Ahad, 29 Jun 2014

Bukan Sekadar Puasa



Assalamualaikum. Alhamdulillah, hari ni kita bertemu lagi dengan bulan Ramadhan yang mulia ni. Semoga semuanya selamat menjalani ibadah puasa selama sebulan ni.

Semua orang tahu bulan Ramadhan ni tahan lapar dengan dahaga je tapi tak tahu yang Ramadhan ni kena diisikan dengan aktiviti2 kerohanian dan spiritual. Itulah erti sebenar Ramadhan. Bulan ni je lah kita nak kumpul pahala banyak2. Bulan ni je lah pahalanya berlipat kali ganda. Tak akan lah tak nak?

Kita tak tahu sama ada sempat ataupun tak kita menyambut Ramadhan yang akan datang pada tahun depan. Anggaplah Ramadhan kali ini Ramadhan yang terakhir buat kita semua. Kita tak tahu bila Allah nak ambil nyawa kita.

Bukannya susah nak membuat amal ibadah dan mengumpulkan pahala ni. Kalau makan kurma sebiji waktu sahur dan berbuka pun dapat pahala apatah lagi ibadah yang lain. Tapi, yang paling penting jaga perkara2 ni mata, hati, telinga dan mulut.

Illaliqaq.

P/S: Hari ni dapat banyak durian daripada seorang saudara. Alhamdulillah rezeki Ramadhan.

Jumaat, 27 Jun 2014

Ramadhan: Apa Persiapan Kita Semua?


Assalamualaikum semua. Semoga semuanya dalam perlindungan dan rahmat Allah S.W.T hendaknya.

Ramadhan semakin menghampiri. Tadi ada tengok pengisytiharan tarikh berpuasa di tv. Makin semangatlah nak puasa nampaknya. Dekat tv pun ada macam2 program untuk Ramadhan ni daripada program keagamaan sehinggalah kepada drama2 bersiri.

Macam mana, persiapan untuk Ramadhan semuanya dah siap? Mungkin tak ramai yang mengambil berat persiapan untuk bulan Ramadhan ni. Kita hanya ambil berat persiapan untuk Syawal nanti. Kuih-muih dah buat ke belum, langsir dah jahit ke belum dan macam2 lagi.

Kita kena ingat yang bulan Ramadhan ni bulan yang paling baik dalam 12 bulan. Kita tak tahu adakah kita dapat berjumpa dengan Ramadhan lagi ataupun tak pada tahun depan. Bulan Ramadhan je lah bulan kita nak fokus pada amal ibadah dan mengumpul pahala untuk dibawa ke akhirat kelak.

Antara persiapan yang boleh dibuat adalah memohon maaf sesama kita (jangan ingat raya je kena mintak maaf ya..), menjaga silaturrahim sesama kita dan macam2 lagi persiapan fizikal dan spiritual yang boleh dilakukan.

Akhir kata, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan semoga segala ibadah yang dilakukan oleh kita akan diterima oleh Allah S.W.T. In Sha Allah.

Dan ingat...

Illaliqaq.


Khamis, 26 Jun 2014

Kejohanan Sukan Sekolah Kali Ke-50 @ Jubli Emas

Assalamualaikum. Rasanya macam dah lama tak berblogging. Maklumlah penat dengan latihan perbarisan baru2 ni. Alhamdulillah semuanya dah berjalan dengan lancar. Kejohanan sukan pun dah habis semalam (25 Jun 2014). Saya nak kongsikanlah sedikit tentang kejohanan sukan sekolah saya yang dah masuk kali ke-50 ni. Dah Jubli Emas lah katakan.


Khemah rumah sukan Temenggung, Panglima, Laksamana dan Bendahara


Duduk2 di astaka sambil tengok acara larian 100 meter, 200 meter dan 200 meter x 4

Acara tarik tali. Rumah Merah (Panglima)


Acara tarik tali. Rumah Hijau (Laksamana)


Acara tarik tali. Rumah Biru (Temenggung @ Rumah sukan saya). Sorrylah gambar Rumah Kuning @ Bendahara tak ada pulak.

Alhamdulillah. Saya dan rakan2 yang mewakili rumah sukan kami iatu Temenggung telah berjaya menjuarai acara perbarisan selama 3 tahun berturut-turut dengan temanya Captain America dan hiasan rumah sukan selama 2 tahun berturut-turut (kalau tak silap). Cuma, johan keseluruhan belum diumumkan lagi dan In Sha Allah diumumkan pada hari Isnin. 

Apa pun saya harap rumah Temenggung dapat jadi juara lepas jadi naib juara je tahun lepas. Sebelum saya terlupa, Pra Kejohanan pulak telah diadakan beberapa hari sebelumnya yang tarikhnya saya kurang pasti. 

Tapi, saya bersyukur sangat sebab dapat sumbang mata untuk rumah sukan dengan acara perbarisan ni. Siapa sangka penyertaan saat2 akhir ni menjadi jugak. Teringat pulak bila jadi juara tahun lepas di mana saya pun turut menyertai perbarisan. Tak apa In Sha Allah tahun depan masuk lagi.

Pada yang kalah jangan putus asa ya...

Illaliqaq.

Sabtu, 21 Jun 2014

Bila Keburukan Sahaja Yang Dipandang...


Assalamualaikum. Semoga semuanya dalam lindungan dan rahmat Allah S.W.T.

Setiap manusia pasti ada kebaikan dan keburukan masing2. Maklumlah, manusia bukannya makhluk yang sempurna pasti ada cacat celanya. Kadang2, kita sebagai manusia lebih banyak 'mengambil berat' akan keburukan orang lain dan kebaikannya dibiarkan begitu sahaja tenggelam di dalam keburukan.

Kadang2, kita tersilap menilai orang lain. Setiap perbuatannya yang buruk sahaja yang menjadi perhatian. Mungkin adakalanya kita terlupa yang kita sendiri ada keburukan dalam diri kita. Kita fikir kitalah 'Miss Perfect' tak ada yang salah pada diri kita.

Astargfirullahalazim. Mengapa mesti jadi begitu? Lebih teruk lagi kita menghebahkan pula keburukan orang lain tanpa memikirkan apakah perasaan orang itu apabila diperlakukan sebegitu rupa. Ingatlah, orang lain ada juga perasaan seperti kita.

Bila keburukan sahaja yang dipandang, semua yang dilakukan oleh orang itu semuanya tak kena pada mata kita. Inilah dia makhluk yang digelar manusia. Tidak tahu menilai seseorang melalui mata hati mereka.

Illaliqaq.

DIY: Jangan Biarkan Barang2 Anda Berselerak! (Murah+Senang)

Assalamualaikum. Hari ni saya nak kongsikan 2 projek DIY khusus untuk para pelajar di luar sana yang tak tahu macam mana nak menguruskan alat2 tulis anda yang berselerak tu. So, let get started!

1. 

Bahan-bahan: 
Kotak kasut atau penutup kotak kasut
Pembungkus makanan yg diperbuat drpd kotak atau kotak2 kecil yang terpakai
Hot glue/ Super glue/ Double sided tape
Pisau kecil atau gunting
Kertas pembalut hadiah


Cara-cara:
1. Potong kotak2 kecil atau kotak makanan pada satu bahagian seperti dalam gambar yang pertama di atas.
2. Kemudian, balutkan dengan kertas pembalut hadiah sama jugak dengan kotak kasut atau penutup kotak kasut tu.
3. Lekatkan pada kotak kasut atau penutup kotak kasut.

2. 

Bahan-bahan: 
Tin terpakai atau toilet paper roll
Hot glue/ Super glue/ Double sided tape
Kertas pembalut hadiah

Cara-cara:
1. Balutkan tin terpakai atau toilet paper roll dengan kertas pembalut hadiah.
2. Susun seperti dalam gambar atau mengikut kreativiti anda sendiri.
3. Gamkan tin terpakai atau toilet paper roll tadi. Untuk ni saya galakkan guna hot glue atau super glue seperti gam gajah.

Senangkan. Lepas ni lebih senanglah nak cari alat2 tulis. Ada juga beberapa inspirasi yang lain berdasarkan idea2 di atas.

 




SELAMAT MENCUBA!
ILLALIQAQ!





  

Jumaat, 20 Jun 2014

Janji Niatnya Kerana Allah...

Assalamualaikum. Harap2 semuanya sihat2 selalu.

Semua orang ada Facebook, Twitter, Instagram dan macam2 lagi betul tak? Ada yang menggunakannya dengan cara yang tak baik ada juga yang menggunakannya sebagai salah satu medium untuk berdakwah. Kenapa ya mereka memilih untuk berdakwah melalui laman2 sosial sebegini? Mungkin lebih senang untuk mendekati golongan muda yang 24 jam menggunakan laman sosial.

Tapi, tak semua orang yang benar2 ikhlas nak berdakwah di laman sosial. Ada yang sekadar mengejar 'like', 'share' ataupun populariti. Sampaikan ada yang main copy and paste je hadis2 ataupun ayat2 Al-Quran yang entah betul ataupun tidak. Inilah dia golongan yang suka main 'terjah' sahaja dalam bab2 agama ini.

Setidaknya, mereka pastikan dahulu samada itu hadis yang sahih ataupun palsu begitu juga ayat2 Al-Quran. Bayangkanlah apa akan jadi jika 10 orang mempercayai tulisan anda, bukankah anda akan menanggung dosa yang besar? Jika baru 10 orang dah dapat dosa yang besar apa akan jadi kalau 100 atau 1000 orang mempercayainya?

Kalau betul anda nak menyampaikan sesuatu berkaitan dengan agama, cek dahulu kesahihannya dengan orang2 yang arif dalam bab2 agama seperti ustaz ataupun ustazah ataupun rujuk dalam kitab2 agama. Jangan sampai kerana tulisan anda di laman sosial, iman orang lain tergugat.

Paling penting, niatkan kerana Allah S.W.T In Sha Allah segalanya akan dipermudahkan.

Illaliqaq.  

Khamis, 19 Jun 2014

Kenapa "SabrinaLady"?

Assalamualaikum semua. Dah beberapa hari saya tak menulis sebarang entry. Kesibukkan menjadi penghalang utama. Saya rasa mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa saya memilih untuk menamakan link blog saya ni sabrinalady.blogspot.com.

Sebenarnya ada cerita di sebaliknya. Tapi tak berapa panjang lah pendek je. Sebenarnya apabila saya mula buat blog ni, saya ada terfikir yang saya nak pastikan penulisan dalam blog saya ni nampak matang dan tak kebudak-budakan.

Kemudian, saya mendapat idea untuk menamakan link blog ni Sabrina Lady. Lagipun, ia membawa maksud yang sangat tepat dengan sikap saya yang berfikiran matang dan kadang2 rasional ni. Perkataan 'Lady' itu sendiri membawa maksud perempuan yang sudah matang. Disebabkan itulah, perkataan Lady menjadi pilihan : )

P/S: Saya tahu mungkin kadang2 ada ketikanya penulisan saya nampak tak berapa matang tapi apakan daya saya insan biasa.

Illaliqaq.

Sabtu, 14 Jun 2014

Piala Dunia Dah Kembali!

Assalamualaikum semua. Mesti ada yang dah bersengkang mata tak tidur tengok Brazil vs Croatia kan? Walaupun kaum hawa tak berapa tengok bola sangat, tapi ada jugak yang tengok bola. Macam saya, saya menyokong Piala Dunia ni. Tapi tak lah sampai tak tidur layan bola. 

Macam biasa, pasukan pilihan saya adalah England. Ramai yang meramalkan Sepanyol ataupun Brazil yang akan menjuarai Piala Dunia musim ni. Tak kisahlah siapa yang menang saya tetap dengan England. Walaupun Malaysia tak masuk Piala Dunia, namun ramai rakyat Malaysia menyokong Piala Dunia dengan team favorite masing2.

Paling penting, jangan sampai terlajak tidur tak bangun Subuh, tak pergi sekolah atau tak pergi kerja pulak ya...


Kumpulan2 untuk Piala Dunia 2014


Maskot2 Piala Dunia 1966-2014


Barisan 23 orang pemain untuk pasukan England

Apa pasukan pilihan anda? 

Illaliqaq.




Selasa, 10 Jun 2014

Kenapa Nak Menjadi Seorang PEMBULI?

 

Assalamualaikum. Pagi tadi ada tengok rancangan Bella di NTV7. Mereka ada bincangkan tentang isu buli di kalangan pelajar sekolah. Kemudian ada dipaparkan pula video tentang beberapa orang pelajar perempuan membuli secara fizikal seorang pelajar perempuan. Tak dapat saya bayangkan bagaimana mereka masih boleh lagi tersenyum bangga melihat pelajar itu dibuli.

Sebagai seorang pelajar, saya rasa simpati dengan pelajar tu. Kadang2, saya rasa tak faham dengan pelajar2 yang membuli ni. Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa yang ada di dalam fikiran mereka sampai mereka ni boleh jadi begini. Menurut ahli panel tadi, pelajar membuli disebabkan oleh beberapa sebab:

1. PERNAH DIBULI

Kebiasaanya pembuli ni pernah dibuli sebelum ni. Disebabkan ini, mereka berasa takut dan merasakan mereka perlu melindungi diri mereka sendiri. Jadi, apabila mereka tidak dibuli lagi mereka merasa trauma dan bertindak membuli orang lain kerana tidak mahu orang lain melakukan perbuatan yg sama terhadap mereka dngn alasan melindungi diri sendiri.  

2. MASALAH KELUARGA

Jika seseorang kanak2 dibesarkan dalam keadaan keluarga yang porak peranda, secara tak langsung ia akan memberi kesan kepada perwatakan kanak2 itu sendiri. Contohnya seperti penekanan terhadap disiplin yg melampau atau tidak konsisten. 

3. PENGARUH RAKAN SEBAYA

Ini merupakan faktor yg paling dekat dngn isu buli. Disebabkan mempunyai rasa ingin diterima di dalam sesebuah kumpulan, mereka sanggup mengikut segala aktiviti yg dilakukan kumpulan itu. Selain itu, mereka juga terpengaruh dngn gejala negatif ini drpd rakan2 mereka sendiri disebabkan tersalah memilih kawan. 

4. MAHU MELINDUNGI DIRI SENDIRI

Adakalanya, mereka mahu melindungi diri sendiri mungkin selepas melihat orang lain dibuli. Mereka tidak berniat hendak membuli tetapi mereka tidak tahu cara yg sebenarnya untuk melindungi diri sendiri. 

Banyak lagi sebab yg mendorong mereka untuk membuli namun saya hanya senaraikan faktor2 utamanya sahaja. Jadi, kepada kawan2 sekalian, janganlah anda bertindak membuli mereka yg lemah. Jangan jadikan buli sebagai alasan untuk berseronok. Ingatlah nasib mereka yg dibuli oleh kita. Mereka juga manusia biasa yg ada hati dan perasaan.

Illaliqaq. 






Isnin, 9 Jun 2014

Bila Mak Buat Aiskrim

Assalamualaikum. Baru2 ni, mak saya ada buat aiskrim berperisa oreo untuk kami semua anak-anaknya. Mesti ada yang pelik bila saya kata mak saya buat aiskrim kan? Sebenarnya, mak saya baru belajar buat aiskrim ni daripada makcik saya. Mula2 buat aiskrim perisa keladi lepas tu perisa oreo. Disebabkan kami adik beradik suka makan perisa oreo, jadi mak pun buatlah lagi aiskrim ni.


Sedapkan....

Illaliqaq.



Deko Baru Untuk Semangat Baru

Assalamualaikum. Saya nak kongsikanlah sedikit hasil DIY saya yg saya buat tempoh hari. Saya ada kongsikan tentang DIY ni pada entry yg lepas. Nak tahu macam mana nak buat? klik sini


Hah, inilah hasilnya. Senang je guna tali, salotape dengan ubat stapler sikit


Kenangan yang tak mungkin akan dilupakan...

Lepas ni tak payah keluarkan duit beli frame gambar. Amik tali, gambar dengan salotape lepas tu buatlah sesuka hati kita. 

Illaliqaq.

Selasa, 3 Jun 2014

Decorate Your Bedroom! DIY {Murah dan Cantik)

Assalamualaikum. Saya ingat nak kongsikanlah 2 tip untuk menghias bilik tidur. Apa yang penting, ianya cantik dan murah.

1.


Hah, cantik kan? Kalau nak buat hiasan macam ni cuma perlukan Candy Jar atau Jar Plastik atau Botol Kuih Raya atau mana2 botol yang kosong macam ni...

 

Lepas tu, hiaskanlah penutup botol atau jar tu dengan reben atau glitter atau apa2 sahaja. Kemudian, sumbatkan dalam botol tu lampu yang berjuntai-juntai macam ni...

Lampu ni boleh didapati dekat kedai-kedai kraftangan atau di pasaraya 


2.

Rasanya projek ni lah yang paling senang nak buat. Cuma perlukan gambar dan double sided tape
Anda boleh pilih nak gambar apa dan mengikut kreativiti anda sendiri, susunlah gambar2 tu sehingga jadi bentuk yang anda nak kemudian lekat dekat dinding. Senangkan?

Bukan setakat boleh buat bentuk hati, macam2 pun boleh buat cuma perlukan sedikit idea dan kreativiti macam ni...


Yang ini, cuma perlukan tempat penyangkut kunci, tali dan plastisin atau double sided tape


Yang ini pula cuma kena ada tali, penyepit baju dan double sided tape.
Cuma, pastikan ada sesuatu yang boleh digunakan untuk menyokong tali tu contohnya macam dalam gambar kat atas.


Kalau yang ini, kena dapatkan sticker wall. Frame gambar tu terpulang pada citarasa masing2. Kalau saya, saya lebih suka tak ada frame gambar tu.

Lagi satu, kalau tak ada banyak gambar, print je gambar yang dah dimuat naik di Facebook atau Instagram. Senang kan?

Jadi, macam mana? Dah dapat sedikit inspirasi untuk hias bilik tidur kawan2? Kawan2 sebenarnya boleh ubah sedikit idea dekorasi tadi mengikut kreativiti masing2. Dan In Sha Allah, saya akan update lagi tentang idea2 dekorasi yang murah dan cantik yang saya boleh dapat. Selamat Mencuba! 

Sumber: YouTube dan Google Images

Illaliqaq.





  






Isnin, 2 Jun 2014

Delicious Apple + Papaya Juice! Yummy!

Assalamualaikum. Saya nak kongsikan satu resipi yang cukup mudah dan mengeyangkan. Sesuai untuk orang yang tengah berdiet atau yang tak ada masa nak menyediakan sarapan pagi.


Bahan-bahan: 

Sepotong betik
Sebiji epal
Beberapa ketul ais (kalau kehabisan ais, boleh digantikan dengan air sejuk)
Air masak
Sesudu gula

Cara-cara:
1. Potongkan epal dan betik kepada ketulan yang kecil
2. Masukkan ketulan epal dan betik ke dalam pengisar
3. Masukkan sekali ais dan sedikit air (kalau anda menggunakan air sejuk, tak payah masukkan air masak) dan masukkan sesudu gula.
4. Kisar sehingga jadi jus dan hidangkan

Senang je kan. 3 minit je dah siap. Cepat, pantas dan mudah. Jus ni boleh memastikan kita kenyang sampai ke waktu makan tengah hari. Lagipun, epal dan betik banyak khasiatnya. Bak kata pepatah Inggeris, an apple a day keep you away from doctor. So, selamat mencuba!

Illaliqaq.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...