Rabu, 16 Julai 2014

Extreme Makeover Home Edition

Assalamualaikum.



Sebenarnya sejak beberapa bulan ni, saya selalu tengok sebuah rancangan tv luar negara iaitu Extreme Makeover Home Edition di YouTube sebab rancangan ni tak da kat mana2 saluran tv.

Rancangan ni merupakan salah satu rangkaian Extreme Makeover selain daripada Extreme Makeover Weightloss Edition dan disiarkan di saluran ABC. Rancangan ni pada saya sangat bagus sebab mereka menolong untuk membina rumah yang baru kepada golongan yang memerlukan seperti orang yang susah, orang yang berbakti kepada komuniti dan macam2 lagi.

Bayangkanlah, dalam masa 7 hari mereka menyiapkan rumah untuk mereka2 ni siap dengan perabot, hiasan dalaman dan macam2 lagi. Mesti terfikir banyaknya duit diorang ni. Tapi, sebenarnya mereka ni ada dapat sponsor dan sumbangan daripada orang2 dan pihak2 yang bermurah hati. Rumahnya pula besar dan cantik sangat. Kalau yang sebelum ni tak ada tanah, dia akan cari tanah dan dibeli ada juga yang disumbang.

Lagi satu, bagi mereka yang bakal menerima rumah baru tak payah keluar sesen pun siap dibawa bercuti lagi sepanjang tempoh pembinaan tu. Bayangkanlah kalau kat Malaysia ada macam ni.

Mereka berpegang pada konsep 'giving back' di mana komuniti akan memberi kembali kepada keluarga yang telah berkhidmat atau menyumbang kepada komuniti itu. Sukarelawan mereka pun banyak dan terdiri daripada orang2 di komuniti itu sendiri. Selain tu, ada jugak designer team yg akan menolong.

Mereka juga terkenal dengan tagline 'move that bus!' apabila sesebuah rumah siap serta 'Good morning (nama keluarga) family!'sebelum pembinaan bermula.

Nak tahu best ke tak rancangan ni, tengoklah satu episod kat bawah ni:



untuk tahu lebih lanjut tentang rancangan ni klik sini 

Illaliqaq.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...