Jumaat, 31 Oktober 2014

THE RING 2 + TODAY IT'S HALLOWEEN...

 

Assalamualaikum.

Waktu tengah buat entry ni sebenarnya saya tengah tengok 'The Ring 2'. Tak tahulah sama ada korang semua pernah tengok cerita ni. Cerita ni memang seram sangat daripada The Ring 1 sampai The Ring 2, 3. Apa yang saya boleh cerita tentang cerita ni adalah:

Ia mengisahkan tentang seorang wanita yang telah diganggu hidupnya dengan hantu seorang budak perempuan apabila dia melihat sebuah pita rakaman tentang bagaimana budak tu dibunuh. Sesiapa yang melihat pita rakaman tu akan mati dalam masa 7 hari kecuali ada orang lain yang melihatnya. 

Kalau nak tahu lebih tentang 'The Ring 1' klik sini
Untuk 'The Ring 2' klik sini

Rasanya cerita ni memang patut disiarkan kat tv hari ni sebab di luar negara sekarang tengah sambut Halloween. Memang padanlah. Oklah, untuk hari ni je.

Illaliqaq.



Rabu, 29 Oktober 2014

BODY IMAGE + MY CONFESSION

Assalamualaikum.

Akhirnya, saya dah tamatkan perjuangan untuk tahun ni! Oops, perjuangan apa ya? Hah, perjuangan peperiksaan. Tapi, saya tahu perjuangan ni belum selesai. Tahun depan, lagi besar datang. Ok, balik kepada tajuk...

Berapa ramai antara kita yang kadang2 merungut bila lihat tubuh kita di hadapan cermin? Ok, biar saya kira... 1,2,3,4.. Nampaknya ramai jugak yang sama seperti saya.

Kejap2, merungut itu tak kena ini tak kena. Yang besar nak jadi kecik, yang kecik nak jadi besar dan macam2 lagi. Mungkin ada yang memang rupanya begitu sejak dari kecil. Dari XXL nak ke S. Dari S nak ke L. Macam2 dunia sekarang ni.

Kadang2 kita tengok orang lain lebih kurus atau gemuk daripada kita lalu kita mula melihat diri sendiri macam yang saya cakap tadi, yang besar nak ke kecik dan yang kecik nak ke besar. Paling tidak pun ada yang 'bercakap' atau 'mengejek' mulalah kita berazam nak buat tu, nak buat ni.

Memang bagus azam tu, sekurang-kurangnya kita berikhtiar dan mencuba. Tapi, ada yang cuba dengan keterlaluan sampai jatuh sakit. Ada yang tak makan, ada yang muntahkan balik makanan dan ada juga yang makan banyak2 sampai tak larat nak jalan.

Janganlah sampai begitu... Ingat ya, jangan ingat orang yang terlebih berat badan tu tak buat apa2 dengan dirinya. Mungkin dia dah berusaha bersungguh-sungguh tapi mungkin tubuh badannya tak boleh terima perubahan yang berlaku. Macam tu jugak dengan orang yang terlalu kurus jangan ingat dia tak buat apa2. Mungkin dia dah cuba tapi tak berhasil mungkin sbb tubuhnya tak boleh terima perubahan.

JANJI KITA SIHAT DAN BAHAGIA TANPA SEBARANG PENYAKIT ITU SUDAH CUKUP...

MY CONFESSION:

Sebelum ni, memang saya teringin sangat nak turunkan berat badan berlebihan dan dapatkan body yang slim. Macam2 cara cuba tapi tak berhasil. Kadang2, saya terfikir lebh baik saya jadi anoreksia. Kurus kering tinggal tulang. Tapi, saya cepat tersedar. Saya masih muda. Saya ada kesihatan yang perlu dijaga. Walaupun saya tak dapat berat yang diingini, janji berat saya ideal. Syukur, saya dikurniakan tubuh badan yang agak tinggi, iaitu 160 cm dan berat yang boleh dikira ok, iaitu 67 kg. Walaupun nampak besar sikit tapi janji saya bebas penyakit. Lagipun memang saya dilahirkan dengan tulang yang besar.

KEPADA YANG DILUAR SANA JANGANLAH MENGADILI ATAU MELIHAT SESEORANG DARI LUAR SAHAJA, LIHATLAH DALAMNYA JUGA. TIADA APA DOSANYA MENJADI ORANG BERBADAN BESAR ATAU KURUS. 

Illaliqaq.

Khamis, 23 Oktober 2014

Cerah Cantik, Gelap Tak Cantik?? + Wanita berkulit gelap/tan tercantik

Assalamualaikum.

Hari ni saya terbaca di suratkhabar tentang diskriminasi terhadap warna kulit. Ooops, ini buka isu macam dulu di Afrika Selatan ya. Ini pasal kemenangan seorang gadis berketurunan India di Amerika yang berkulit gelap dalam pertandingan Miss America.

Ramai yang mengkritik kemenangannya termasuk orang2 di negara kelahiran ibu-bapanya iaitu di India. Orang tidak memandang kebijaksanaan dan senyumannya yang menawan tetapi memandang warna kulitnya.

Bila saya fikirkan balik, kat Malaysia pun apa kurangnya. Sekarang semua nak berkulit cerah. Mereka beranggapan bahawa kulit cerah itu satu kebanggaan dan sanggup berhabis untuk memutihkan kulit lagi2 yang memang gelap semulajadi. Sememangnya orang Asia ni tergila-gilakan kulit yang cerah. Orang Korea yang memang dah putih macam salji pun putihkan lagi kulit tu.

Come on girls, it's not relevant anymore! Kalau satu dunia anggap kulit cerah tu cantik kenapa mereka iktiraf Beyonce yang berkulit gelap sebagai antara yang tercantik di dunia dan kenapa ada wanita kulit gelap diiktiraf sebagai ratu cantik dunia?! Kecantikan patutnya diukur dengan 'facial feature' nya seperti mata, mulut bentuk muka atau lain2 serta kesucian hatinya bukannya warna kulit! 

Saya terkejut apabila terbaca satu iklan di suratkhabar mengenai satu produk pemutihan kulit yang tertulis 'untuk gelap keturunan'. Saya sebagai antara individu yang memang asalnya tan atau sawo matang @ kulit gelap memang amat kecewa dengan isu ni. Kalau saya terpaksa nak guna produk pemutihan pun mungkin untuk hilangkan tan berlebihan yang disebabkan terdedah kpd matahari berlebihan sampai tertutup tona kulit asal saya. Kalau ada masalah tan terlebih macam saya mungkin boleh guna produk pemutihan.

Cubalah sekali anda bersyukur atas apa yang anda. Sedangkan wanita barat dan Eropah terkejar-kejar kulit tan kita ni sampai sanggup nak jemurkan diri di bawah matahari. Zaman sekarang ni, DARK IS BEAUTIFUL! Tak kiralah apa warna kulit anda, anda tetap cantik kerana setiap ciptaan Tuhan itu sememangnya cantik. Apapun, terpulang kepada anda untuk menilai diri sendiri.

WANITA BERKULIT GELAP/TAN YANG TERSENARAI DALAM TOP 100 WANITA PALING CANTIK DI DUNIA MAXIM.

#7 ALESSANDRA AMBROSIO (MODEL VICTORIA'S SECRET)

#11 RIHANNA (PENYANYI)

#29 ZOE SALDANA (PELAKON)

#48 PAULA PATTON (PELAKON)

#65 KERRY WASHINGTON (PELAKON)

#75 ROCSI DIAZ (PENGACARA)

#81 GABRIELLE UNION (PELAKON)


HONORABLE MENTION

BEYONCE (PENYANYI)

LUPITA NYONG'O (PELAKON)

TAMAR BRAXTON (PENYANYI DAN PENGACARA)

Illaliqaq.


















Rabu, 22 Oktober 2014

Saya Ala-ala Britney Spears dan Mariah Carey?!

Assalamualaikum.

Baru-baru ni saya ada jumpa satu laman web di google untuk mencari selebriti yang rupanya seakan-akan sama macam kita. So, saya test lah. Nak tahu jugak siapalah yang rupa macam saya tu. Lepas tu, bila dah cuba saya terkejut sangat. Cuba anda bandingkan wajah saya dengan wajah mereka:


 















BRITNEY SPEARS







MARIAH CAREY

Kalau pasal warna kulit tak payah cakaplah memang jauh beza. Tapi cuba tengok bentuk wajah, mulut, mata dan lain-lain ada sama ke?

Illaliqaq.

Isnin, 20 Oktober 2014

Bila Menjaga 41 orang Murid dalam Kelas...

Assalamualaikum.

Tiba-tiba ingatan ni teringat waktu sekolah rendah dulu. Waktu darjah 6 dulu ada seorang cikgu, namanya Cikgu Zaleha. Cikgu Zaleha ni merupakan guru kelas saya masa darjah 6. Dulu, saya sekolah di Sekolah Kebangsaan Bandar Pontian.

Sekolah ni luas,besar dan banyak kelas. Satu darjah tu ada 5 buah kelas. Saya nasib baik sebab dari darjah satu sampai darjah 6 duduk di kelas nombor 1 iaitu kelas Elit.

Waktu saya duduk di kelas 6 Elit, budak-budaknya keseluruhan campur saya ada 41 orang. Bayangkanlah, sampai 41 orang. Waktu tu memang huru-hara dan bising. Selalunya paling ramai dalam satu kelas tu antara 30-35 orang je. Ini sampai 41 orang.

Apa yang bestnya kelas ni, inilah satu-satunya kelas yang ada aircon. Sebab dulu makmal komputer. Kalau dah ada aircon, mestilah bertutup tak ada tingkap langsung ada pintu je. Kalau dah bertutup, nak  berparti pun boleh.

Tapi, saya tabik dengan Cikgu Zaleha ni. Walaupun sukar menjaga kami semua ni yang macam2 kerenah dan perangai tapi beliau tetap bersabar dan 'cool' je. Kalau cikgu lain jadi guru kelas kami, mahu naik gilanya menguruskan kami semua ni.

Disebabkan Cikgu Zaleha, kelas kami antara kelas yang paling cantik dan unik sekali kat sekolah. Mana tak nya, kerusi dan meja berbalut siap ada 'skirt' macam orang kenduri kahwin. Lantai pulak bertikar getah sebab tak pakai kasut. Siap pasang wallpaper lagi you..

Sampai macam tu sekali cikgu sayang pada kami semua. Teringat jugak waktu cikgu bertungkus-lumus sediakan latihan Bahasa Melayu untuk kami semua sbb nak UPSR. Setiap seorang dapat satu modul dan contoh karangan.

Belum masuk bab kelakuan dan perangai. Walaupun majoriti berkelakuan baik, tapi ada jugak yang nakal. Kalau ada perjumpaan ibu bapa dan guru, kelas kami antara yang paling lama kalau ibu bapa datang lambat.

Kalau nak diceritakan lagi, sampai esok tak habis. Kiranya perngorbanan cikgu ni banyak sangat kpd kami. Sampaikan waktu UPSR, saya tulis karangan pasal Cikgu Zaleha. Apapun, terima kasih cikgu kerana berkorban segala-galanya untuk kami walaupun adakalanya kami melukakan hati cikgu dan membuatkan cikgu menitiskan air mata.

KAMI SAYANG CIKGU!

Illaliqaq.

Gambar-gambar Lawatan Kelas

Assalamualaikum.

Sebelum ni saya ada cerita pasal lawatan kelas dekat entry saya sebelum ni. Kalau tak tengok lagi video saya tu, bolehlah cari dekat blog saya.

Saya nak minta maaf sangat2 sebab tak sempat nak upload gambar2 lawatan kelas hari tu. Dah sebulan lebih dah pun. Tapi, Better Late Than Never.

TEMPAT PERTAMA YANG DIKUNJUNGI, TROPICAL VILLAGE DI AYER HITAM



EH, ADA MELAKA PULAK KAT SINI?










DALAM 'MAGIC MIRROR' ITU YANG ADA YANG PENDEK, TINGGI, GEMUK DAN MACAM-MACAM LAGI


SEKARANG KITA DI AMERIKA PULA YA...

TAK SANGKA DAPAT BERGAMBAR DENGAN 'UNCLE SAM'

SEKARANG KITA DI PERANCIS PULA

INILAH DIA NAPOLEON I

ADA KUDA SEKALI..

SEKARANG KITA PERGI HOLLYWOOD PULAK

OOPS, SAYA BUKANNYA PERGI MENGHADIRI ANUGERAH OSCAR YA..

TAK DAPAT PERGI HOLLYWOOD MACAM NI PUN JADI LAH

SEKARANG KITA TERBANG PULA KE MESIR. TAPI, MANA PERGI PASIRNYA?

BERGAMBAR DI ATAS 'UNTA'

YANG COMEL TU, ANAK KEPADA CIKGU SAYA.


TEMPAT KEDUA, COUNTRY GARDEN. TAPI INI DEKAT BELAKANG COUNTRY GARDEN. COUNTRY GARDEN NI ADA PANTAI BUATAN MANUSIA.

KAT SINI MACAM TEMPAT ORANG KAYALAH. ORANG DATANG PUN NAK AMIK GAMBAR JE. TEMPAT NI MACAM SEBUAH HOTEL YANG TERLETAK BERHAMPIRAN DANGA BAY. KALAU NAK TAHU CANTIK KE TAK DATANG SENDIRI. TAPI HATI2 DENGAN PERATURAN YANG SANGAT KETAT.

Minta maaf ya kalau gambarnya kurang cantik. Amik dengan handphone je..

Illaliqaq.



Oktober: Bulan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia



Assalamualaikum.

Adakah anda semua tahu bahawa Oktober merupakan Bulan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia? Mungkin ada yang tak tahu, ada yang tahu. Memandangkan sekarang anda semua dah tahu apa kata kita buat sesuatu pada bulan Oktober ni.

Semua orang tahu bahawa kanser payudara ni merupakan salah satu 'musuh utama' wanita selain daripada kanser pangkal rahim. Jangan terkejut kerana kanser ini juga boleh menyerang kaum lelaki.

Anda tidak semestinya hendak menjadi doktor je kalau nak membuat sesuatu untuk Bulan Kesedaran Kanser Payudara ni. Mungkin anda boleh memakai 'pink ribbon' seperti ini.

Ataupun anda boleh memberikan kata-kata semangat kepada mereka yang menghidap penyakit ini agar tidak berputus asa. Sekurang-kurangnya mereka tidak merasa kesunyian dan mendapat semangat untuk meneruskan hidup. Anda juga boleh sebarkan maklumat tentang kanser payudara di laman sosial ataupun hebahkan kepada rakan-rakan.

Dinasihatkan agar anda semua menjalankan ujian mammogram di hospital bermula pada usia 20-an kerana penyakit ini boleh menyerang semua peringkat umur. Jika anda mahu anda boleh melakukan pemeriksaan sendiri di rumah.

Jika dapat dikesan dengan lebih awal, peluang untuk sembuh lebih tinggi berbanding lambat dikesan. Jika dikesan pada peringkat awal mungkin boleh disembuhkan dengan ubat-ubatan ataupun kemoterapi. Tetapi jika dikesan pada peringkat yang lambat, pembedahan untuk membuang payudara perlu dijalankan agar kanser tidak merebak.

Antara penyebab kanser payudara adalah : Keluar darah haid sebelum berumur 12 tahun, memepunyai sejarah kanser payudara dalam kalangan ahli keluarga, obesiti, dan lain-lain

Simptom: Benjolan pada payudara, bengkak pada bahagian ketiak, dan lain-lain

Namun, kebanyakan benjolan adalah bukan daripada kanser.

Antara selebriti terkenal yang menghidap kanser payudara ialah:

ANGELINA JOLIE (PELAKON)

SHERYL CROW (PENYANYI)



Untuk maklumat lanjut tentang kanser payudara klik sini 

Illaliqaq.



Sabtu, 18 Oktober 2014

DIY: Room Decor For Teenage Girls! (Murah!)

Assalamualaikum.

Hari ni saya nak kongsikan beberapa D.I.Y  hiasan bilik untuk gadis remaja @ teenage girls. So, let get started!


Cantik kan hiasan dalam gambar tu? Senang je nak buat. Macam ni caranya.

Bahan-bahan: 
Kertas (boleh juga gunakan kadbod atau manila kad atau apa saja bahan yang boleh diconteng)
Marker, pen, pensil warna atau Magic pen
Bingkai (terpulang)
Double sided tape atau apa sahaja yang boleh melekat

Cara-cara: 
1. Ambil kertas ataupun bahan yang hendak diconteng
2. Lukis apa sahaja bentuk yang anda gemari di atas bahan itu
3. Kalau anda ingin bingkaikan, anda boleh bingkaikan
4. Kemudian, tampalkan pada dinding




Hiasan yang ini boleh diletakkan di mana-mana sudut mengikut kreativiti ataupun citarasa masing2.

Bahan-bahan:
Batu sungai (boleh dibeli di kedai)
Marker, pen, Magic pen dll

Cara-cara:
Lukiskan apa sahaja corak yang anda gemari pada batu itu 
Kalau menggunakan cat, pastikan ia kering terlebih dahulu




Bahan-bahan:
Kadbod atau manila kad atau apa sahaja benda yang kukuh dan keras dan boleh diconteng
Magic pen, marker, cat
Pensil
Pemotong (pisau lipat atau gunting)
Glitter
Gam
Double sided tape atau apa sahaja yang boleh melekat

Cara-cara:
1. Buat huruf daripada kadbod atau manila kad dengan pensil. Samada nama anda atau apa sahaja.
2. Potong dengan pisau lipat atau gunting (sila berhati-hati)
3. Lepas potong, warnakan dengat marker, magic pen ataupun cat 
4. Letakkan glu di seluruh huruf itu dan taburkan glitter
5. Biarkan kering. Lepas kering lekatkan di dinding dengan apa saja bahan yang boleh melekat. Tetapi lebih dengan double sided tape.

Itu saja untuk D.I.Y kali ni. In Sha Allah akan ada banyak lagi projek yang saya akan tunjukkan.

Illaliqaq.






Khamis, 16 Oktober 2014

And You're Gonna Hear Me ROAR!!!!

Assalamualaikum.

Bersemangatkan tajuk entry kali ni? Memang sekarang saya tengah dalam mood semangat pun. Rasanya semua orang perasan tajuk entry ni diambil dari lagu Katy Perry, 'Roar'.

Bila dengar je lagu tu rasa meremang bulu roma dan rasa bersemangat sangat2. Lagi2, kalau tengah moody ataupun tengah down. Memang sesuai sangatlah tu. Saya memang suka dengar lagu2 yang menaikkan semagat macam ni. Kalau nak tahu senarai lagu2 kesukaan saya yang boleh menaikkan semangat sila klik sini.

So, balik kepada topik. Semua orang mesti pernah 'down' kan? So, saya nak senaraikan beberapa tips yang mungkin dapat membantu masalah anda In Sha Allah.

1. DENGAR LAGU-LAGU YANG BOLEH MENAIKKAN SEMANGAT

2. HINDARI DARIPADA MENDENGAR/MENONTON LAGU ATAU CERITA SEDIH

3. BERDOA KEPADA ALLAH S.W.T

4. BERSUKAN

5. BACA CERITA ATAUPUN KISAH-KISAH ORANG YANG DAHULUNYA ZERO KINI MENJADI HERO MENGIKUT KESESUAIAN MASALAH ANDA.

6. JANGAN MENDENGAR KATA-KATA ORANG LAIN YANG INGIN MENJATUHKAN ANDA

7. BERIKAN KATA-KATA SEMANGAT KEPADA DIRI SEPERTI "AKU BOLEH" ATAUPUN "TIADA SIAPA YANG BOLEH MENGHALANG ATAU MENGATASI AKU"

Illaliqaq.

Selasa, 14 Oktober 2014

Beginner's Makeup Lesson #6: Makeup Brushes

Assalamualaikum. Kepada semua yang menduduki PT3 semoga berjaya dan dapat menjawab soalan dengan mudah.


Illaliqaq.

Sabtu, 11 Oktober 2014

My Favorite Lana Del Rey's Songs (Music Choices October Edition)

Assalamualaikum.

Nampaknya dah lama saya tak baca entry kawan2. Walaupun tak adalah lama sangat tapi rasa macam dah lama. Kadang2 rindu juga nak baca catatan korang yang 'ohsem' tu. Hehehe...

Hari ni saya nak kongsikan lagu Lana Del Rey yang menjadi kesukaan saya. Maklumlah bila tak berblogging ni asyik dengar lagu Lana Del Rey je. Bagi yang tak kenal Lana Del Rey boleh klik sini.


1. Once Upon A Dream

2. Young And Beautiful (from the movie, The Great Gatsby[2013])

3. Summertime Sadness

4. Dark Paradise

5. Ultraviolence

Illaliqaq. 

Sabtu, 4 Oktober 2014

ANNOUNCEMENT!!

Assalamualaikum.

Mulai hari ini, saya dah tukar nama blog ni daripada 'Ceriteraku Tidak Ternilai' kepada 'Sabrina Lady'. Ini untuk memudahkan anda semua kenal nama blog saya yang kini lebih ringkas dan supaya sama dengan link blog ni. Illaliqaq.

Jumaat, 3 Oktober 2014

My Favorite Self Confidence Songs! (LOVE YOURSELF!)

Assalamualaikum.

1. Firework- Katy Perry 

2. Just The Way You Are-Bruno Mars

3. Pretty Hurts-Beyonce

4. Perfect-P!nk

5. Listen-Beyonce

6. Roar-Katy Perry

7. What Doesn't Kill You (Stronger)-Kelly Clarkson

8. Mr. Know It All-Kelly Clarkson

9. Part Of Me-Katy Perry

10.White Liar-Miranda Lambert (My personal opinion)

Illaliqaq.





Khamis, 2 Oktober 2014

My Favorite Love Songs! (Highly Recommended)

Assalamualaikum.

Hari ni saya nak kongsikan beberapa 'love song' kegemaran saya dan semuanya di dalam BAHASA INGGERIS memandangkan saya tak suka Korea dan tak berapa minat lagu2 lain selain lagu dalam Bahasa Inggeris.


1. My Heart Will Go On-Celine Dion


2. My All- Mariah Carey


3. Unconditionally-Katy Perry


4. The One That Got Away-Katy Perry


5. Unbreak My Heart-Toni Braxton


6. As Long As You Love Me-Justin Bieber


7. Heartbreaker- Justin Bieber (again..)


8. Back To December- Taylor Swift


9. A Thousand Years-Christina Perri

Dalam entry saya yang lain, In Sha Allah saya akan terangkan kenapa lagu2 ni menjadi pilihan saya dan kenapa anda semua patut ada lagu2 ni dalam 'playlist' anda.


Illaliqaq.

Rabu, 1 Oktober 2014

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...