Khamis, 27 Ogos 2015

Bandingkan Diri Dengan Yang Lebih Baik...

Assalamualaikum.

Dah lama tak tulis dekat blog ni. Tak tahulah kalau ada yang merindui tulisan saya atau tidak. Tak kisahlah rindu ke tak janji saya kembali menghidupkan semula blog ni. Sebulan lebih saya tak tulis apa2. Maklumlah, cuti panjang hari raya. Hehehe..

So, pernah tak korang dengar orang yang suka bandingkan diri sendiri dengan orang yang lebih buruk daripadanya? Contohnya macam ni..

"Ala, Ali tu lagi teruk keputusan periksa dia daripada aku..."
                                      atau
"Si Minah tu lagi buruk perangainya daripada aku..."

Mesti dah biasakan. Tapi, tak eloklah dibiasakan membandingkan diri dengan orang yang sememangnya lebih buruk daripada kita. Cuba fikir, kita ni sebenarnya nak jadi LEBIH BAIK atau LEBIH BURUK?

Seeloknya, bandingkanlah diri dengan orang yang lebih baik daripada kita. Sekurang-kurangnya kita dapat menyedari kekurangan yang ada pada diri sendiri dan bukannya cuba untuk menfikannya ataupun saja nak 'menyedapkan hati' sendiri.

Ingat, jangan pernah malu mengaku salah dan jangan pernah malu untuk belajar.

Illaliqaq.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...