Sabtu, 9 Ogos 2014

Cerita Mesin Gedegang

Assalamualaikum.


Alhamdulillah. Dapat juga saya curi sedikit masa nak menulis entry di blog ni maklumlah sibuk memanjang. Dah baca kan tajuk kat atas tu? Ha, kepada sesiapa yang tak tahu apa itu mesin gedegang, sebenarnya mesin gedegang tu adalah mesin air yang kalau kita nak beli air tin masukkan je duit lepas tu dapat airnya.

Mesti tertanya-tanya apa cerita mesin gedegangnya. Sebenarnya macam ni...

Sekolah saya baru pasang mesin gedegang dekat sekolah. Jadi, kebanyakkan pelajar menjadi agak 'jakun' termasuk saya : )

Memandangkan cikgu tak bagi guna mesin tu waktu pembelajaran, jadi selalunya budak2 akan guna mesin tu pada waktu rehat, sebelum masuk kelas dan pada waktu balik. Ini membuatkan keadaannya agak riuh di sekitar mesin gedegang tu.

Pada hari Khamis (7 Ogos 2014), ada Hari Kokurikulum dekat sekolah. Saya pada mulanya tak nak datang tapi saya datang jugak sebab nak tolong cikgu jaga gerai. Lepas dah habis semua jualan kat gerai dalam pukul 10 pagi, saya dan kawan2 yang lain amik peluang beli apa yang patut.

Lepas dah beli apa yang kami nak, kami duduk dekat2 mesin gedegang tu sebab penat. Kebetulan terdengar pulak ada seorang kakak ni mengeluh duit dia kena 'telan' dengan mesin tu. Lepas tu ramai yang berkerumun dekat situ.

Kemudian, terdengar pulak bunyi macam ada orang memukul atau menendang mesin tu. Beberapa minit kemudian, saya nak guna mesin tu. Tapi, kakak tu bagitau mesin dah rosak.

Bayangkanlah, baru seminggu mesin tu kat situ dah rosak. Nasib baik saya dah pernah rasa sekali air dari mesin gedegang tu. Kalau tak melepas...

Pengajaran: Kalau mesin gedegang telan duit kita jangan pukul mesin tu ok. Nanti susahkan orang lain pulak kalau mesin tu dah rosak. : )

Illaliqaq.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...