Jumaat, 27 Jun 2014

Ramadhan: Apa Persiapan Kita Semua?


Assalamualaikum semua. Semoga semuanya dalam perlindungan dan rahmat Allah S.W.T hendaknya.

Ramadhan semakin menghampiri. Tadi ada tengok pengisytiharan tarikh berpuasa di tv. Makin semangatlah nak puasa nampaknya. Dekat tv pun ada macam2 program untuk Ramadhan ni daripada program keagamaan sehinggalah kepada drama2 bersiri.

Macam mana, persiapan untuk Ramadhan semuanya dah siap? Mungkin tak ramai yang mengambil berat persiapan untuk bulan Ramadhan ni. Kita hanya ambil berat persiapan untuk Syawal nanti. Kuih-muih dah buat ke belum, langsir dah jahit ke belum dan macam2 lagi.

Kita kena ingat yang bulan Ramadhan ni bulan yang paling baik dalam 12 bulan. Kita tak tahu adakah kita dapat berjumpa dengan Ramadhan lagi ataupun tak pada tahun depan. Bulan Ramadhan je lah bulan kita nak fokus pada amal ibadah dan mengumpul pahala untuk dibawa ke akhirat kelak.

Antara persiapan yang boleh dibuat adalah memohon maaf sesama kita (jangan ingat raya je kena mintak maaf ya..), menjaga silaturrahim sesama kita dan macam2 lagi persiapan fizikal dan spiritual yang boleh dilakukan.

Akhir kata, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan semoga segala ibadah yang dilakukan oleh kita akan diterima oleh Allah S.W.T. In Sha Allah.

Dan ingat...

Illaliqaq.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...