Jumaat, 30 Mei 2014

ATTENTION! PERHATIAN!

Assalamualaikum semua. Kalau sebelum ni, anda semua tak boleh nak follow saya di blog tapi sekarang anda dah boleh follow saya. Jadi, mana2 yang nak follow saya tu dah boleh follow dah. Terima kasih dekat makcik saya yng anda kenal sebagai Ujie Othman. Dia yang banyak tolong saya untuk blog ni. Sekian.

Illaliqaq.

Isnin, 26 Mei 2014

Kek Coklat Kukus Air Tangan Emak Yummy!

Assalamualaikum dan selamat pagi. Nak kongsikanlah sedikit tentang air tangan my mother haritu...


Sedap kan. Kami adik beradik memang suka dengan kek coklat. Lagipun memang emak rajin buat kek coklat. Inilah pertama kali makan kek coklat kukus.

Top 5: Momen 'Tak Berapa Indah' Selebriti Antarabangsa

Assalamualaikum. Rasanya dah lama tak buat senarai untuk Top 5 ni. Enjoy!

Jennifer Lawrence
 
                                                     
Rasanya tak lengkap senarai ni kalau tak ada Jennifer Lawrence. Sudah 2 kali Jennifer jatuh di anugerah Oscars. Pertama, sewaktu mengambil anugerah. Kedua, sewaktu berjalan di karpet merah. Samada Jennifer yang tak pandai pakai kasut tumit tinggi ataupun gaunnya yang meleret.

Kim Kardashian

Jangan ingat Kim Kardashian tak pernah silap dalam fesyen. Pakaian ni membuatkan penampilan Kim nampak buruk. Namun, setiap orang ada citarasanya yang tersendiri. 

John Travolta
 

Nampaknya Oscars 2014 penuh dengan 'kegilaan' bermula dengan Jennifer Lawrence sehinggalah kepada John Travolta. John Travolta sepatutnya menyebut Idina Menzel, tetapi tersebut pula Adele Dazeem. Mesti ramai yng tertanya-tanya siapa Adele Dazeem?

Lindsay Lohan

Ramai yang dah tahu yang Lindsay Lohan mempunyai masalah dadah dan macam2 lagi. Tak terlepas juga, dia seorang perokok. Gambar ni diambil pada 2012 kalau tak silap. Mungkin Lindsay tak perasan keadaan giginya. Kemudian, dia membuat 'teeth whitening' untuk memutihkan gigi. Tak tahulah macam mana keadaan giginya sekarang.

Taylor Swift
 
Taylor ingatkan bahawa dialah pemenangnya
Muka 'penerimaan hakikat' oleh Taylor Swift.

Pada Anugerah Grammy 2014, satu momen yang lucu berlaku pada Taylor Swift di mana dia telah menunjukkan riak wajah yang menyangkakan bahawa dia  memenangi anugerah Album Terbaik untuk albumnya 'Red'. Tapi, sayangnya, pemenangnya jatuh kepada album yang bertajuk 'Random Access Memories; Daft Punk'. Tak apa cuba lagi ya.


Illaliqaq.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...