Assalamualaikum.
Pada tanggal 26 Julai yang lalu, saya telah berusia 14 tahun. Alhamdulillah. Lebih bermakna lagi bila sambut pada bulan Ramadhan yang mulia ni. Masih ingat lagi tahun lepas di mana harijadi saya jatuh pada 17 Ramadhan iaitu hari Nuzul Al-Quran.
14 tahun? Sejujurnya, saya sangat gementar bila beritahu usia saya yang sebenar di blog ni. Maklumlah, kawan-kawan yang lain semuanya orang2 dewasa. Saya cuma takut orang pandang rendah pada saya lebih2 lagi kalau saya post entry berkaitan dengan 'teguran' atau 'nasihat'.
Takut juga kalau dipandang tak matang bila menulis di blog ni. Tapi, saya amik semua tu sebagai satu cabaran. Saya pun tak kisah kalau orang kata saya lebih matang dari usia yang sebenar.
Walau apa pun, saya akan tetap menulis. Janji niatnya betul dan kebebasan untuk menulis tidak di salah gunakan.
Akhir sekali, saya nak ucapakan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Kalau ada salah silap harap dimaafkan dan kalau ada yang terasa hati harap diampunkan. Kalau ada yang tanya di mana saya akan beraya, saya akan beraya di Pontian sahaja memandangkan saudara-mara tinggal di Pontian.
Kamu semua macam mana? Tahun ni beraya di mana?
Illaliqaq.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan