Jumaat, 31 Januari 2014

Khaulah Al- Azwar, Bidadari Di Medan Perang






 Assalamualaikum semua, harini saya tiba-tiba terdetik nak cerita pasal seorang srikandi Islam yang bernama Khaulah Al-Azwar. Saya ada terbaca tentang Khaulah di majalah Dara.com jadi nak kongsikanlah dengan kawan-kawan.

  Sebenarnya, semenjak dari kecil, Khaulah suka bermain pedang dan tombak (kalau budak2 zaman sekarang main pedang dan tombak, mau menjeritnya ibu bapa). Dia menjadikan abangnya, Dirar sebagai sumber inspirasi kerana keberaniannya melawan musuh di medan perang.

  Sewaktu meningkat dewasa, Khaulah diberi kebenaran untuk turut serta ke medan perang dan tujuannya hanya satu, iaitu menjadi seorang syahidah. Khaulah terus menunggang kuda dan menelusuri barisan musuh yang terlalu ramai. Bagai singa yang bersiap-sedia untuk menerkam mangsanya, dia menusuk musuh-musuh dengan pedangnya.

  Tentera Muslimin sedikit gentar kerana ramai yang telah syahid. Tetapi mereka terpegun dengan ketangkasan 'The Black Rider' yang menjadi tanda tanya. Melihat Khaulah yang tidak berganjak walau sedikit pun dari medan perang menjadi sumber inspirasi tentera muslimin yang lain.

  Ketika itu, barisan tentera Rom diketuai Panglima Khalid al-Walid. Beliau terpegun dengan ketangkasan penunggang kuda yang berselubung itu, lantas bertanya siapakah gerangannya.

  Demi menjaga kehormatan dan maruah diri, Khaulah berpaling dengan jawapan ringkas. Di sebalik hijab itu, tersembunyi sebuah kecantikan sehingga menjadi dambaan adik jeneral tentera Rom ketika itu.

  Ketika menjadi tawanan perang, Khaulah sentiasa memberikan semangat kepada Muslimah yang lain untuk terus berjuang sehinggalah mereka mendapat syahid. Disebabkan kata-kata berbisa itu, mereka berjaya meloloskan diri.

  Begitulah kisah seorang bidadari yang tetap menjaga kehormatan biarpun dalam keadaan berperang. Itulah Islam, menggilap sisi terbaik umatnya tanpa mengira jantina. Sesungguhnya, martabat seorang wanita itu amat tinggi. Oleh itu, gunakanlah anugerah Allah S.W.T dengan sebaik-baiknya kerana kecantikan tidak kekal lama. Dan janganlah hanya mengagungkan kecantikan sahaja tanpa memandang kebijaksanaan seseorang itu.

Illaliqaq...

Selasa, 28 Januari 2014

Ciri-ciri Seorang 'True Princess' (In My Opinion)

  Assalamualaikum semua. Tadi, saya ada terbaca cerita pasal kisah2 princesses zaman dahulu macam Snow White dan Cinderella. Jadi, secara tiba-tiba saya dapat ilham nak tulis pasal ni di blog. Semua tahu tentang Kate Middleton dan mendiang Puteri Diana. Mereka ni dianggap sebagai seorang puteri yang berjiwa rakyat di samping seorang ikon fesyen yang terkenal. Dan boleh dianggap sebagai 'True Princess'.

   

  Apa agaknya ciri-ciri seorang 'true princess' ni ya? Hah, pada pendapat saya ada beberapa ciri atau kriteria seorang 'true princess'.

Berjiwa Rakyat 
 Puteri yang berjiwa rakyat adalah seorang puteri yang amat disayangi oleh rakyat-rakyatnya. Puteri yang macam ni adalah seorang puteri yang sangat mengambil berat tentang rakyatnya di samping selalu memberi bantuan secara ikhlas dan sukarela kepada rakyatnya apabila diperlukan.

Tidak Sombong Dan Membangga Diri
Jarang kita berjumpa puteri yang sombong dan membangga diri ni. Mungkin nisbahnya hanya 1:10000. Puteri yang peramah selalu menjadi pilihan rakyatnya. Kalau macam saya, saya suka puteri yang boleh diajak berbual dan setia menjawab soalan-soalan spontan dari rakyat. Tapi, kalau peramah tak bertempat pun tak boleh juga.

Bertanggungjawab
Jangan ingat seorang puteri ni tugasnya hanya bersolek dan melaram sahaja. Puteri juga mempunyai tanggungjawab, iaitu mengeratkan hubungan istana dan rakyat di samping menjaga kebajikan rakyat-rakyatnya. Mungkin ada yang ingat puteri ni tak ada tanggungjawab ataupun tugas. Tapi, hakikatnya, banyak yang perlu dilakukan. Kadang-kadang, schedule penuh sampai tak ada masa untuk diri sendiri atau pergi ke spa.

Menghargai Pemberian Orang Lain
Apa kena-mengena menghargai pemberian orang lain dengan 'true princess' ? Sebenarnya, ada kena mengena juga. Selalu kita tengok banyak rakyat jelata yang memberi pelbagai hadiah untuk puteri kesayangan mereka. Contohnya, macam Kate Middleton.

 Sewaktu ramai yang tahu tentang kehamilannya, banyak hadiah yang Kate dapat dari rakyat-rakyatnya. Salah satunya, kalau tak silap, sebuah katil untuk bayi yang diukir daripada kayu. Kita tak tahu samada Kate simpan atau gunakan katil bayi tu, tapi mungkin dia akan gunakannya.

Yelah, puteri diraja mesti nak barang yang branded dan mahal. Tak mainlah barang-barang yang murah. Tapi, lain cerita untuk 'true princess'. Dia akan gunakan barang-barang yang diberi atau disimpan di sebuah tempat yang membolehkannya melihat barang2 itu sebagai tanda kenangan.

  Itu jelah yang dapat saya senaraikan tentang kriteria 'true princess'. Saya ni bukannya arif tentang kehidupan diraja ni. So, tak berani nak cakap lebih-lebih. Sampai di sini saja coretan untuk hari ni.

Illaliqaq!



Ahad, 26 Januari 2014

Mana Perginya 'Privacy' Dan 'Exclusive' Diri Sendiri?

  Assalamualaikum semua. Harini, nak cerita pasal 'Privacy' dan 'Exclusive'. Semua mesti tahu yang privacy tu bermaksud peribadi dan exclusive tu terhad dan tak semua orang boleh tahu atau dapat. Zaman sekarang ni, semua benda dah tak jadi privacy dan exclusive lagi.

  Kalau tak percaya, cuba buka Facebook, Twitter, Keek atau Instagram masing-masing. Mesti macam-macam yang ditulis atau dikongsi. Kadang-kadang, benda yang tak sepatutnya pun dikongsi. Bukan nak menyibuk, cuma janganlah sampai 'overexposed'.

  Selalunya, perkara ni terjadi di fb. Pernah sekali saya terbaca satu status yang boleh dikatakan menyampah untuk dibaca. Mana tidaknya, tuan punya status tu siap letak perkataan yang tak sepatutnya.

  Mata saya jadi sakit tengok status macam tu. Nak tegur, nanti dikatakan penyibuk, lagipun saya tak kenal orang tu. Jadi, saya hanya mampu menegur dengan hati. Harap-harap orang itu berubah. Dan lagi satu, ramai juga yang kongsikan luahan rasa cinta di fb. Tak kurang juga luahan rasa tak puas hati terhadap 'gf' atau 'bf' masing-masing.

  Seeloknya, janganlah tulis luahan rasa tu. Takut ada yang tak suka. Kalau sekali dua mungkin tidak mengapa. Tapi, kalau dah banyak kali memang sah lah kena 'condemn' atau 'block' di fb. Sepatutnya, laman sosial untuk berkongsi ilmu pengetahuan atau benda yang sepatutnya. Bukannya luahan-luahan seperti itu.

  Kalau dah tak tahan sangat, lebih baik tulis di dalam diary. Takkan nak bagitahu satu dunia yang anda dapat kekasih baru atau putus cinta. Kalau macam tu, tak payah susah-susah nak tanya orang tu samada dia dah break atau couple balik semula. Bukak saja fb, dah dapat maklumat. Kan senang.

Illaliqaq

P/S: Tak ditujukan kepada sesiapa. Jangan terasa okay. Renung-renungkan dan selamat beramal!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...