Rabu, 22 Oktober 2014

Saya Ala-ala Britney Spears dan Mariah Carey?!

Assalamualaikum.

Baru-baru ni saya ada jumpa satu laman web di google untuk mencari selebriti yang rupanya seakan-akan sama macam kita. So, saya test lah. Nak tahu jugak siapalah yang rupa macam saya tu. Lepas tu, bila dah cuba saya terkejut sangat. Cuba anda bandingkan wajah saya dengan wajah mereka:


 















BRITNEY SPEARS







MARIAH CAREY

Kalau pasal warna kulit tak payah cakaplah memang jauh beza. Tapi cuba tengok bentuk wajah, mulut, mata dan lain-lain ada sama ke?

Illaliqaq.

Isnin, 20 Oktober 2014

Bila Menjaga 41 orang Murid dalam Kelas...

Assalamualaikum.

Tiba-tiba ingatan ni teringat waktu sekolah rendah dulu. Waktu darjah 6 dulu ada seorang cikgu, namanya Cikgu Zaleha. Cikgu Zaleha ni merupakan guru kelas saya masa darjah 6. Dulu, saya sekolah di Sekolah Kebangsaan Bandar Pontian.

Sekolah ni luas,besar dan banyak kelas. Satu darjah tu ada 5 buah kelas. Saya nasib baik sebab dari darjah satu sampai darjah 6 duduk di kelas nombor 1 iaitu kelas Elit.

Waktu saya duduk di kelas 6 Elit, budak-budaknya keseluruhan campur saya ada 41 orang. Bayangkanlah, sampai 41 orang. Waktu tu memang huru-hara dan bising. Selalunya paling ramai dalam satu kelas tu antara 30-35 orang je. Ini sampai 41 orang.

Apa yang bestnya kelas ni, inilah satu-satunya kelas yang ada aircon. Sebab dulu makmal komputer. Kalau dah ada aircon, mestilah bertutup tak ada tingkap langsung ada pintu je. Kalau dah bertutup, nak  berparti pun boleh.

Tapi, saya tabik dengan Cikgu Zaleha ni. Walaupun sukar menjaga kami semua ni yang macam2 kerenah dan perangai tapi beliau tetap bersabar dan 'cool' je. Kalau cikgu lain jadi guru kelas kami, mahu naik gilanya menguruskan kami semua ni.

Disebabkan Cikgu Zaleha, kelas kami antara kelas yang paling cantik dan unik sekali kat sekolah. Mana tak nya, kerusi dan meja berbalut siap ada 'skirt' macam orang kenduri kahwin. Lantai pulak bertikar getah sebab tak pakai kasut. Siap pasang wallpaper lagi you..

Sampai macam tu sekali cikgu sayang pada kami semua. Teringat jugak waktu cikgu bertungkus-lumus sediakan latihan Bahasa Melayu untuk kami semua sbb nak UPSR. Setiap seorang dapat satu modul dan contoh karangan.

Belum masuk bab kelakuan dan perangai. Walaupun majoriti berkelakuan baik, tapi ada jugak yang nakal. Kalau ada perjumpaan ibu bapa dan guru, kelas kami antara yang paling lama kalau ibu bapa datang lambat.

Kalau nak diceritakan lagi, sampai esok tak habis. Kiranya perngorbanan cikgu ni banyak sangat kpd kami. Sampaikan waktu UPSR, saya tulis karangan pasal Cikgu Zaleha. Apapun, terima kasih cikgu kerana berkorban segala-galanya untuk kami walaupun adakalanya kami melukakan hati cikgu dan membuatkan cikgu menitiskan air mata.

KAMI SAYANG CIKGU!

Illaliqaq.

Gambar-gambar Lawatan Kelas

Assalamualaikum.

Sebelum ni saya ada cerita pasal lawatan kelas dekat entry saya sebelum ni. Kalau tak tengok lagi video saya tu, bolehlah cari dekat blog saya.

Saya nak minta maaf sangat2 sebab tak sempat nak upload gambar2 lawatan kelas hari tu. Dah sebulan lebih dah pun. Tapi, Better Late Than Never.

TEMPAT PERTAMA YANG DIKUNJUNGI, TROPICAL VILLAGE DI AYER HITAM



EH, ADA MELAKA PULAK KAT SINI?










DALAM 'MAGIC MIRROR' ITU YANG ADA YANG PENDEK, TINGGI, GEMUK DAN MACAM-MACAM LAGI


SEKARANG KITA DI AMERIKA PULA YA...

TAK SANGKA DAPAT BERGAMBAR DENGAN 'UNCLE SAM'

SEKARANG KITA DI PERANCIS PULA

INILAH DIA NAPOLEON I

ADA KUDA SEKALI..

SEKARANG KITA PERGI HOLLYWOOD PULAK

OOPS, SAYA BUKANNYA PERGI MENGHADIRI ANUGERAH OSCAR YA..

TAK DAPAT PERGI HOLLYWOOD MACAM NI PUN JADI LAH

SEKARANG KITA TERBANG PULA KE MESIR. TAPI, MANA PERGI PASIRNYA?

BERGAMBAR DI ATAS 'UNTA'

YANG COMEL TU, ANAK KEPADA CIKGU SAYA.


TEMPAT KEDUA, COUNTRY GARDEN. TAPI INI DEKAT BELAKANG COUNTRY GARDEN. COUNTRY GARDEN NI ADA PANTAI BUATAN MANUSIA.

KAT SINI MACAM TEMPAT ORANG KAYALAH. ORANG DATANG PUN NAK AMIK GAMBAR JE. TEMPAT NI MACAM SEBUAH HOTEL YANG TERLETAK BERHAMPIRAN DANGA BAY. KALAU NAK TAHU CANTIK KE TAK DATANG SENDIRI. TAPI HATI2 DENGAN PERATURAN YANG SANGAT KETAT.

Minta maaf ya kalau gambarnya kurang cantik. Amik dengan handphone je..

Illaliqaq.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...