Selasa, 14 Januari 2014

Mencari Ruang Di 2 Anggerik

  Hari ni, dah masuk 13 hari saya di 2 Anggerik. Tapi, masih lagi tak jumpa keserasian dengan kawan-kawan dari 1 Anggerik 2013 yang ada di 2 Anggerik tahun ni. Saya berazam nak lebih menonjolkan diri dan aktif di dalam kelas berbanding sentiasa pasif sebelum ini.

  Okay, yang pasal pasif tu baru start tahun ni saya jadi orang yang pasif dalam kelas. Tapi, saya akui yang sejak dari sekolah rendah, saya memang pasif dalam kelas. Duduk diam-diam, kalau tak faham apa yang diajar cikgu, tak tanya, kalau cikgu tanya sepatah, sepatahlah saya jawab. Tapi, semenjak masuk 1 Angsana tahun lepas, saya dengan automatiknya jadi aktif. Tapi, tak lah aktif sangat.

  Saya dah start tanya dengan cikgu kalau ada apa-apa yang tak faham. Kalau cikgu minta seseorang secara sukarela untuk bacakan kenyataan atau apa-apa sahaja saya akan baca. Untuk tahun ni, saya jadi Sabrina yang lain sedikit. Pendiam. Saya nak juga bersuara atau bagi pendapat bila cikgu tanya, tetapi ternyata saya tak boleh. Susah sangat nak bercakap.

  Mungkin saya malu atau tak biasa nak bercakap dengan 'kawan-kawan baru' di 2 Anggerik. Walaupun dah pernah jumpa waktu dekat form 1, tapi saya masih kekok. Maklumlah, saya tak berapa kenal sangat perwatakan mereka semua ni. Kalau kawan-kawan di 1 Angsana yang masuk ke 2 Anggerik tu saya dah biasa. Saya teringin juga hendak bergaul dan beramah mesra dengan mereka. Itulah yang saya maksudkan 'mencari ruang' tu. Bukannya tiada tempat kosong untuk saya duduk. Cuma nak cari 'ruang' untuk masuk ke dalam hati kawan-kawan di 2 Anggerik ni.

  Biar mereka terima saya seadanya dan boleh menjadi akrab serta tak kekok bila bersama dengan mereka. Tetapi, saya masih dalam proses menyesuaikan diri dengan mereka. Kalau boleh saya buat kaji selidik tentang sifat-sifat, apa yang mereka suka dan tak suka dan macam-macam lagi, saya akan buat supaya dapat menjaga hati mereka selain daripada dapat kawan-kawan baru. Apapun, doakan saya semoga saya berjaya.

Illaliqaq.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...