Selasa, 5 Ogos 2014

Bila Diri Sendiri Belajar Cakap French..

Assalamualaikum.

Mood hari raya masih ada lagi walaupun cuti raya seminggu dah habis. Kuih muih masih lagi tersusun di atas meja. Kalau orang lain tak makan, kita je lah yang makan...

Baru2 ni saya ada belajar sikit2 macam mana nak cakap dalam French. Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa saya nak belajar French. Sebenarnya, kalau kita menguasai lebih daripada 2 bahasa IQ kita akan menjadi lebih tinggi berbanding dengan hanya 1 atau 2 bahasa.

Jadi, saya ambil inisiatif untuk ambil bahasa tambahan di sekolah iaitu Bahasa Arab. Selain itu, saya juga belajar French sikit2 dekat internet. Daripada ambil kelas yang mahal2 lebih baik ambil 'free lesson' di internet. Percuma dan mudah.

Setakat ni saya cuma ingat Bonjour (Hello), Au revoir (Goodbye) dan Merci (Thank You) daripada banyak2 perkataan yang dipelajari tapi ada satu yang saya paling ingat sekali iaitu Parlez Vous Anglais? (Can you speak in English?). Di samping tu ada juga cara macam mana nak sebut perkataan2 tu. Berbelit lidah dibuatnya.

Mungkin ada juga yang tertanya-tanya kenapa dalam banyak2 bahasa saya pilih French. Ha, itu saya akan terangkan dalam entry akan datang.

Illaliqaq, Jumpa lagi, See you soon, A bientot (French)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...