Rabu, 13 Ogos 2014

Andai Kata Facebook dan Internet Disekat...

Assalamualaikum.

Beberapa hari yang lepas, saya ada baca di suratkhabar tentang cadangan untuk menyekat Facebook dan internet. Ada yang setuju ada yang tak. Tapi, pada saya ada baiknya juga menyekat sedikit internet ni. Supaya tak akan ada lagi orang2 yang berani meruntuhkan keamanan negara.

Cuba fikir sejenak, andai kata Facebook disekat. Mungkin ada yang kata mereka tak akan boleh hidup kalau Facebook disekat tapi ada juga yang tak kisah macam saya. Dulu, saya pernah ada akaun Facebook tapi saya tutup sebab tak tahan melihat status2 yang tak bermanfaat dan mungkin boleh mendatangkan dosa2 kecil mahupun besar.

Lebih2 lagi bila kita share benda2 yang kita sendiri tak pasti lagi kesahihannya. Kalau ditanya kepada orang ramai apa kebaikan Facebook mungkin ramai yang akan berkata 'untuk mengeratkan silaturrahim dengan ahli keluarga serta rakan2 yang jauh'. Serta beberapa lagi kebaikan yang mereka senaraikan yang semuanya boleh dikira dengan jari.

Kalau diminta senaraikan keburukan rasanya kira dengan jari pun tak akan habis. Jangan salah faham. Saya bukannya nak menunjukkan sangat keburukan Facebook tapi pernah tak kita fikir kenapa ada yang bagi cadangan Facebook mesti disekat?

Jangan marah bila ada yang bagi cadangan macam tu sebab ini semua berbalik kepada diri kita sendiri. Bayangkan, kita tulis macam2 di laman sosial. Ada tulisan yang berbentuk penghinaan, cacian, sindiran serta fitnah. 

Jadi, kita yang sebenarnya membuatkan orang memberi cadangan seperti itu. Yang memberi cadangannya bukannya calang2 orang, orang yang mempunyai kuasa pula tu. Kalau disekat internet dan Facebook ni kita marah lepas tu tunjuk perasaan. Kenapa kena marah dengan orang yang menyekat? Kenapa tak marah dengan orang yang membuatkan internet dan Facebook disekat? INGAT, SETIAP TINDAKAN MESTI ADA SEBAB-SEBABNYA.

Lihat saja pelbagai fitnah dan penghinaan yang telah dibuat di laman sosial. Ada yang menghina pemimpin dan agama. Ini tidak boleh dibiarkan. Jika tindakan mahkamah tidak mencukupi, maka ini sajalah cara yang terbaik untuk memberi pengajaran kepada mereka.

Kalau saya pun saya akan merasa marah kalau internet disekat. Kalau tak macam mana saya nak berblog? Tapi, kalau saya, saya lagi marah dengan orang yang membuatkan internet disekat. Jadi, mulai hari ni BERUBAHLAH. Tulis yang bermanfaat jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Illaliqaq.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...