Rabu, 14 Mei 2014

5 Bulan Aku Menulis...

Assalamualaikum. Semoga kawan2 sihat sejahtera hendaknya ya. Sekarang dah masuk 5 bulan saya blogging. Dah macam2 cerita dan pengalaman yang saya dah baca. Teringat pulak bila saya baru je bukak blog ni. Macam biasalah, tak ada orang nak komen, tak ada nak follow. Maklumlah, budak barulah katakan. Tapi, saya fikir positif dan ada satu suara hati yang berkata "Kalau kau tak ambil langkah pertama, sampai bila pun tak ada orang yang akan baca tulisan kau" 

Semenjak daripada tu, saya mula 'menggeledah' blog makcik saya dan mula lah follow followers2 makcik saya. Dan kalau saya tak silap, antara orang pertama yang saya follow adalah Kesuma Angsana @ KA. Dia jugalah orang yang first sekali komen dekat entry saya masa mula2 dulu.

Hampir terlupa pulak saya. Sebenarnya, saya buka blog ni sebab ni adalah permintaan daripada seorang rakan saya yang meminta saya membuka blog ni. Dulu, saya ada Facebook tapi saya tutup akaun tu atas sebab2 yang tertentu. Lagipun, saya takut akan ketagih Facebook lebih2 lagi saya sebagai seorang pelajar sek.menegah.  Kawan saya ni ada tanya macam mana nak tahu update2 terbaru saya. Jadi,saya pun bukaklah blog.

Kalau dulu, pageviews saya dalam masa sebulan baru berpuluh pageviews. Sekarang, dalam sebulan adalah dalam 100 hingga 200 pageviews sebulan. Pada saya, itu dah sangat banyak maklumlah budak barulah katakan. Hehehe...

Kadang2, saya ada terfikir samada penulisan saya ni macam kebudak-budakan sangat  disebabkan usia saya yang masih muda dan mentah. Tapi, saya harap penulisan saya tak adalah macam budak2 sangat. Kalau betul, harap2 tegurlah ya.

Akhir kata, terima kasih kepada semua yang sokong saya selama ni. Saya rasa bersyukur sangat. Lagi satu, kalau ada salah dan silap tegurlah saya.

Illaliqaq.

2 ulasan:

Ujie berkata...

Hehee..ni makcik datang nak... Hahaa..

Rina, letakla widget follower. Baru sng org follow dan baca entry. Kalau tak tau, contact c.ujie. Dah ada widget tu bolehla c.uji promote kan blog rina.

Nursabrina Helmi berkata...

sblum ni dah cuba letak widget follower tpi diorang kata x leh nak follow. x apa kte cuba lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...