Assalamualaikum.
Tiba-tiba ingatan ni teringat waktu sekolah rendah dulu. Waktu darjah 6 dulu ada seorang cikgu, namanya Cikgu Zaleha. Cikgu Zaleha ni merupakan guru kelas saya masa darjah 6. Dulu, saya sekolah di Sekolah Kebangsaan Bandar Pontian.
Sekolah ni luas,besar dan banyak kelas. Satu darjah tu ada 5 buah kelas. Saya nasib baik sebab dari darjah satu sampai darjah 6 duduk di kelas nombor 1 iaitu kelas Elit.
Waktu saya duduk di kelas 6 Elit, budak-budaknya keseluruhan campur saya ada 41 orang. Bayangkanlah, sampai 41 orang. Waktu tu memang huru-hara dan bising. Selalunya paling ramai dalam satu kelas tu antara 30-35 orang je. Ini sampai 41 orang.
Apa yang bestnya kelas ni, inilah satu-satunya kelas yang ada aircon. Sebab dulu makmal komputer. Kalau dah ada aircon, mestilah bertutup tak ada tingkap langsung ada pintu je. Kalau dah bertutup, nak berparti pun boleh.
Tapi, saya tabik dengan Cikgu Zaleha ni. Walaupun sukar menjaga kami semua ni yang macam2 kerenah dan perangai tapi beliau tetap bersabar dan 'cool' je. Kalau cikgu lain jadi guru kelas kami, mahu naik gilanya menguruskan kami semua ni.
Disebabkan Cikgu Zaleha, kelas kami antara kelas yang paling cantik dan unik sekali kat sekolah. Mana tak nya, kerusi dan meja berbalut siap ada 'skirt' macam orang kenduri kahwin. Lantai pulak bertikar getah sebab tak pakai kasut. Siap pasang wallpaper lagi you..
Sampai macam tu sekali cikgu sayang pada kami semua. Teringat jugak waktu cikgu bertungkus-lumus sediakan latihan Bahasa Melayu untuk kami semua sbb nak UPSR. Setiap seorang dapat satu modul dan contoh karangan.
Belum masuk bab kelakuan dan perangai. Walaupun majoriti berkelakuan baik, tapi ada jugak yang nakal. Kalau ada perjumpaan ibu bapa dan guru, kelas kami antara yang paling lama kalau ibu bapa datang lambat.
Kalau nak diceritakan lagi, sampai esok tak habis. Kiranya perngorbanan cikgu ni banyak sangat kpd kami. Sampaikan waktu UPSR, saya tulis karangan pasal Cikgu Zaleha. Apapun, terima kasih cikgu kerana berkorban segala-galanya untuk kami walaupun adakalanya kami melukakan hati cikgu dan membuatkan cikgu menitiskan air mata.
KAMI SAYANG CIKGU!
Illaliqaq.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan