Khamis, 1 Mei 2014
Selamat Tinggal Form 6 ! :'|
Assalamualaikum semua. Hari ni dah berlangsungnya Majlis Perpisahan dan Perpindahan guru2 serta pelajar2 Form 6 ke sekolah baru iaitu Sekolah Sri Bandar di Taman Megah, Pontian (kalau tak silap inilah nama sekolahnya) iaitu sebuah sekolah yang khas untuk Form 6. Seramai 27 orang cikgu Form 6 yang akan berpindah. Selama ni merekalah yang menolong cikgu2 yang mengajar pelajar2 Arus Perdana untuk dapatkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan sekarang kami dah dapat gelaran tu. Semua tu takkan berjaya tanpa Form 6.
Kami sebagai adik2 ni memang rasa sedih lagi2 kawan2 yang tinggal dekat asrama yang memang selama ni kongsi dorm dengan kakak2 atau abang2 Form 6. Tapi memang akan rasalah kelainannya kalau tak ada Form 6 dekat sekolah.
Tapi, saya rasa sedih bila saya tak dapat nak belajar dengan seorang guru Bahasa Inggeris ni yang mengajar turut mengajar Form lain selain daripada Form 6. Saya teringin sangat nak belajar dengan cikgu ni yang memang terkenal dengan bab2 disiplin ni iaitu Teacher Miza. Sampaikan ada seorang cikgu ni yang menggelarnya 'Lagenda Guru Disiplin SMKDPB'.
Lagi satu, saya baru dapat tahu yang masih ada lagi cikgu Form 6 yang mengajar mak saya dekat sekolah ni. Sebelum ni saya hanya tahu yang Pengetua sekolah saya pernah mengajar mak saya lebih dari 20 tahun yang lepas di sekolah yang sama iaitu SMKDPB.
Walaupun majlis dibuat sekarang tapi mereka masih ada lagi kat sekolah kerana belum ada surat pengesahan dari PPD (itulah yang diberitahu oleh cikgu Form 6).
Apa pun, selamat berpindah kepada warga2 Form 6 SMKDPB. Semoga kalian terus sukses di sekolah yang baru nanti.
Illaliqaq.
Jumaat, 25 April 2014
Apabila Adik Melihat Kakak Dibuli... (Kisah Benar)
Assalamualaikum semua. Hari ni saya nak cerita tentang seorang budak lelaki yang berusia 8 tahun yang telah menulis surat kepada Santa dan meminta supaya kakak kembarnya tidak dibuli lagi di sekolah. Dan cerita ini berlaku pada tahun lepas. Macam ni ceritanya.
Sebenarnya, ibu kepada budak lelaki itu iaitu Karen Suffern merupakan seorang ibu tunggal. Dia telah meminta anak kembarnya, Ryan dan Amber, menulis surat kepada Santa sempena Hari Krismas. Selepas selesai sahaja menulis surat itu, Ryan menyerahkan surat itu kepada ibunya dan meminta agar Karen tidak membaca surat itu. Tetapi, dia membaca surat itu.
Karen menyangkakan bahawa Ryan akan meminta permainan dan sebagainya. Namun, dia amat terkejut kerana Ryan telah meminta kepada Santa supaya kakak kembarnya, Amber tidak dibuli di sekolah lagi. Kemudian, Karen postkan surat itu di Facebook.
Selepas itu, surat itu menjadi satu viral di internet selepas disebarkan oleh orang ramai. Ini merupakan peluang untuk Karen membuat satu dialog di sekolah anaknya tentang isu buli. Karen juga memaklumkan bahawa Amber mempuyai penyakit ADHD serta masalah kemurungan.
Karen juga ada bertanya kepada anak-anaknya samada ada sesiapa yang membuli mereka dan Amber menjawab, 'Kadang2 saya berharap saya akan mati supaya orang lain tidak akan menganggu saya lagi'
Begitulah ceritanya tentang budak lelaki ini. Jika dia tidak menulis surat itu, sudah tentu ibunya tidak akan dapat tahu mengenai masalah anaknya di sekolah.
Harap2, masalah buli ni akan berakhir dan tak berlarutan.
Sumber: ABCNews.com
Sumber: ABCNews.com
Illaliqaq.
Khamis, 24 April 2014
Awas Dengan Dunia Siber! Tip2 Keselamatan (Part 1)
Assalamualaikum semua. Haritu (17/4/2014) ada ceramah tentang jenayah siber dekat sekolah yang telah disampaikan oleh seorang guru dari sekolah lain yang telah mengikuti kursus di CyberSecurity Malaysia.
Bila dengar fakta2 yang cikgu ni cakap, memang meremanglah bulu roma ni sebab fakta2 tu semua memang ada kena mengena dengan kita pengguna setia laptop, smartphone, ipad dan laman sosial.
Jadi sekarang saya nak sampaikanlah serba sedikit ilmu yang saya dapat masa ceramah haritu.
Password
Antara ciri2 password yang bagus adalah:
- Ada gabungan huruf kecil, huruf besar, nombor dan simbol dalam satu password
- Tidak mengambil mana2 perkataan daripada kamus
- Tidak menggunakan gabungan huruf/ nombor yang mudah seperti ini: qwerty, abcdefg, 123456, ABCDEFG, QWERTY
- Panjang
Perlu diingatkan yang password tak boleh disimpan di dalam komputer, laptop, handphone, buku nota dan sebagainya.
Password hanya boleh disimpan di dalam otak.
Rajin2 lah tukar password sekurang-kurangnya 6 bulan sekali.
Dan perlu diingatkan yang hacker ni adalah seorang yang sangat sabar dan akan berusaha mencari password anda sampai dapat.
Dan perlu diingatkan yang hacker ni adalah seorang yang sangat sabar dan akan berusaha mencari password anda sampai dapat.
Virus
Setiap hari, pelbagai jenis virus baru yang akan tercipta. Macam2 virus yang ada kat dalam dunia ni.
Jadi, untuk mengelakkan virus, kenalah rajin BELI program2 yang menawarkan perlindungan terhadap virus seperti Kapersky (betul ke eja ni?), Avira dan macam2 lagi.
Yang paling penting sekali, JANGAN GUNA FREE TRIAL punya sebab mungkin bila kita try free trial tu, dia kata kita punya gadget dah dilindungi dari sebarang virus tapi sebenarnya, gadget kita masih tak selamat sebab kalau dah nama pun free trial mestilah 'version' nya tu separuh je dan tak semua virus dapat dicegah. Lagipun, mana ada orang yang nak berikan 'full version' secara free je.
Rajin2 kan diri meng'update' program virus yang terbaru sebab semakin baru sesuatu program tu, semakin banyak virus yang dapat dicegah kerana setiap hari akan ada virus baru yang dicipta manusia.
Maklumat Peribadi
Untuk pengguna Facebook, Twitter dan sebagainya, elakkan daripada meletakkan maklumat peribadi anda dengan teliti seperti nama penuh, alamat dan sebagainya kerana:
Yang paling penting sekali, JANGAN GUNA FREE TRIAL punya sebab mungkin bila kita try free trial tu, dia kata kita punya gadget dah dilindungi dari sebarang virus tapi sebenarnya, gadget kita masih tak selamat sebab kalau dah nama pun free trial mestilah 'version' nya tu separuh je dan tak semua virus dapat dicegah. Lagipun, mana ada orang yang nak berikan 'full version' secara free je.
Rajin2 kan diri meng'update' program virus yang terbaru sebab semakin baru sesuatu program tu, semakin banyak virus yang dapat dicegah kerana setiap hari akan ada virus baru yang dicipta manusia.
Maklumat Peribadi
Untuk pengguna Facebook, Twitter dan sebagainya, elakkan daripada meletakkan maklumat peribadi anda dengan teliti seperti nama penuh, alamat dan sebagainya kerana:
- Jika seorang hacker hendak hack anda, mestilah dia akan cari password anda. Mungkin password anda berdasarkan maklumat peribadi anda seperti tarikh lahir dll contohnya, 1.11.2000 , sitiamirah
- Seseorang mungkin akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan yang lain. Mungkin mereka hendak menggunakan maklumat peribadi untuk menyamar ke dan sebagainya.
- Kadang2 ada juga yang merompak melalui maklumat peribadi yang anda letak di laman sosial seperti alamat rumah. Ada orang yang letak full alamat rumah siap dengan daerah, negeri dan negara sekali. Tak tahulah apa motifnya. Tapi yang pasti, orang yang macam ni memang mengalu-alukan kedatangan perompak. Sbb kalau orang ni siap tulis lgi yng dia x ada kat rumah, memang senanglah perompak nak merompak.
Sampai sini je lah. In Sha Allah part 2 akan muncul tak lama lagi. Dan saya nak cakap sedikit tentang part 2 ni. Dalam part 2 nanti saya akan cerita tentang benda yang patut dibuat atau yang tak dibuat ketika online.
Apapun hati2 sebab ada yang memerhati.
Illaliqaq.
Langgan:
Catatan (Atom)