Jumaat, 26 Disember 2014

"Laa... Dalam Bonet Rupanya..."

Assalamualaikum.

Seronok tak cuti Hari Natal kawan2 semua? Saya harap semua sihat2 selalu. Hati2 jugak musim banjir ni ya... jangan main air pulak.

Hari ni saya nak ceritakan satu kejadian yang berlaku pada Hari Natal haritu. Ooops.. bukannya ada kedatangan Santa Clause dan pembantu2nya ya.

Sebenarnya macam ni...

Khamis 25/12/14
12:30 tengahari

Saya duduk di dalam rumah sambil bermain dengan kucing peliharaan yang kami namakan Putih. Macam biasa, Putih akan masuk dan main2 dengan kami lepas makan tengahari atau lepas tidur. Kemudian, macam biasa jugak dia akan duduk di depan pintu kalau nak keluar. So, kami lepaskan dia main kat luar.

4:00 hingga 5:30 petang

Adik saya yang bongsu tercari-cari Si Putih. Puas dipanggil tapi tak datang2. Selalunya bukak saja pintu terus berlari masuk rumah sebab nak makan. Kami satu keluarga pelik bila tengok Putih tak ada. Seingat saya, saya ada nampak Putih kat depan rumah tengah tidur dalam pukul 3:00 petang. Puas dicari merata rumah tapi tak jumpa. Kat tempat kegemaran dia pun tak ada. Tapi, kami tak risau sangat kami fikir Putih main dengan kawan2 nya. Adik bongsu dengan Abah pergi naik basikal round2 satu taman sampailah ke taman2 lain. Putih tetap tak ada.

6:30 petang

Putih masih tak balik2. Selalunya lepas habis main dengan kucing2 jiran depan rumah kami terus balik. Rumah jiran pun tak ada orang dan mungkin kucing2 nya diletak dalam kawasan rumah. Adik bongsu makin risau. Saya pun dalam diam risau jugak sebab dia belum setahun dan dia tak berapa pandai cari makan sendiri. Saya fikir mungkin dia nak cari haluan sendiri.

7:00-8:00 malam

Masih tak ada kelibat Putih. Saya doa waktu solat Maghrib supaya Allah kembalikan Putih ke pangkuan kami sekeluarga. Waktu malam tu memang pintu dibuka mana tahu kalau2 Putih balik rumah. Abah ada tanya jiran depan rumah kalau2 dia ada nampak Putih lepas balik rumah. Dia kata tak ada siap buat andaian Putih kena makan biawak.

10:00 malam

Tak balik rumah jugak.


Jumaat 26/12/14
6:15 pagi

Lepas solat Subuh terdengar suara Mak dengan Abah kat luar nak pergi pasar. Tapi, macam lain macam je. Riuh-rendah. Adik sulung ada sekali. Rupa-rupanya..,

Waktu Abah bukak bonet kereta, Abah ternampak sesuatu bila tengok dekat rupanya Putih! Kami sekeluarga memang terkejut sangat. Bila masa Putih masuk dalam bonet pun tak tahulah. Tapi, apa yang pasti bila Abah bawak dia masuk, dia nampak letih dan kelaparan. Terus Abah bagi makan. Dia makan dengan bersungguh-sungguh. Maklumlah dah hampir 10 jam dalam bonet kereta. Lepas tu terus dia minum air. Nasib baik tak mati lemas dalam tu. -,-

Illaliqaq.

Jumaat, 19 Disember 2014

Will They Accept You For Who You Are?

Assalamualaikum.


Ya, aku bersaiz L dan aku bangga dengannya
Kenapa aku mesti malu dengan diri aku sendiri?
Wajahku mungkin tak secantik dan sebersih orang lain
Jerawat sana sini...

Bukan aku mintak jadi begini..
Tapi, aku percaya yang apa yang Allah bagi ni adalah yang terbaik buat aku sendiri
Tuhan tak pernah buat sebarang kesilapan sewaktu menciptakan diri kita
Dia mencipta kita secantik-cantiknya

Mungkin kita tak kisah rupa kita begini
Tapi, yang buat kita kisah adalah orang lain yang suka mengkritik
BADAN BESAR
Gelaran tu memang saudara-mara aku suka gunakan
Mungkin aku diam dan tak kisah
Tapi kat dalam Allah yang tahu

Banyak remaja yang amik nyawa dia sendiri disebabkan orang2 yang macam ni
HODOH, GEMUK, LIDI...
DAN MACAM2 LAGI

Secara tak langsung kita yang kononnya bergurau je ni 
MUNGKIN DAH JADI PEMBUNUH...

Untuk kawan2 yang rasa 'insecure' dengan diri sendiri
Percayalah, Tuhan tak lihat rupa kita tapi dia lihat HATI DAN KEIMANAN kita

Untuk mulut2 busuk yang suka mengata dan mengejek
Maaflah kalau tersinggung
Tapi ingatlah berapa banyak hati yang telah kau singgung
Mungkin kau kata kau hanya bergurau
Dan mungkin kau kata kami sensitif sangat
Tapi itulah hakikatnya

Ingat jugak DOSA yang kau tanggung sebab mengejek
Mungkin jugak PENYESALAN yang kau akan tanggung bila dapat tahu..
ORANG YANG KAU EJEK TU AMIK NYAWA DIA SENDIRI SEBAB KAU

REMEMBER: PERFECTION IS A DISEASE OF A NATION

Illaliqaq.

P/S: Peringatan kita bersama termasuk saya juga...

Jom Tengok Blog Ni: Baby Boy Bakery (Inspiring Blog)

Assalamualaikum.

Setiap orang pernah rasa kehilangan orang yang kita sayang kan?
Jom kita baca kisah seorang wanita bernama Jacqui Saldana yang baru kehilangan anak lelakinya yang berusia 3 tahun pada 7 bulan yang lalu.

Semestinya, Krismas tahun ni merupakan Krismas yang paling sukar buat dia dan suaminya.
Walaupun begitu, dia tetap tabah dan telah menjadi inspirasi buat semua yang membaca tulisannya. 
Kalau nak baca kisah selanjutnya klik sini

Ikuti temubual Jacqui bersama Ellen DeGeneres di The Ellen Show (saya peminat besar rancangan ni!)


Jangan lupa baca tulisan dia di blog yang sememangnya memberikan inspirasi buat kita semua...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...