Rabu, 9 Julai 2014

Bila Melayan YouTube Pagi-pagi Buta...

Assalamualaikum.

Orang lain pagi2 buta mesti tengah sedap diulit mimpi kan? Tapi saya ni lain sikit saya melayan muzik video a.k.a MV lagu2 di YouTube. Lagu yang menjadi pilihan mestilah lagu2 Inggeris daripada lagu yang lama sikit sampailah lagu yang baru. Maaflah ya saya ni tak suka K-POP macam remaja lain yang seusia dengan saya.

Selalunya lagu yang menjadi pilihan adalah lagu yang catchy dan lagu2 yang mempunyai cerita di sebaliknya serta maksudnya yang mendalam serta lagu yang boleh memberikan semangat serta inspirasi kepada saya. Selalunya kalau saya nak tahu cerita di sebalik lagu tu saya akan tengok MV nya barulah tahu ceritanya.

Ini antara lagu yang saya selalu layan di YouTube:

HURT-CHRISTINA AGUILERA
Mengisahkan tentang hubungan seorang bapa dan anaknya.


PRETTY HURTS-BEYONCE 
Lagu ni menceritakan tentang bagaimana seseorang yang sanggup melakukan apa sahaja untuk cantik sehingga tak sedar yang sebenarnya kecantikan datang dari dalam.



BECAUSE OF YOU-KELLY CLARKSON
Tentang hubungan kekeluargaan. Bagaimana dia hidup dalam zaman kanak2 yang suram disebabkan oleh kedua ibu dan bapanya dan bagaimana ia menjejaskan masa hadapannya. WAJIB TENGOK. 




YOU RAISED ME UP-WESTLIFE
Untuk menghargai pengorbanan ibu dan bapa yang membesarkan kita.


Lagu-lagu yang lain:
Really Don't Care-Demi Lovato ft Cher Lloyd
Heartbreaker-Justin Bieber
Roar-Katy Perry
My Heart Will Go On-Celine Dion
Mean-Taylor Swift
22-Taylor Swift
With Ur Love-Cher Lloyd
Sirens-Cher Lloyd
Dan banyak lagi..

Illaliqaq.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...