Jumaat, 7 Februari 2014

Wanita dan Aurat

  Assalamualaikum semua. Hari ni nak cerita tentang Wanita dan Aurat. Semua tahu yang hukum menutup aurat di dalam Islam adalah wajib bagi setiap muslimah. Tapi, ada juga beberapa perkara yang dipandang ringan. Antaranya:

BULU KENING

Dalam hadis riwayat Abu Daud, Rasulullah SAW melaknati wanita yang mencukur atau menipiskan bulu kening tanpa sebab-sebab yang munasabah. Jadi, kalau ada yang berniat nak cukur bulu kening tu, tak payah lah. Apa yang dijadikan Allah untuk kita adalah yang terbaik.

DADA

Allah SWT berfirman yang bermaksud, "... dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka..." (Surah An-Nur : 31). Sekarang ni, dah banyak tudung2 di pasaran yang pendek dan tidak mematuhi syariat. Jadi, elak-elakkan lah tudung macam ni.

MATA

Sesungguhnya Allah berfirman dalam Surah An-Nur : 31 yang bermaksud, "Dan katakanlah kepada perempuan2 yang beriman supaya menyekat pendangan mereka (dari memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka....". Selain itu, janganlah sengaja membuat lirikan mata yang menggoda kepada yang bukan mahram.

WANGIAN

Jangan menyembur terlalu banyak wangian sehingga membuatkan lelaki bukan mahram tergoda dan menghidu bauan dengan penuh nafsu kerana itu juga telah dianggap sebagai zina. Tak kiralah kalau sengaja nak menunjuk-nunjuk yang awak tu pakai minyak wangi DKNY atau minyak wangi yang mahal2.

KAKI

Memakai gelang kaki berloceng tidak dibenarkan di dalam Islam. Firman Allah SWT yang bermaksud "Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan" Surah An-Nur : 31.

SUARA

Allah berfirman di dalam Surah Al-Ahzaab : 32, "... janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)".

Sampai di sini saja coretan saya pada hari ni. Apapun, renung-renungkanlah perkara yang kecil tetapi besar maknanya ni.

Illaliqaq.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...