Isnin, 9 Jun 2014

Deko Baru Untuk Semangat Baru

Assalamualaikum. Saya nak kongsikanlah sedikit hasil DIY saya yg saya buat tempoh hari. Saya ada kongsikan tentang DIY ni pada entry yg lepas. Nak tahu macam mana nak buat? klik sini


Hah, inilah hasilnya. Senang je guna tali, salotape dengan ubat stapler sikit


Kenangan yang tak mungkin akan dilupakan...

Lepas ni tak payah keluarkan duit beli frame gambar. Amik tali, gambar dengan salotape lepas tu buatlah sesuka hati kita. 

Illaliqaq.

Selasa, 3 Jun 2014

Decorate Your Bedroom! DIY {Murah dan Cantik)

Assalamualaikum. Saya ingat nak kongsikanlah 2 tip untuk menghias bilik tidur. Apa yang penting, ianya cantik dan murah.

1.


Hah, cantik kan? Kalau nak buat hiasan macam ni cuma perlukan Candy Jar atau Jar Plastik atau Botol Kuih Raya atau mana2 botol yang kosong macam ni...

 

Lepas tu, hiaskanlah penutup botol atau jar tu dengan reben atau glitter atau apa2 sahaja. Kemudian, sumbatkan dalam botol tu lampu yang berjuntai-juntai macam ni...

Lampu ni boleh didapati dekat kedai-kedai kraftangan atau di pasaraya 


2.

Rasanya projek ni lah yang paling senang nak buat. Cuma perlukan gambar dan double sided tape
Anda boleh pilih nak gambar apa dan mengikut kreativiti anda sendiri, susunlah gambar2 tu sehingga jadi bentuk yang anda nak kemudian lekat dekat dinding. Senangkan?

Bukan setakat boleh buat bentuk hati, macam2 pun boleh buat cuma perlukan sedikit idea dan kreativiti macam ni...


Yang ini, cuma perlukan tempat penyangkut kunci, tali dan plastisin atau double sided tape


Yang ini pula cuma kena ada tali, penyepit baju dan double sided tape.
Cuma, pastikan ada sesuatu yang boleh digunakan untuk menyokong tali tu contohnya macam dalam gambar kat atas.


Kalau yang ini, kena dapatkan sticker wall. Frame gambar tu terpulang pada citarasa masing2. Kalau saya, saya lebih suka tak ada frame gambar tu.

Lagi satu, kalau tak ada banyak gambar, print je gambar yang dah dimuat naik di Facebook atau Instagram. Senang kan?

Jadi, macam mana? Dah dapat sedikit inspirasi untuk hias bilik tidur kawan2? Kawan2 sebenarnya boleh ubah sedikit idea dekorasi tadi mengikut kreativiti masing2. Dan In Sha Allah, saya akan update lagi tentang idea2 dekorasi yang murah dan cantik yang saya boleh dapat. Selamat Mencuba! 

Sumber: YouTube dan Google Images

Illaliqaq.





  






Isnin, 2 Jun 2014

Delicious Apple + Papaya Juice! Yummy!

Assalamualaikum. Saya nak kongsikan satu resipi yang cukup mudah dan mengeyangkan. Sesuai untuk orang yang tengah berdiet atau yang tak ada masa nak menyediakan sarapan pagi.


Bahan-bahan: 

Sepotong betik
Sebiji epal
Beberapa ketul ais (kalau kehabisan ais, boleh digantikan dengan air sejuk)
Air masak
Sesudu gula

Cara-cara:
1. Potongkan epal dan betik kepada ketulan yang kecil
2. Masukkan ketulan epal dan betik ke dalam pengisar
3. Masukkan sekali ais dan sedikit air (kalau anda menggunakan air sejuk, tak payah masukkan air masak) dan masukkan sesudu gula.
4. Kisar sehingga jadi jus dan hidangkan

Senang je kan. 3 minit je dah siap. Cepat, pantas dan mudah. Jus ni boleh memastikan kita kenyang sampai ke waktu makan tengah hari. Lagipun, epal dan betik banyak khasiatnya. Bak kata pepatah Inggeris, an apple a day keep you away from doctor. So, selamat mencuba!

Illaliqaq.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...