Khamis, 21 Ogos 2014

Tudung Labuh, Tak Semestinya KAA je..

Assalamualaikum.

Tak tahulah dari mana dapat ilham nak menulis entry ni. Mungkin bila saya teringat pengalaman saya sendiri selama 2 tahun jadi KAA ni.

Kadang2, saya tertanya-tanya kenapa di sekolah, kawan2 selalu mengatakan budak tudung labuh macam saya dan kawan2 umpama 'memakai telekung' ataupun kadang2 bergurau sambil berkata 'berapa meterlah tudung dia ni'. 

Saya akui yang saya dan kawan2 tak berapa selesa bila orang panggil kami macam tu. Siapa yang tak sakit hati? Tapi, rasa tu dipendam saja. Kalau ditunjukkan pun tak ada guna.

Lagi satu, kadang2 diorang suka menyalah anggap bahawa semua yang bertudung labuh itu KAA @ Kelas Aliran Agama (Arab) oleh rakan2 di aliran biasa (KRK & KK). Mungkin mereka sudah biasa dengan stigma bahawa yang pakai tudung labuh itu KAA memandangkan yang pakai macam ni selalunya KAA je.

Sebenarnya, saya dulu tak memakai tudung labuh sewaktu mula di KAA waktu form 1. Tapi,lepas tengok seorang kawan saya ni dan makcik2 yang lain memakai tudung labuh, saya tergerak hati nak pakai. Mula2, memang rasa tak selesa. Rasa macam nak pendekkan sikit je tudung tu. Tapi, pada 2014, saya mula rasa selesa. Amik masa jugak nak menyesuaikan diri dengan imej ni.

Saya juga dah tak marah kalau orang mengatakan saya umpama 'memakai telekung'. Kadang2, saya siap cakap depan kawan2 yang saya 'memakai telekung mini'. Saya bangga dengan imej ni. Lagipun, kenapa kita malu kalau kita buat benda yang betul. Mula2, pakai tudung labuh, lepastu pakai stoking dan sarung tangan. Alhamdulillah.

Tapi, saya nak betulkan satu benda je iaitu pemikiran orang2 yang berkata bahawa tudung labuh adalah KAA. Itu adalah salah. Tudung labuh bukan KAA. Malahan ada juga kawan saya yang bukan KAA pakai tudung labuh. Jadi, betulkanlah pemikiran tu kalau ada pada diri anda.

Illaliqaq.

P/S: Kadang2 ada juga yang tanya tak panas ke pakai macam ni. Tapi, kalau bab macam ni adakalanya panas adakalanya tak rasa apa2 pun.

1 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Alah bisa tegal biasa. Pada auntie ni tak ada masalah bahkan lebih mudah. Kalau nak solat mana-mana pun senang tinggal tukar setokin yg lebih bersih dah boleh solat...

Mereka yg berpandangan begitu tu cetek ilmu. Jadi usah hiraukan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...