Selasa, 7 Januari 2014

Cinta Yang Tidak Bersyarat (Unconditional Love)


Ha, jangan salah sangka pula ingat saya nak cakap pasal hal-hal cinta yang melibatkan 'couple-couple' ni. Sebenarnya bukan. Lagipun cinta itu subjektif. Cinta kepada tuhan, cinta kepada kedua ibu dan bapa, cinta kepada ilmu, dan macam-macam lagi. Saya nak bagitau tentang maksud 'Cinta Yang Tidak Bersyarat' a.k.a 'Unconditional Love'. Pada saya, cinta tidak bersyarat ni bermaksud, cinta yang tidak memandang kekurangan yang seseorang itu miliki dan menerima seadanya seseorang itu. 

Selalunya, kita akan merasa 'cinta tidak bersyarat' ni daripada ibu dan bapa kita sendiri. Mereka menyayangi kita sepenuh hati dan menerima kekurangan kita seadanya serta tidak meletakkan sebarang syarat untuk kita menyayangi mereka. Walaupun rupa kita hodoh, kurang pandai dan lain-lain, tapi mereka masih menyayangi kita sepenuh hati. 

Buktinya, mereka tidak membuang kita dari hidup mereka walaupun kita ada banyak kekurangan pada diri. Malah, mereka membetulkan kekurangan itu. Mereka melihat kita sangat istimewa pada mereka. Mereka akan sedaya upaya memberi nasihat pada kita untuk tidak terlalu merendah diri dengan kekurangan yang kita ada.

Satu lagi contoh 'Cinta Yang Tidak Bersyarat' ialah cinta Allah kepada kita. Buktinya, Allah S.W.T akan sentiasa menolong kita jika kita meminta kepadaNya. Allah S.W.T hanya meminta satu sahaja daripada kita, iaitu sentiasa mengingati Nya serta sentiasa beribadah dan mengerjakan suruhan Nya serta meninggalkan apa yang dilarang. Allah tidak memandang paras rupa, harta mahupun pangkat. Pada Nya, kita semua sama, apa yang membezakan kita adalah, iman dan takwa. 

Jika kita ingat pada Nya, In Sha Allah, Dia akan ingat pada kita. Dia bersedia menolong hamba-hambanya yang lemah. Cinta Nya kepada hamba-hamba Nya yang beriman sangat tinggi serta tidak mampu diucapkan dengan kata-kata. Tidak juga setanding cinta sesama manusia. 

Jadi, ingatlah, cinta bukan sekadar pada 'girlfriend' atau 'boyfriend' korang tapi juga pada Allah S.W.T, ibu bapa serta makhluk Allah yang lain.
Illaliqaq.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...