Rabu, 5 Februari 2014

Akhirnya... Buku Peraturan Sekolah Yang Baru Tiba Jua.


Assalamualaikum semua. Harap2 semua dalam keadaan sihat-sihat belaka. Hari ni di sekolah ada lah sikit taklimat tentang peraturan sekolah serta pengenalan kepada buku peraturan sekolah yang baru. Sebenarnya, saya dah tunggu setahun untuk buku ni, dari tahun lepas lagi. Bukan saya sorang, satu sekolah dah tunggu. 

 Saya tak habis baca lagi buku ni, baru belek-belek muka surat hadapan. Peraturannya sangat ketat. Mungkin ada sekolah yang tak laksanakan peraturan ni. Antaranya...

  1.  Pelajar dilarang memakai jam tangan yang talinya berwarna selain daripada hitam atau coklat. Dan boleh pakai yang stainless steel.
  2. Pelajar dilarang memakai cermin mata yang bingkai selain daripada warna silver atau hitam.
  3. Kasut semua mesti bertali dan line berwarna hitam sahaja.
Mungkin nampak remeh, tapi ada sebab cikgu melaksanakan peraturan ni. Lagipun, peraturan untuk mendisiplinkan kita. Cikgu nak tengok keseragaman dalam pemakaian murid-murid. Kalau boleh, tak nak ada yang rasa berbeza.

Illaliqaq.


Selasa, 4 Februari 2014

Tragedi CNY

  Assalamualaikum semua. Hari tu, saya dapat satu berita yang sedih dari kawasan kejiranan lama saya. Dalam happy2 sambut CNY, ada sebuah tragedi yang telah menimpa jiran-jiran lama saya yang kesemuanya berbangsa Cina.

  Entah di mana silapnya, rumah yang mereka duduki selama ini telah hangus dijilat api pada 31 atau 1 haribulan yang lalu. Kejadian ni berlaku di Lorong Ciku, Batu 36, Jalan Johor di Pontian. Pada waktu itu, hampir kesemua mereka tiada di rumah kerana melawat saudara mara sempena CNY. Hampir 4 buah rumah hangus dan harta benda mereka musnah.

  Rumah lama saya yang telah disewakan kepada orang lain serta beberapa rumah-rumah yang lain telah terselamat. Punca kebakaran masih lagi dalam siasatan. Berita tentang ini ada di dalam akhbar Harian Metro. Tarikhnya saya tak berapa pasti.

  Ada yang mendakwa, punca kebakaran berpunca dari sekumpulan kanak-kanak yang bermain mercun dan bunga api. Namun, bapa mereka menafikan dakwaan itu dan memarahi jiran-jiran yang lain.

  Selain itu, ada juga yang berkata bahawa ada seorang warga tua yang tinggal di situ menjadi punca kebakaran kerana selalu memasak makanan untuk anjingnya dan tidak menutup api. Tetapi, yang peliknya, sudah bertahun-tahun dia duduk di situ tetapi tiada satu kejadian kebakaran yang berlaku.

  Kalau saya, saya pasti bahawa kanak-kanak nakal yang bermain mercun itulah puncanya. Kerana ada jiran yang ternampak mereka membaling mercun serta bunga api di merata-rata tempat. Sememangnya, kehadiran keluarga yang tidak dapat dipastikan sama ada warganegara ataupun tidak memang kurang disenangi penduduk setempat.

  Rumah lama saya pernah dibaling dengan batu oleh kanak-kanak nakal itu. Selain daripada bapanya selalu bertengkar dengan jiran-jiran lain.

  Walau apa pun, kejadian yang menimpa mereka haruslah diambil iktibar dan dijadikan teladan. Mujur ada pihak yang sudi membantu meringkan beban mereka semua. Ibu saya ada pergi ke rumah lama kami dan bertanya kepada penyewa tentang kejadian itu. Apa yang saya dengar, penyewa dan keluarganya memang dalam ketakutan. Kalau tak terbakar, bahangnya masih ada. Mujur semua selamat. Alhamdulillah.

Illaliqaq.


Ahad, 2 Februari 2014

Siapa Kata L dan XL Tak Cantik

  Assalamualaikum, sebelum tu, nak ucapkan Happy Chinese New Year kepada semua di Malaysia dan di mana jua anda berada. Cantik itu subjektif kan? Macam-macam perkara yang boleh buat kita cantik. Tak kira lah yang bersaiz S ataupun XL, anda masih kelihatan cantik. Kenapa? Sebab semua ciptaan Allah itu cantik tak ada yang tak cantik. Saya selalu ambil sedikit inspirasi daripada model-model plus size atau XL ni. Sekarang, saya nak senaraikan beberapa model plus size yang popular. Dan ada yang saya memang minat.

VELVET d' AMOUR

                                       

Sewaktu penampilannya di pentas peragaan pada tahun 2006, dia mempunyai ketingiaan 5 kaki dan 8 inci serta mempunyai berat 300 paun. Dia juga merupakan seorang pemilik untuk sebuah majalah bernama Vol Up 2. Selain daripada menjadi model, dia turut menjadi seorang jurufoto fashion dan turut meletakkan hasil kerjanya untuk Vol Up 2
.
CANDICE HUFFINE


Candice Huffine juga merupakan salah seorang plus size model yang terkenal. Dan banyak menghiasi muka depan majalah2 terkenal seperti Vogue. Dia dikenali dengan senyuman serta matanya yang menawan.

TESS MUNSTER
Kalau ada search tentang blog-blog fesyen, mesti banyak model yang kerempeng2 tapi, dalam senarai tu mesti ada blog ni, 'The Plus Size Life'. Sebenarnya, Tess Munster adalah pengasas untuk blog fesyen ni. Dia ingin membuktikan bahawa tak semestinya model kerempeng sahaja boleh jadi cantik.

ASHLEY GRAHAM
Berasal dari bandar Lincoln di Nebraska, dia sinonim dengan jenama pakaian plus size, iaitu Lane Bryant. Dia juga turut menghiasi muka hadapan Latina dan Vogue. Dia turut muncul dalam The Tonight Show bersama Jay Leno dan mengulas tentang sebuah iklan yang menampilkan dirinya telah diedit di mana penampilannya tidak muncul di iklan itu.

TARA LYNN


Tara Lynn juga berjaya membuktikan bahawa bukan sahaja model S yang mampu berjaya dalam industri fesyen. Buktinya, dia telah menjadi penghias muka depan untuk majalah Elle France. Bukan setakat dipilih menjadi penghias muka depan, malah kisahnya turut dimuatkan dalam majalah tersebut dimana saiz nya dipandang dari sudut positif.

CRYSTAL REEN


Ini adalah model plus size kegemaran saya. Sewaktu berusia 14 tahun, dia ditemui oleh seorang wakil dari agensi model yang mengatakan bahawa dia boleh menjadi model tetapi perlu menurunkan 3/4 dari berat badannya. Tetapi, hasilnya, dia menghidap penyakit anoreksia nervosa. Semenjak dari itu, dia berusaha untuk menambahkan berat badan ke arah berat badan yang ideal. Dia juga merupakan model plus size pertama yang menghiasi muka depan Harper's Bazaar. Dia juga turut mengeluarkan sebuah buku yang bertajuk 'Hungry' di mana dia menceritakan tentang kisahnya dalam usaha menurunkan berat badan sehingga menghidap anoreksia nervosa.

Jadi, tak semestinya yang kerempeng2 je yang cantik. Yang plus size juga boleh. Yang penting, sihat serta cantik di dalam juga.

Illaliqaq.


                                                                    
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...