Jumaat, 4 Julai 2014
Jom Pakai Pakaian Taqwa
Assalamualaikum.
Semua pernah dengar tentang pakaian taqwa betul tak? Saya tak tahu secara mendalam sangat tentang pakaian taqwa ni tapi setahu saya pakaian taqwa ni adalah pakaian yang kita pakai yang mematuhi syariat Islam dan menutup aurat dengan sempurna. Selain itu pakaian taqwa juga boleh dibawa terus bersolat tanpa perlu memakai telekung.
Kadang2 saya terfikir kenapa perlu mengikut fesyen2 barat yang sudah jelas tidak mengikut syariat Islam? Ada juga yang mengolah fesyen barat kepada fesyen yang kononnya berlandaskan syariat Islam seperti tudung yang pendek, baju yang ketat dan macam2 lagi.
Apa kata mulai hari ni kita ubah diri kita ke arah yang lebih baik. Pakailah pakaian taqwa. Bukankah menutup aurat yang berlandaskan syariat Islam itu wajib? Tidak takutkah manusia sekarang ini kepada Allah S.W.T? Mulakanlah langkah pertama hari ini kerana dengan langkah pertama itu akan membawa kepada langkah2 yang lebih besar dan perubahan yang hakiki. Tak perlu tergopoh-gapah dengan perubahan yang dibawa mulakan dengan perlahan dulu tetapi betul.
Illaliqaq.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
berul tu semoga dipermudahkan
selamat berpuasa.
salam kenal :)
Catat Ulasan