Sabtu, 5 Julai 2014

Wahai Sahabatku Dunia dan Akhirat...


Assalamualaikum. Semoga semuanya dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna di bulan Ramadhan ni.

Aku ada seorang sahabat karib. Namanya Ainul Marha. Orangnya baik, cantik dan pandai. Dia juga seorang yang agak pemalu. Dialah orang pertama yang aku kenal di sekolah menengah yang tak satu sekolah dengan aku di sekolah rendah dahulu. Aku ada bercerita tentang dirinya sebelum ni kalau nak tahu klik sini .Dengan dia aku berkongsi rasa. Dengan dia aku mengadu nasib.

Jika dahulu kami duduk di satu kelas dan selalu bergelak ketawa bersama-sama. Kini, tidak lagi. Aku berpindah ke kelas lain. Tapi tak apa. Kelas dia dan aku tak begitu jauh. Walaupun jarang meluangkan masa bersama ataupun berjumpa, tetapi kita masih berhubung dan berjumpa di sekolah. Alhamdulillah.

Dia menjaga rahsiaku aku menjaga rahsianya. Aku umpama diarinya dan dia umpama diariku. Kesemua benda (tapi tak semua benda) ditulis di situ. Ya, aku mengaku yang aku merasa sunyi jika dia tiada di sisiku. Walaupun ada ramai kawan yang boleh menemaniku tapi tak akan sama seperti BFF kita sendiri.

Kepada yang tengah bermasam muka dengan BFF tu (bukan BF ya) ingatlah yang sahabat ni umpama permata yang bernilai dan tak boleh dicari ganti. Usah dambakan sahabat yang sempurna jika anda sendiri tak sempurna kerana tak ada manusia yang sempurna di dunia ni.

Illaliqaq.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...