Khamis, 10 Julai 2014

Maaf, Saya Tak Minat K-POP


Assalamualaikum.

Semua orang mesti tahu tentang K-POP walaupun sedikit betul tak? Maklumlah, sekarang ni fenomena K-POP tengah melanda. Tapi, rasanya daripada tajuk kat atas tu mesti semua dah dapat agak yang saya ni tak minat dengan K-POP ni tak macam remaja2 lain yang seusia dengan saya.

Mesti tertanya-tanya kenapa saya tak minat K-POP ataupun tak tertanya-tanya pun sebenarnya tapi saya saja nak bagitau.

SEBAB-SEBAB UTAMA SAYA TAK MINAT K-POP

~ Bahasa Yang Sukar Untuk Difahami
Sejujurnya, saya tak faham apa yang mereka nyanyikan sebab itu saya tak minat K-POP. Lagipun, Bahasa Korea tak masuk dalam peperiksaan. Sebab itulah saya lebih minat lagu2 Inggeris. Sekurang-kurangnya dapat belajar BI. Kalau lagu2 Melayu pulak saya kurang minat.

~ Nama-nama Penyanyi/ Pelakon Yang Pelik dan Susah Nak Ingat
Saya tak tahu macam mana kawan2 saya boleh hafal nama2 artis Korea ni. Kalau dah minat semua benda boleh hafal.

~ Jiwa Saya Lebih Kepada Lagu-lagu Inggeris
Yang ini saya memang tak boleh nak nafikan. Bila orang lain sibuk kumpul lagu2 Korea, saya lebih suka kumpul lagu2 Inggeris. Dengan bahasa yang senang nak faham dan dalam masa yang sama dapat 'improve' English saya selain daripada menambah kosa kata.

Tak kisahlah apa yang kamu semua minat, janji pelajaran jangan dilupa sebab fanatik sangat dengan K-POP.
Dan saya nak tanya satu soalan, kenapa dalam satu kumpulan K-POP ada ramai sangat ahli?

Illaliqaq.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...