tak tahu pengorbanan kami untuk sekolah. Kami sanggup belajar sendiri di rumah semata-mata untuk harumkan nama sekolah.

Tapi bila kalah, kawan2 yang lain mulalah nak mengata. Kadang2 ada juga cikgu yang cakap, "tak masuk kelas, tapi kalah jugak". Tak apa, kami telan je sebab kami tahu yang cikgu nak membakar semangat kami untuk terus berusaha dan cuba lagi tahun depan.

Tapi paling tak boleh terima kalau kata2 ni keluar dari kalangan murid2. Mereka seolah-olah tak memahami dan ingat kami tak masuk kelas duduk2 goyang kaki sahaja. Padahal kami dah cuba yang terbaik dan semampu yang mungkin. Cuma rezeki tak ada dan dah ditakdirkan oleh Allah S.W.T kami tak menang. Kesimpulannya, janganlah berkata-kata kalau tak tahu apa2. Takut nanti boleh membawa kpd fitnah pula. Nauzubillah.

Illaliqaq.

Selasa, 25 Mac 2014

MH370: Daripadaku Untukmu...


Pada suatu pagi yang hening, 
Dikau tidak menyangka bahawa sebuah tragedi akan berlaku,
Apakan daya semua ini rahsia Allah S.W.T,
Sesungguhnya Dia sebaik-baik perancang.

Setelah kami mengetahui bahawa dikau hilang tanpa sebarang jejak,
Kami tertanya-tanya di manakah dikau pergi? 
Seorang ibu menangis,
Seorang isteri menunggu,
Seorang anak bersedih dan tertanya-tanya,
Di manakah anakku,
Dimanakah suamiku,
Dimanakah ayahku?

24 Mac,
Segala misteri kini hampir terungkai,
Dikau hilang di Lautan Hindi,
Sehingga kini, kami masih berkata,
Ya Allah, jika di langit turunkanlah,
Jika di laut timbulkanlah,
Jika di darat tunjukkanlah,
Doa Dhuha itulah yang kami ucapkan.

Ketahuilah,
Kami sentiasa bersamamu,
Ketahuilah,
Allah S.W.T sentiasa bersamamu,
Sesungguhnya Dia hanya menguji orang-orang yang disayanginya,
Dan ketahuilah bahawa Syurga sedang menantinya di sana.

AL-FATIHAH...

Illaliqaq.

Isnin, 24 Mac 2014

Matahari, Terbenammu Di Ufuk Barat





Cantikkan pemandangan matahari terbenam ni? Subhanallah


Taman permainan yang berdekatan dengan tepi laut Pontian


Hutan paya bakau yang sememangnya sinonim dengan Pontian

Assalamualaikum. Semalam disebabkan bosan tak tahu nak buat apa di rumah, saya dan mak berjalan-jalan di tepi laut Pontian. Bila sampai sana, memang ramai sangat orang. Ada yang membawa anak2 bermain di taman permainan yang terletak tak jauh dari tepi laut tu.

Bila dah ada kat tepi laut petang2 macam tu, rasa macam nak ambil gambar pemandangan jadi saya ambil sedikit untuk dikongsikan dengan kawan2. Pemandangan matahari terbenam sememangnya gambar pemandangan yang perlu a.k.a wajib diambil. Subhanallah, cantik sungguh pemandangan pada petang tu. Jarang2 dapat peluang nak ambil gambar pemandangan yang cantik macam tu.

Illaliqaq.


Ahad, 23 Mac 2014

Kerja Rumah Terancang '~'

Assalamualaikum semua. Cuti sekolah dah bermula sekarang ni. Ramai kawan2 yang dah pulang ke kampung halaman masing2. Ada jugak yang pergi bercuti. Tapi, kami semua tak terlepas dengan kerja2 rumah terancang yang kena download di blog sekolah.

Sekarang dah canggih. Dulu cikgu secara manual beri kerja rumah. Tapi sekarang tinggal download je dekat blog sekolah. Memang setiap kali cuti penggal atau cuti perayaan mesti ada Kerja Rumah Terancang a.k.a KRT. Bertimbun KRT nya.

Walaupun banyak sangat KRT tu, kena buat jugak. Kalau tak nanti kena marah pulak dengan cikgu bila naik sekolah nanti. Okaylah, Selamat Bercuti semua!

Illaliqaq.

Jumaat, 21 Mac 2014

Susahkah Hendak Mengucapkan 'Terima Kasih'?


'Terima Kasih'. Dua perkataan yang membawa makna jika diucapkan kepada seseorang. Mudahkan nak sebut dua perkataan ni? Budak2 tadika pun boleh sebut apatah lagi kita yang dah 'besar' ni. Tapi, masih ramai lagi yang susah nak sebut dua perkataan ni.

Melalui ucapan 'Terima Kasih' ni, ia akan membuatkan seseorang rasa lebih dihargai. Contohnya, bila orang tu dah penat2 tolong kita dengan hati yang ikhlas, kita boleh 'jalan' saja tanpa rasa bersalah. Orang tu tak minta sebarang balasan hanya sekadar meminta ucapan 'Terima Kasih' sahaja. 

Sama juga seperti ibu dan bapa kita. Mereka membesarkan kita dengan penuh kasih sayang sehingga kita berjaya dan tidak meminta walau satu apa pun balasan. Namun, apa salahnya kita hadiahkan mereka dengan ucapan 'Terima Kasih' untuk membuatkan diri mereka terasa lebih dihargai. 

Lagi satu, janganlah jadikan ucapan 'Terima Kasih' kepada guru tu satu 'trending' waktu hari guru ataupun lepas cikgu keluar dari kelas. Cubalah kita ucapkan 'Terima Kasih' tu selepas kita mendapat keputusan peperiksaan atau ujian bulanan yang baik bukan setakat lepas dapat keputusan PMR atau SPM yang cemerlang saja. Dengan cara ni, cikgu akan rasa lebih dihargai lepas dah penat mengajar kita.

Dengan hanya dua perkataan ni, boleh merubah dunia. Kenapa? Cuba bayangkan kalau kita selalu ucapkan 'Terima Kasih' kepada orang, orang akan rasa gembira dan orang yang membenci kita pun akan mula suka pada kita. Tak ke aman dunia kalau macam ni.

Apapun, rajinkanlah mulut ni mengucapkan 'Terima Kasih'. Tak rugi pun, lagi2 kalau ditambah dengan senyuman. Dah dapat pahala sebab senyum tu satu sedekah. 

Terima Kasih kepada semua yang telah menyokong saya dan sudi membaca apa yang saya tulis di blog...

Illaliqaq.

Khamis, 20 Mac 2014

Bila Rumah Dah Jadi Macam Kedai Dobi...

Assalamualaikum semua. Dua tiga hari yang lepas ni, dekat Pontian selalu hujan dengan lebatnya. Alhamdulillah. Nasib baik hujan kalau tak, kena catu air pulak. Bila dah masuk musim hujan, datang jugalah satu musim dimana rumah dah jadi macam kedai dobi.

Bertimbun baju tak kering. Sampai terpaksa sidai dalam rumah. Kerja saya pulak sebelum ke sekolah adalah keluarkan baju dan kalau nampak langit dah nak gelap sikit, masukkan baju ke tempat yang tak kena tempias hujan. Walaupun rumah dah macam kedai dobi yang selalu dikunjungi ramai orang, tapi saya tetap bersyukur kepada Allah kerana menurunkan hujan rahmat ini.

Semoga tempat2 lain yang masih dalam keadaan kering dan panas tu akan cepat2 diturunkan hujan dan tak dicatu air lagi. In Sha Allah.

Illaliqaq.

Isnin, 17 Mac 2014

Choral Speaking: 2nd Runner Up Pun Jadilah...

Assalamualaikum semua. Hari ni rasa gembira sangat. Kenapa? Ha, dah baca tajuk kat atas tu kan. Itulah sebabnya. Dan nak kongsikan sedikit gambar2 choral speaking ni.
Siapa sangka, kami menang lagi tempat ketiga untuk dua tahun berturut-turut untuk peringkat daerah.
Walaupun waktu buat persembahan tu ada yang suaranya macam tak keluar disebabkan sakit tekak, tapi mereka paksa juga suara untuk keluar.
Nak ucapkan tahniah juga pada budak2 Kukup yang telah menjadi juara serta budak2 Telok Kerang yang menjadi naib juara. Kepada yang tak menang, tak apa tahun depan cuba lagi.

Nak kongsikan sikit gambar2 budak2 choral speaking sewaktu sedang menunggu keputusan diumumkan.


Kat sinilah kami bertanding, Maahad Pontian.


My Favorite Pic! Inilah sebahagian dari budak2 choral speaking.


Tuan punya blog pun kena masuk juga.



Kakak2 choral speaking.


Yang comel dan yang cantik pun ada.


Piala tempat ketiga.

Akhir kata,nak ucapkan terima kasih kepada Teacher Rosita & Teacher Sherill yang selama ni penat mengajar kami choral speaking. Terima Kasih juga untuk kawan2 choral speaking, ibu dan ayah serta guru2 yang mendoakan kami.

Illaliqaq.

Sabtu, 15 Mac 2014

Cerita Mesyuarat PIBG...

Assalamualaikum semua. Harap2 kawan2 semua sihat wal afiat memandangkan cuaca yang panas dan kering sekarang ni, ditambah pula keadaan berjerebu. Tapi, alhamdulillah. Kat Pontian ni tak berjerebu dan tak dicatu air.

Pagi tadi, saya dengan mak pergi ke mesyuarat PIBG di sekolah. Saya terpaksa ikut sekali sebab nak tolong mak mengangkat timbunan suratkhabar untuk diberikan kepada pihak sekolah sempena kempen kitar semula. Daripada suratkhabar bertimbun di rumah, lebih baik didermakan untuk progam kitar semula.

Pada mulanya, saya dengan mak pergi lambat ke sekolah. Saya tanya, tak mengapa ke pergi lambat sebab mesyuarat mula pukul 8:30. Kami keluar pulak ngam2 pukul 8:30. Mak saya kata tak mengapa sebab selalunya mesyuarat akan mula lambat. Nasib baik bila sampai mesyuarat belum mula lagi.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada YDP PIBG dengan Tuan Pengetua serta orang kenamaan. Bayangkan, ucapan alu-aluan dengan upacara perasmian mengambil masa hampir 2 jam! Sewaktu majlis berhenti untuk berehat, saya dengan mak ambil peluang untuk 'cabut' dari majlis.

Manakan tidak, upacara perasmian 2 jam. Penat asyik duduk je. Mesyuaratnya tak mula2 lagi. Lagipun, kami hendak menuju ke destinasi lain pula selepas itu. Bila dah jadi macam ni, angkat kaki je la. Ingatkan kami je yang nak lari, rupanya ramai lagi ibu bapa yang dah tak boleh nak sabar.

Harap2, tahun depan tak jadi lagi macam ni.

Illaliqaq.

Selasa, 11 Mac 2014

Kesibukan Choral Speaking

Assalamualaikum semua. Semalam, lepas solat Isyak terus masuk tidur sbb dah hampir lebih 2 jam berdiri. Memang sakitlah tumit kaki ni. Nak buat macam mana kan? Kenalah buat jugak sampai tak masuk2 kelas. 

Tapi sebenarnya, best jugak sbb diorang pun macam gila2 jugak. Lagi2 kakak2 form 3. Macam2 idea diorang yang keluar. Memang bestlah idea diorang.

Apapun, doakan team choral speaking sekolah saya berjaya pada 17 Mac nanti. 

Illaliqaq. 

Sabtu, 8 Mac 2014

Selamat Hari Wanita Sedunia!

 



Assalamualaikum semua. Pada hari ini, 8 Mac, adalah merupakan sambutan Hari Wanita Sedunia. Menurut apa yang saya baca di internet, Hari Wanita pertama kali disambut di Amerika Syarikat pada 28 Februari 1909. Semenjak dari itu, negara lain turut mengadakan sambutan Hari Wanita.

Hari Wanita adalah hari untuk kita menghargai jasa, pengorbanan serta pencapaian wanita di seluruh dunia. Suatu ketika dahulu, kejadian diskriminasi terhadap wanita selalu berlaku di tempat kerja ataupun di mana2 sahaja. Namun kini, kejadian seperti itu tidak berlaku lagi dan wanita dan lelaki dianggap sama rata.

Walaupun wanita dianggap lemah, tetapi sebenarnya wanita lebih kuat di dalamnya.Walaupun disakiti berulang kali, namun di wajahnya tetap terukir sebuah senyuman semanis madu.

Akhir kalam, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua wanita di seluruh dunia.

Illaliqaq.

Khamis, 6 Mac 2014

Apabila Seorang Lagi Guruku Pergi...

 


  Assalamualaikum semua. Hari ni di sekolah telah berlangsung satu majlis perpisahan untuk seorang cikgu sesi petang iaitu Cikgu Azman. Cikgu Azman mengajar subjek Bahasa Melayu di sekolah.

  Tahun ni, dah dua orang cikgu sesi petang yang berpindah. Ingat tak entry saya pasal seorang lagi cikgu saya yang berpindah pada bulan lepas? Erm, tak tahulah korang ingat atau tak.

  Kalau sebelum ni, Cikgu Norisme berpindah ke JB / Pasir Gudang. Cikgu Azman pula ke Cameron Highlands. Siap lagi dia berpesan, kalau nak ke sana atau perlukan apa2 di sana boleh contact dia.

  Tapi, walau apa pun, terima kasih cikgu kerana telah mendidik kami semua. Jasa cikgu akan kami kenang sampai bila2.

Illaliqaq.

Selasa, 4 Mac 2014

OSCARS 2014: Siapa Yang Meletop?

 Assalamualaikum semua. Sekarang ni, masih lagi hangat tentang anugerah Oscars 2014 yang baru berlangsung baru2 ni. Majlis bukan saja mengiktiraf siapa yang paling hebat berlakon dan mengarah, tetapi ia juga mengiktiraf siapa yng paling 'fashionista'. 

P/S: Ini merupakan pandangan peribadi sya sahaja...

ANNE HATHAWAY


Anne Hathaway tampil bergaya dengan gaun labuh yang memukau ni. Anne memilih untuk memakai warna hitam yng sememangnya merupakan warna yang selamat. Gaun Gucci ni tak dibiarkan kosong apabila terdapat batu-batuan yang indah @ gem yng diletakkan di bahagian hadapan gaun. 

LUPITA NYONG'O

BEST DRESSED! Itulah yang dapat diungkapkan oleh saya apabila melihat gaun labuh berwarna biru ini. Sememangnya gaun ini sangat kena dngn Lupita yng mempunyai tona kulit yng gelap. Pemenang anugerah 'Best Supporting Actress' untuk filem 12 Years a Slave ini turut menggayakan headband bewarna keemasan. Jika ditambah dengan tiara, pasti penampilannya tidak ubah seperti Cinderella!

CATE BLANCHETT

Ini juga merupakan salh satu gaun kegemaran saya. Pada saya, gaun ni memang sangat sesuai dengan Cate. Tidak perlu aksesori yang berlebihan. Cate sudah cukup anggun dalam persalinan ini.

JENNIFER LAWRENCE

Walaupun Jennifer terjatuh sewaktu hendak melangkah ke red carpet, namun dia tetap kelihatan anggun dengan gaun berwarna jingga ini. Walaupun simple, tetapi amat kena dengan Jennifer.

SANDRA BULLOCK

Gaun si cantik manis Sandra Bullock ni amat menarik perhatian saya. Saya sukakan 'twist' pada gaunnya. Sememangnya, penampilan pelakon Gravity ini amat memukau. Ditambah pula dengan warna Navy Blue yang kena dengan Sandra, mencantikan lagi penampilannya.



Ahad, 2 Mac 2014

5 Rekaan Beg Tangan Paling Unik

          
Assalamualaikum semua. Hari ni untuk top 5, saya nak tunjuk 5 rekaan beg tangan yang pada saya memang unik. Mcm2 idea diorang ni...    

Kalau ada apa2 kekurangan pda list ni, harap maaf ya...        
5. 

4.

3.

2.

1.





20 Tip Langsing

1. Buat Satu Diari Makanan
Rekodkan dalam sehari berapa banyak anda makan dan berapa tahap kelaparan yang memerlukan anda makan. Catatkan juga perasaan anda ketika makan.


2. Kurangkan Pengambilan Gula
Yang ni mesti dah biasa dengar. Tapi, ramai juga yang tetap nak ambil. Sebenarnya,
minuman bergas mempunyai sekurangnya 7-8 sudu gula.

3. Amalkan Aktiviti Fizikal
Cth: Berenang, berjogging, regangan dll

4. Lebihkan Pengambilan Buah dan Sayuran
Buah-buahan boleh dijadikan snek ketika perut tengah berkeroncong.

5. Kurangkan Lemak Dan Kolestrol
Cth: Mentega, makanan bergoreng dll

6. Pilih Piring Rata
Pilih piring rata daripada piring yang cembung. Ambil sayuran dahulu sehingga memenuhi pinggan kemudian baru ambil nasi dan lauk pauk yang lain.

7. Amalkan 25 Langkah Selepas Makan
Lakukan dengan penuh relaks dan santai.

8. Amalkan Senaman Kempiskan Perut
Cth: burpee, pumping dll

9. Makan Secara Perlahan
Nikmati makanan anda dengan perlahan dan tidak gelojoh. Apabila mekan secara perlahan, tubuh menghantar isyarat menunjukan kepuasan dan tidak perlu makan dngn banyak.

10. Fokus Untuk Sihat Bukan Kurus
Anda kena ingat bahawa anda berdiet bukan untuk kurus semata-mata tetapi untuk memastikan anda kekal sihat. Jadi, ubahlah pemikiran anda sekarang. Setkan matlamat berdiet untuk kekal sihat.

11. Elak Berbelanja Ketika Perut Kosong
Rancang perbelanjaan anda terlebih dahulu. Jika ingin ke restoran kegemaran, makan sedikit buah dahulu untuk mengelakkan anda makan dngn bnyk.
\
12. Kurangkan Garam Dalam Makanan

13. Minum Jus Limau Nipis
Minuman masam dapat menggalakkan pembakaran lemak dlm tubuh. Amalkanlah meminum jus limau nipis atau jus oren selain dari air kosong.

14. Jangan Selalu Timbang Berat
Jangan menimbang berat setiap hari kerana hasilnya belum nampak lagi dan akan menyebabkan anda berpustus asa untuk berdiet. Namun, jika anda minum air dalam kuantiti yng bnyk dan terus menimbang berat, anda juga akan turut berputus asa.

15. Ambil Sesuatu Yang Pahit Sebelum Makan
Dapat memberikan isyarat kpd otak untuk merembeskan enzim dan asid hidroklorik. Kekurangan enzim dan asid hidroklorik boleh menjejaskan sistem penghadaman.

16. Ambil Makanan Berempah
Cth: Cili dan biji sawi

17. Cara Memasak Yang Betul
Cth: Merebus atau memanggang. 
Untuk sayuran anda boleh menumis dengan sesudu minyak masak.

18. Ambil Banyak Bijirin Dan Kekacang

19. Kawal Selera Makan
Berus gigi atau kunyah gula2 getah jika terasa ingin makan snek atau makanan ringan. Rasa pudina dlm ubat gigi boleh membuatkan mulut berangin dan terbantut selera makan.

20. Elakkan Berlapar
Ambil makanan dalam masa 4 jam sekali. Jika anda berlapar anda akan mengambil lebih banyak makanan dari biasa.

Sumber: Majalah Rapi (1 Feb 2014)





Sabtu, 1 Mac 2014

Alhamdulillah, Hujan Jua Akhirnya...

  Assalamualaikum semua. Pada petang Jumaat semalam saya rasa bersyukur sangat sebab akhirnya hujan dah turun selepas hampir sebulan juga hujan tak turun.

  Hujan yang turun tu bagaikan satu rahmat daripada Allah S.W.T untuk orang2 Pontian ni. Bila dah lama tak hujan, mulalah musim kemarau. Habis kering pokok2 bunga semua. Tapi bila dah hujan ni, tanaman dan pokok bunga semua jadi segar balik.

  Apapun saya harap keadaan kemarau dan cuaca panas ni tak akan berpanjangan. Inilah yang dinamakan dugaan buat kita semua.

  Ingat lagi tak bila kita merungut hujan turun tak berhenti-henti sampaikan banjir pada musim tengkujuh yang lepas? Dan ingat tak bila kita merungut cuaca panas dan kering sangat baru2 ni?

  Kita ni pelik betul. Bila dah hujan lebat, dah sejuk nak panas sangat pulak. Tapi, bila dah dibagi panas nak sejuk pulak. Ini lah yng dinamakan manusia. Tak pernah nak berpuas hati dengan apa yng diberi...

Illaliqaq.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...